Bahan Bantu Mengajar 5 Senarai Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah

5 Senarai Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah

2550
5 Senarai Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah
5 Senarai Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah

Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah adalah suatu program yang dirancang khas untuk menyambut pelajar baru ke alam persekolahan. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada persekitaran sekolah, prosedur-prosedur penting, serta memupuk rasa kesetiaan dan identiti sekolah.

Selain itu, aktiviti minggu orientasi sekolah juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan rakan sebaya, guru, dan kakitangan sekolah dalam suasana yang santai dan mesra.

Himpunan Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah

Terdapat perkongsian daripada Facebook, Malaysia Mendidik yang telah memberi perkongsian mengenai aktiviti minggu orientasi sekolah disediakan khas untuk guru. Anda boleh merujuk 5 senarai aktiviti minggu orientasi sekolah dibawah:

Aktiviti 1: Kenal Boleh?

Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah

RADAS:

  • Masa: 30 minit
  • Peralatan: Kertas A4 dan Pen

OBJEKTIF:

  • Mengenal dengan lebih rapat antara murid dengan murid serta antara murid dengan guru.
  • Mewujudkan rasa selesa dan mesra antara murid dengan murid serta antara murid dengan guru.

PELAKSANAAN:

  • Pembukaan:
    • Guru memulakan majlis dengan Al-Fatihah.
    • Guru memperkenalkan diri secara ringkas selama tiga minit.
  • Penyediaan Kertas:
    • Guru menyediakan beberapa kertas yang mengandungi emosi atau watak yang berlainan (bergantung kepada jumlah peserta dalam kumpulan).
    • Contoh emosi atau watak: marah, gembira, sedih, ketawa, berlagak, emosi, gagap, malu, sopan santun, kelam kabut, pengulas bola sepak, penceramah, pembaca berita, watak personaliti.
  • Persiapan Kertas:
    • Kertas tersebut perlulah dilipat terlebih dahulu supaya murid tidak mengetahui kandungan kertas tersebut.
  • Perkenalan Murid:
    • Murid diminta untuk memperkenalkan diri sendiri (Nama, umur, asal, sekolah, hobi, cita-cita, dan sebagainya) mengikut emosi atau watak yang telah dipilih.
  • Teka Emosi atau Watak:
    • Murid lain diminta untuk meneka emosi atau watak yang dilakonkan setiap kali peserta habis perkenalkan diri.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, aktiviti minggu orientasi sekolah “Kenal Boleh?” akan memberi peluang kepada murid untuk mengenal satu sama lain dengan cara yang lebih mesra dan menyeronokkan.

Aktiviti 2: BINGO

Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah

RADAS:

  • Masa: 30 minit
  • Peralatan: Sticky Notes dan Pen

OBJEKTIF:

  • Mewujudkan rasa mesra antara murid serta memecahkan jurang komunikasi antara mereka.
  • Menanamkan adab dan akhlak yang baik dalam bersahabat.

PELAKSANAAN:

  • Pemberian Sticky Notes:
    • Murid diberikan ‘sticky notes’.
  • Melakarkan Gambar:
    • Murid diminta untuk melakarkan gambar rakan-rakan baharu mereka di atas ‘sticky notes’.
  • Melekatkan Sticky Notes:
    • Murid diminta untuk melekatkan ‘sticky notes’ dibelakang rakan mereka.
  • Pemerhatian Sticky Notes:
    • Setelah selesai, murid diminta untuk melihat ‘sticky notes’ yang mereka perolehi.
  • Penekaan dan Persepsi:
    • Setiap murid diminta meneka dari siapa mereka perolehi lakaran wajah tersebut serta meneka apakah persepsi rakan terhadap diri mereka.

PERBINCANGAN:

  • Apakah yang murid dapat daripada aktiviti tadi?
  • Apakah perasaan kita apabila orang lain menggambarkan diri kita?
  • Apakah kita selalu punyai persepsi terhadap rakan-rakan kita?

Melalui aktiviti minggu orientasi sekolah BINGO ini, diharapkan murid dapat memperkuatkan hubungan sosial mereka, memahami perspektif rakan-rakan mereka, dan menanamkan nilai-nilai positif dalam bersahabat.

Aktiviti 3: Pecah Belon

Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah
5 Senarai Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah

RADAS:

  • Masa: 30 minit
  • Peralatan: Belon dan Lidi

OBJEKTIF:

  • Menanam fokus murid terhadap sekolah.
  • Menerapkan konsep bahawa sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu dan mengembangkan potensi.

PELAKSANAAN:

  • Pemberian Belon:
    • Setiap murid akan mendapat 1 belon daripada guru.
  • Meniup dan Mengikat Belon:
    • Guru akan meminta murid meniup belon masing-masing sehingga ia menjadi saiz sederhana besar, kemudian ikat belon tersebut.
  • Memasukkan Lidi:
    • Guru kemudian memberi lidi kepada setiap murid dan meminta mereka memasukkan lidi ke dalam belon dari hujung belon (tempat ikat) hingga bahagian hujung yang lain tanpa memecahkan belon tersebut.
  • Raikan dan Demonstrasi:
    • Jika ada yang berjaya, raikan mereka dan minta murid tersebut menjelaskan kaedah yang dilakukan kepada murid yang lain.
    • Jika kesemua murid gagal, guru harus melakukan demonstrasi yang betul.

PERBINCANGAN:

  • Kenapa ada belon yang pecah dan ada yang tidak pecah?
  • Adakah murid-murid menggunakan bahan yang telah disediakan?
  • Bagaimana cara murid-murid memanfaatkan bahan-bahan?
  • Apakah simbolik bahan-bahan yang telah disediakan menurut pandangan murid?

Melalui aktiviti minggu orientasi sekolah Pecah Belon ini, diharapkan murid dapat memahami bahawa sekolah adalah tempat untuk fokus dan berkembang, serta belajar untuk mengatasi cabaran dengan cara yang kreatif dan bersifat pembelajaran.

Aktiviti 4: Tali Ajaib!

Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah
5 Senarai Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah

RADAS:

  • Masa: 30 minit
  • Peralatan: Tali, cawan kertas

OBJEKTIF:

  • Menerapkan pemahaman mengenai apa itu ilmu.
  • Membudayakan ilmu dan adab dalam diri murid untuk diaplikasikan dalam kehidupan sepanjang bergelar pelajar.

PELAKSANAAN:

  • Persiapan Tali:
    • Tali diikat seperti rajah. Bahagian tengah tali adalah dalam bentuk bulatan/segi empat dan bahagian tengah tersebut diikat dengan tali sepanjang 1 meter.
  • Pengedaran Tugas:
    • Setiap ahli kumpulan diminta untuk memegang 1 bahagian tali.
  • Penyusunan Menara:
    • Ahli kumpulan akan diberikan 6 cawan kertas dan diminta untuk menyusun cawan kertas tersebut dalam bentuk Menara.
  • Penyusunan Tanpa Tangan:
    • Setiap ahli diminta untuk menyusun tanpa menggunakan tangan. Hanya tali sahaja dibenarkan.

PERBINCANGAN:

  • Apa yang murid dapat daripada aktiviti tadi?
  • Adakah kamu berjaya menyusun cawan kertas tersebut?
  • Bagaimana kamu menyusun cawan kertas tersebut?
  • Adakah kamu dapat melakukannya tanpa bantuan?

Melalui aktiviti minggu orientasi sekolah Tali Ajaib ini, diharapkan murid dapat memahami pentingnya kerjasama, kreativiti, dan pemecahan masalah dalam mencapai matlamat. Selain itu, mereka juga dapat menghayati bahawa ilmu yang diperolehi perlu digunakan dengan bijak dalam kehidupan seharian.

Aktiviti 5: Dirikan Cawan

Aktiviti Minggu Orientasi Sekolah

RADAS:

  • Masa: 60 minit
  • Peralatan: 3 cawan (1 cawan berisi air separuh), sehelai kertas

OBJEKTIF:

  • Menerangkan maksud potensi diri.

PELAKSANAAN:

  • Penyediaan Cawan:
    • Guru meletakkan dua cawan dengan jarak kira-kira dua jengkal.
  • Tugas Murid:
    • Guru kemudiannya meminta murid-murid meletakkan kertas di atas dua cawan tersebut, kemudian meletakkan cawan yang berisi air di bahagian tengah atas kertas itu tanpa menjatuhkan kertas dan cawan-cawan tersebut.
  • Pembatasan Bahan:
    • Murid-murid dilarang untuk menggunakan bahan selain kertas.

PERBINCANGAN:

  • Apa yang murid-murid dapat daripada aktiviti tadi?
  • Apa yang menyebabkan murid-murid berjaya/gagal melakukan aktiviti tadi?
  • Mengapa perkara yang pada asalnya kelihatan mustahil untuk dilakukan menjadi tidak mustahil?
  • Bagaimana kertas yang pada asalnya tidak mampu menampung cawan akhirnya boleh?
  • Mengapakah perubahan perlu dilakukan terhadap kertas tersebut sebelum ia berjaya menampung cawan yang berisi air?

Melalui aktiviti minggu orientasi sekolah Dirikan Cawan ini, murid-murid diajak untuk mengaplikasikan konsep potensi diri dan melihat bahawa sesuatu yang pada mulanya kelihatan tidak mungkin dapat dicapai boleh menjadi mungkin dengan usaha, kreativiti, dan ketabahan. Diskusi setelah aktiviti bertujuan untuk menggalakkan pemikiran reflektif dan pemahaman yang lebih mendalam tentang konsep tersebut.