Soalan Peperiksaan ENGLISH TRIAL SPM 2021 COLLECTIONS (PART 2)

ENGLISH TRIAL SPM 2021 COLLECTIONS (PART 2)

391

Seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris juga merupakan subjek penting lulus dalam SPM. Konsep soalan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tidaklah jauh beza jika difahami dengan baik. Kedua-dua kertas soalan ini menuntut kemahiran penguasaan dalam penghasilan ayat dan pemahaman ayat serta penggunaan tatabahasa yang betul.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk guru menarik perhatian murid untuk menyukai sesuatu subjek apatah lagi subjek itu agak sukar untuk difahami.

Rasa susah nak tulis esei Bahasa Inggeris? Inginkan tips penulisan esei terbaik? Jom admin kongsikan J

TIPS PENULISAN ESEI TERBAIK BAHASA INGGERIS :-

  1. Wujudkan word bank, atau Bahasa mudahnya koleksi perkataan.

Setiap kali ingin memulakan penulisan, kenalpasti topik yang bersesuaian dan cari isi atau perkataan bombastic yang berkait dengan topik. Tulis dalam word bank beserta maksudnya.

  1. Anggap diri anda adalah wartawan.

Wartawan perlu rajin menulis. Jika anda ingin menguasai penulisan esei, anda bukan sahaja perlu ada minat dan pengetahuan, anda juga perlu rajin menulis dan mengolah sesuatu ayat.

  1. Bina ayat utama sesebuah topik.

Kenalpasti topik dan bina ayat teras atau ayat utama yang boleh diolah dan dibongkar menjadi ulasan yang baik dan jelas.

  1. Rajin menggunakan kamus.

Kamus adalah rakan baik pada penulis, tidak kira sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.

  1. Gunakan thesaurus.

Ia adalah sebuah aplikasi dalam talian yang membantu anda untuk menggunakan pelbagai perkataan lainnya yang membawa maksud sama atau sinonim. Ini menjadikan esei anda lebih menarik dengan kepelbagaian perkataan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih.

MUAT TURUN KOLEKSI SOALAN SEKARANG :- (PART 2)

NEGERI SEMBILAN

SARAWAK

TERENGGANU

KELANTAN

MRSM

SMKA