Soalan Peperiksaan Himpunan Soalan Ulangkaji Persediaan Temuduga & Ujian PKSK Kemasukan ke SBP, SBPi,...

Himpunan Soalan Ulangkaji Persediaan Temuduga & Ujian PKSK Kemasukan ke SBP, SBPi, SMKA & MTSD

1435

PKSK 2023 menjelang tiba tetapi nampaknya masih ramai murid dan ibubapa tahun 6 yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan ujian PKSK. Oleh sebab itu, mari kita mulakan penerangan ringkas mengenai PKSK ini.

SOAL JAWAB MENGENAI PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

Apa itu PKSK?

PKSK adalah suatu pendekatan pentaksiran standard yang dijalankan secara terpusat untuk menilai calon-calon yang bercadang untuk meneruskan pengajian di Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Khusus pada tahun 2023.

Pendekatan ini merangkumi pelaksanaan penilaian dan menerapkan kaedah single entry point yang bertujuan untuk menguruskan proses penerimaan pelajar dengan lebih efisien dan bersepadu.

Apa Maksud SK (Sekolah Khusus)?

Sekolah Khusus merangkumi pelbagai jenis institusi pendidikan, termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan juga Maktab Tentera Diraja (MTD).

Sekolah khusus ini ada yang hanya menerima kemasukan bagi pelajar tingkatan 4 sahaja dan ada yang menerima kemasukan pelajar tingkatan 1 dan 4.
.

Adakah PKSK Ini Menjadi Pengganti Bagi UPSR dan PT3?

PKSK tidak berfungsi sebagai pengganti kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Sebaliknya, ia adalah satu pendekatan pentaksiran yang bertujuan untuk menilai penguasaan pelajar secara menyeluruh, dengan menekankan bahawa penilaian ini tidak hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata.

Apakah elemen-elemen yang membentuk PKSK dan bagaimana ia dipecahkan?

PKSK disusun menjadi tiga komponen yang berikut:

  • Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, dan SSQ) – 20%
  • Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am, dan Pemecahan Masalah) – 70%
  • Bahagian C:Artikulasi Penulisan yang Jelas – 10%

Persediaan Ulangkaji Ujian PKSK 2023 Paling Lengkap

Untuk ulangkaji ini, admin perlu bahagikan mengikut bulan dan sekolah khusus. Terdapat beberapa bahan yang perlu diperhatikan seperti berikut.

PKSK Sekolah Ulul Albab (Agama & Tahfiz)

Ulangkaji ini hanya untuk murid-murid tahun 6 sahaja dimana mereka akan diberikan akses sehingga tarikh 30 November 2023 ini sahaja. Antara persediaan ulangkaji yang telah disusun rapi oleh penerbit ialah :

200 soalan Edisi Ogos Bahagian A, Bahagian B dan Video Hafazan) Tarikh Akses: 05 Ogos 2023 Tamat Akses: 30 November 2023.

Bahagian A: Kecerdasan Insaniah, Bahagian B: Kecerdasan Intelektual dan Video Hafazan

  • Ujian 3 (100 Soalan)
  • Ujian 4 (100 Soalan)
  • Modul Video Teknik Menghafal Al-Quran (120 minit)
  • Video Contoh Simulasi Murid 1 (Telah Berjaya ke MTSD)
  • Video Contoh Simulasi Murid 2 (Telah Berjaya ke SMKA)

PKSK Ulul Albab

PKSK Aliran Akademik

Ulangkaji ini hanya untuk murid-murid tahun 6 sahaja dimana mereka akan diberikan akses sehingga tarikh 30 November 2023 ini sahaja. Antara persediaan ulangkaji yang telah disusun rapi oleh penerbit ialah :

(200 soalan Edisi September Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C) Tarikh Akses: 15 Ogos 2023 Tamat Akses: 30 November 2023

Bahagian A: Kecerdasan Insaniah
Bahagian B: Kecerdasan Intelektual
Bahagian C: Artikulasi Penulisan

  • Ujian 5 (100 Soalan)
  • Ujian 6 (70 Soalan)
  • Ujian J (10 Soalan)
  • Ujian K (10 Soalan)
  • Ujian L (10 Soalan)

PKSK Aliran Akademik

Kejayaan PKSK Penentu Kejayaan Anda Memasuki Sekolah Khusus (SK)

Memasuki sekolah khusus terutama sekolah SBP merupakan idaman para murid dan ibubapa sekalian. Hal ini kerana, suasana belajar di SK seperti SBP banyak bezanya dengan sekolah harian biasa. Pasti tinggi harapan ibubapa untuk melihat anak-anak berjaya.

Latihan PKSK Satu Permulaan

Set ujian yang dikongsikan ini bukanlah set soalan yang diwajibkan ibubapa untuk membelinya. Kami sedia maklum dengan harga dan ketidakmampuan ibubapa untuk membeli set ujian ini. Jadi tiada paksaan dalam mendapatkannya.

Tetapi jika benar-benar mampu dan berminat serta ingin membantu anak-anak dalam membuat persediaan yang lebih rapi, maka apa yang kami kongsikan ini dilihat antara bahan terbaik dikalangan sumber bahan terbaik yang mampu kita perolehi di luar sana.

Nilaian duit bukan satu nilaian yang besar jika dibandingkan dengan kejaayan anak-anak. Semoga berjaya.

Doa Khas Buat Murid Agar Berjaya dalam PKSK

“Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan pembelajaran saya hari ini. Buka hati dan minda saya untuk menerima ilmu dan memahami setiap soalan dengan baik.

Berikanlah kefahaman dan kejelasan kepada saya ketika menjawab soalan PKSK ini. Lindungilah saya daripada kebingungan dan kekeliruan.

Permudahkanlah langkah-langkah saya dan izinkanlah saya memberikan jawapan yang terbaik. Kurniakanlah kepada saya ketenangan dan keyakinan semasa menjawap ujian ini.

Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Bijaksana, bantulah saya untuk menjawab dengan baik ujian PKSK ini dan berikanlah kejayaan kepada saya. Amin.”