
Contents
Sambutan Hari Raya di Sekolah dan Organisasi
Di sekolah dan organisasi, Hari Raya disambut dengan penuh kegembiraan melalui pelbagai program khas. Antara elemen penting dalam sambutan ini termasuklah:
- Majlis jamuan Hari Raya – Pelbagai juadah tradisional seperti rendang, lemang, dan ketupat disediakan untuk dinikmati bersama.
- Pertandingan busana raya – Peserta akan mengenakan pakaian tradisional yang menarik dan menawan.
- Persembahan kebudayaan – Nyanyian lagu raya, tarian tradisional, dan sketsa bertemakan Hari Raya sering menjadi tarikan utama.
- Ucapan dan penghargaan – Guru besar, pengetua, atau ketua organisasi akan memberikan ucapan Hari Raya sebagai tanda penghargaan kepada semua yang terlibat.
Buku Program by CikguGrafik
Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar dan teratur, kebanyakan sekolah dan institusi menggunakan buku program Hari Raya sebagai panduan acara. Kali ini, perkongsian ini dibuat khas oleh Cikgu Grafik.
Download Temaplate Buku Program Majlis Sambutan Hari Raya
Info | Penerangan |
---|---|
Format | Powerpoint |
Susun Letak | Layer latar belakang kekal ( tidak boleh disusun atur Lapisan latar belakang kekal dan tidak boleh diubah susunannya. Namun, beberapa elemen seperti ikon boleh disusun semula. Teks boleh diedit atau dipadam mengikut keperluan. Anda juga boleh menambah gambar atau fon sendiri mengikut kreativiti anda. |
Font | century gothic , Californian FB (kena download & install ) |
Link Muat Turun Template
Perkongsian dari CikguGrafik ini adalah perkongsian percuma dan diharap dapat meringankan beban tugas para guru dan memudahkan lagi urusan sekalian semua.
Buku Program by Tcher Duck Ira
Untuk kali ini pula adalah perkongsian yang diambil dari facebook oleh Tcher Duck Ira. Perkongsian yang dibuat adalah di hasil dari program majlis sambutan hari raya aidilfitri bagi Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas.



Download Template Buku Program
Ada 3 muka surat kosong yang disediakan. Apa yang perlu dibuat hanyalah guna sebaik mungkin gambar dibawah untuk dijadikan background buku program.

Sumber Rujukan
- CikguGrafik. Template Buku Program Hari Raya. https://cikgugrafik.com/template-buku-program-hari-raya/
- Facebook. Buku Program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKDI. https://www.facebook.com/media/set/?vanity=1616771811870382&set=a.1763354300545465