Permainan Buku Teka Teki Bahasa Inggeris Sesuai untuk Murid Sekolah

Buku Teka Teki Bahasa Inggeris Sesuai untuk Murid Sekolah

749

buku teka teki bahasa inggeris

Buku Teka Teki Bahasa Inggeris Sesuai untuk Murid Sekolah. Bermain teka teki merupakan salah satu cara kreatif yang boleh diaplikasikan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran untuk pelbagai mata pelajaran.

Permainan teka teki bukan sahaja menyeronokkan, malah ia juga dapat membantu murid menambah pengetahuan dalam kosa kata Bahasa Inggeris dan juga dapat memahami dengan lebih baik. Ia juga boleh dijadikan sebagai cabaran kepada minda murid bagi mengasah kefahaman mereka.

Antara permainan teka teki yang boleh dilakukan oleh para guru sebagai aktiviti tambahan semasa di dalam kelas:

  1. Permainan Hangman – Permainan Bahasa Inggeris Klasik yang terkenal dalam kalangan pelajar Bahasa Inggeris.
  2. Teka Silang Kata – Permainan perkataan di mana akan diberikan petunjuk untuk meneka sesuatu perkataan.
  3. Permainan Ruzzle – Aplikasi mudah alih permainan perkataan ini adalah ringkas. Pemain akan mendapat papan huruf yang dicampur aduk untuk membina perkataan

Dapatkan “Buku Teka Teki Bahasa Inggeris Sesuai untuk Murid Sekolah” di sini


Di sini kami sediakan buku teka teki dalam Bahasa Inggeris yang sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah sama ada sekolah rendah dan sekolah menengah. Bahan yang disediakan ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tambahan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sumber bahan adalah daripada telegram Cikgu Share.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Simple Riddles For Kids

Dengan kemudahan internet pada masa kini, terdapat pelbagai permainan yang boleh diaplikasikan dalam sesi pembelajaran untuk menjadikan suasana lebih kreatif dan seronok.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Buku Teka Teki Bahasa Inggeris Sesuai untuk Murid Sekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid untuk menambahkan lagi kemahiran mereka dalam menguasai Bahasa Inggeris.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada bagi murid sekolah rendah, sekolah menengah dan prasekolah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.