Hiasan Kelas DEKORASI KELAS : POSTER MONTHLY BIRTHDAY (SAIZ A4) PRINTABLE

DEKORASI KELAS : POSTER MONTHLY BIRTHDAY (SAIZ A4) PRINTABLE

139

Hari jadi atau hari lahir adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh kanak-kanak. Sambutan ringkas dan ucapan ikhlas pun sudah memadai untuk mewarnai hari mereka dan menciptakan senyuman manis di wajah comel mereka.

Poster ini admin kongsikan dengan harapan guru atau ibu bapa akan gunakan dengan sebaiknya. Poster ini mempunyai ruang kosong yang boleh diisi dengan nama anak-anak yang lahir pada bulan berkenaan. Tandakan nama mereka beserta tarikh hari lahir mereka dalam ruangan kosong yang disediakan dan guru serta ibu bapa boleh menampalkan poster ini di dinding. Susun dan hiaskan dengan menarik supaya kelas bukan sahaja kelihatan cantik tetapi juga dapat membuat mereka merasa lebih bersemangat.

Selain dari menjadikan hiasan dalam bilik darjah, guru juga boleh mengajak rakan-rakan mereka untuk sama-sama membuat kad ucapan hari lahir sebagai hadiah pada hari lahir mereka. Ini bukan sahaja dapat memberi mereka satu aktiviti, tetapi juga dapat mengajar mereka untuk lebih menghargai rakan-rakan, membuat baik dengan rakan-rakan dan menjadikan mereka lebih kreatif dan aktif dalam kelas.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 

MUAT TURUN SEKARANG :

  • BirthdayMonthPosters-1