Permainan Aktiviti Membaca Jam dan Menulis Jarum Jam

Aktiviti Membaca Jam dan Menulis Jarum Jam

854

 

aktiviti membaca dan menulis jarum jam

Aktiviti Membaca Jam dan Menulis Jarum Jam ini merupakan latihan yang terbaik untuk melatih kanak-kanak prasekolah memahami dan membaca jam.

Aktiviti membaca jam kelihatan seperti biasa namun, ia merupakan salah satu latihan yang dapat membantu mereka menguasai Asas Matematik kerana ia melibatkan operasi tambah dan tolak untuk membaca jam dan minit.

Pada masa yang sama, mereka dapat mengaitkan antara mata pelajaran Matematik dengan kehidupan seharian. Ia merupakan salah satu kemahiran yang penting bagi memastikan kanak-kanak dapat menghubungkan ilmu yang mereka pelajari dengan perkara yang mereka temui di dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, apabila mereka menabung, mereka pasti akan menggunakan operasi asas matematik seperti tambah, tolak dan pendaraban. Kemahiran matematik yang kuat dalam diri mereka dapat memudahkan mereka untuk mengira dengan lebih cekap dan pantas.

Dapatkan “Aktiviti Membaca Jam dan Menulis Jarum Jam” di sini


Di sini kami ingin berkongsi lembaran aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid sekolah rendah dan prasekolah untuk belajar membaca jam. Selain daripada membaca jam, mereka juga boleh belajar untuk melukis jarum jam mengikut waktu yang betul. Sumber bahan adalah daripada Telegram Cg Kai (Asas Matematik).

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Selain daripada menggunakan latihan seperti mengira objek dan sebagainya, ibu bapa dan para guru boleh mencuba untuk memberikan aktiviti berkenaan dengan pengiraan dan pembacaan waktu jam.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Aktiviti Membaca Jam dan Menulis Jarum Jam ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid menambahkan kemahiran membaca jam dan waktu dengan betul.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang bermanfaat untuk murid prasekolah dan sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah atau prasekolah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi informasi bermanfaat seperti bantuan-bantuan pendidikan dan bantuan kerajaan.