Permainan Aktiviti Potong & Tampal Bahasa Inggeris (Tema: Jenis Kedai)

Aktiviti Potong & Tampal Bahasa Inggeris (Tema: Jenis Kedai)

284

Aktiviti Potong & Tampal Bahasa Inggeris

Aktiviti Potong & Tampal Bahasa Inggeris (Tema: Jenis Kedai). Aktiviti memotong mungkin kelihatan berbahaya daripada beberapa aspek tetapi ia juga membawa kepada beberapa kelebihan kepada tumbesaran kanak-kanak. Antaranya adalah:

  • Melatih kanak-kanak untuk sentiasa fokus dan berhati-hati ketika melakukan sesuatu perkara.
  • Meningkatkan tahap pemerhatian dengan memberikan perhatian yang penuh kepada perkara yang mereka sedang lakukan.
  • Memahami bahawa setiap perkara yang mereka lakukan ketika ini akan memberikan kesan kepada hasil kerja mereka pada masa akan datang.

Namun, aktiviti ini memerlukan pemerhatian dan bimbingan oleh ibu bapa dan guru untuk mengelakkan daripada sebarang kecederaan berlaku dalam kalangan kanak-kanak kerana ia melibatkan peralatan tajam dan berbahaya.

Ia merupakan salah satu cara untuk menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan mudah. Dengan cara ini, mereka dapat mengenali perkataan baharu dengan cepat dan tidak bergantung kepada pembinaan ayat sahaja.

Selain daripada mengenali perkataan baharu, mereka juga dapat mengetahui sesuatu perkara adalah terdapat di kedai-kedai tertentu sahaja, seperti nama sayur-sayuran dan sebagainya.

Aktiviti Meningkatkan Daya Kreativiti

Ramai ibu bapa dan guru beranggapan bahawa aktiviti mewarna dan melukis sahaja yang dapat melatih kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti mereka. Walhal, terdapat banyak lagi aktiviti lain yang lebih menyeronokkan untuk kanak-kanak lakukan serta dapat merangsang daya kreativiti mereka.

Antaranya adalah seperti:

  1. Aktiviti Mencipta Barangan menggunakan barang-barang terbuang seperti botol minuman, kotak terpakai dan sebagainya.
  2. Aktiviti Mengubahsuai Objek yang sedia ada untuk menjadi suatu rekaan baharu seperti Kotak Tisu diubah menjadi tempat letak alatan menulis dan mewarna.
  3. Aktiviti mencanting batik menggunakan cetakan yang direka sendiri menggunakan barang terpakai.
  4. Aktiviti Tekap iaitu aktiviti yang sama seperti mencanting batik tetapi menggunakan permukaan yang mempunyai bentuk yang menarik seperti batang dahan pisang yang dibelah.

Dapatkan “Aktiviti Potong & Tampal Bahasa Inggeris” di sini


Di sini kami sediakan bahan Aktiviti Potong dan Tampal (Bahasa Inggeris). Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah. Sumber bahan adalah daripada Telegram SIMPLE AND FUN BBM by atilarif.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : CUT AND PASTE ACTIVITY ENGLISH LEARNING

Para guru dan ibu bapa boleh menggunakan bahan ini sebagai aktiviti tambahan untuk kanak-kanak ketika masa lapang.

Penutup

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh membantu para guru dan ibu bapa seperti:

  1. Kad Imbasan Belajar Bahasa Inggeris untuk Prasekolah
  2. Latihan “Basic Level” Comprehension Bahasa Inggeris

Diharapkan agar perkongsian mengenai Aktiviti Potong & Tampal Bahasa Inggeris (Tema: Jenis Kedai) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Selain itu, kami juga berharap agar bahan ini dapat membantu murid untuk lebih mudah menguasai Bahasa Inggeris.