Buku Mewarna untuk Murid Prasekolah (Pelbagai Tema). Bahan ini sesuai sebagai aktiviti tambahan yang boleh dilakukan semasa di rumah bersama ibu bapa. Selain daripada dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.
Aktiviti mewarna bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak, malah ia dapat memberikan pelbagai manfaat kepada mereka. Antara kelebihan yang mereka dapat melalui mewarna adalah:
- Meningkatkan tahap fokus mereka. Hal ini adalah kerana semasa kanak-kanak mewarna, mereka perlu menumpukan perhatian agar penggunaan pensil warna tidak melebihi gambar yang diwarna.
- Merangsang kreativiti anak-anak. Kreativiti dapat diasah melalui aktiviti mewarna, kraf dan sebagainya. Ketika mereka mewarna, mereka akan membayangkan warna yang sesuai untuk digunakan agar hasil karya mereka cantik.
- Meningkatkan kemahiran motor halus. Kanak-kanak mempunyai otot kasar dan halus yang perlu dikuatkan ketika di awal usia agar urusan harian mereka tidak terganggu. Otot halus melibatkan otot-otot di jari, pergelangan tangan dan bahagian kecil tubuh yang lain. Ia penting untuk melakukan perbuatan menggenggam, menulis dan sebagainya.
Dapatkan “Buku Mewarna untuk Murid Prasekolah (Pelbagai Tema)” di sini
Di sini kami kongsikan buku mewarna untuk para guru jadikan sebagai bahan bantu mengajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai aktiviti tambahan yang boleh dilakukan bersama anak-anak.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Kesimpulannya, kanak-kanak yang berada di awal usia perlulah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh badan. Aktiviti luar dapat memberikan kesan yang baik kepada tumbesaran mereka.
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Buku Mewarna untuk Murid Prasekolah (Pelbagai Tema) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang berkualiti untuk murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat mengisi masa lapang kanak-kanak dengan perkara yang berfaedah.
Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk digunakan oleh murid prasekolah. Antaranya ialah:
- Modul Matematik Awal Prasekolah
- Lembaran Kerja Prasekolah, Tema: Makanan dan Minuman
- Lembaran Latihan Prasekolah Sesuai untuk Kanak-kanak 6 Tahun
- Buku Kenali Bentuk Asas Sesuai untuk Murid Prasekolah
Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.