Permainan Koleksi Flashcard Menarik Berwarna Warni

Koleksi Flashcard Menarik Berwarna Warni

1171

Koleksi Flashcard Menarik Berwarna Warni

Koleksi Flash Card Menarik Bahasa English ini dikumpulkan untuk kegunaan para guru untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika PdPR ini.

Flashcard yang dikongsikan ini amat sesuai untuk para pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 dalam menguasai perkara-perkara mudah di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Pengertian Flashcard

Flashcard disebut dalam Bahasa Melayu ialah Kad Imbas. Perkataan flashcard adalah gabungan antara perkataan bahasa Inggeris iaitu flash dan card. Flashcard atau kad imbas merupakan kad yang mengandungi gambar-gambar dan perkataan dengan pelbagai jenis warna warni.

Penggunaan perkataan flash adalah kerana gambar atau perkataan yang terdapat di kad akan ditunjukkan secara flash atau cepat, 1 kad bersamaan 1 hingga 2 saat sahaja.

Terdapat pelbagai fungsi dan faedah kad imbas ini untuk kanak-kanak. Kaedah pendekatan ini digunakan adalah berdasarkan bagaimana cara otak berfungsi. Otak berfungsi berdasarkan cara-cara berikut:-

  • Otak akan menerima maklumat dan memberikan respon terhadap maklumat yang diperolehi.
  • Otak menerima maklumat melalui pancaindera iaitu mata, hidung, lidah, telinga serta kulit.

Dengan kaedah pengajaran menggunakan flashcard ini dapat memastikan kesemua pancaidera digunakan dengan baik. Sebagai contoh, mata melihat objek yang ditunjukkan dan menghantar maklumat kepada otak bagi memproses maklumat yang dilihat untuk memberi kefahaman kepada kita. Seterusnya, telinga pula akan menerima maklumat dalam bentuk pendengaran dan menghantar maklumat untuk difahami otak. Dan begitu juga dengan pancaindera yang lain.

Pancaindera berfungsi sebagai penerima atau receiver maklumat. Ianya akan dihantar ke otak untuk diproses serta disimpan. Selanjutnya otak akan menghantar maklumat untuk memberikan respon atau maklum balas. Ini adalah huraian mudah untuk menerangkan bagaimana cara otak menjalankan fungsi untuk belajar dan mengawal segala tindakan kita.

Dapatkan “Koleksi Flashcard Menarik” di sini


Di sini admin nak kongsikan flashcard yang menarik bagi kegunaan para guru tersebut. Jika anda ingin download, sila tekan pada link yang telah disediakan seperti dibawah. Format dokumen ini adalah dalam ‘PPTX’

Download : Link Download dibawah

Kebaikan dan Faedah Flashcard

Terdapat pelbagai faedah penggunaan flashcard kepada kanak-kanak dari berusia 6 tahun pertama sehingga alam persekolahan. Penggunaan flashcard dapat memberikan rangsangan kepada kanak-kanak dalam menghasilkan minda hebat dan cerdas untuk yang menerima maklumat dengan baik.
Pembelajaran menggunakan flashcard boleh membantu kanak-kanak seperti berikut:
  • Merangsang perkembangan kedua-dua otak kanak-kanak
  • Lazimnya, otak kiri diasah melalui bahasa, manakala otak kanan dapat diperkuatkan daya ingatan melalui gambar.

Justeru itu, penggunaan kaedah flashcard ini boleh membantu meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak secara keseluruhan.

Perkongsian

Diharap perkongsian pada kali ini berkaitan Koleksi Flashcard Menarik Berwarna Warni dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam mendidik anak mereka serta merangsang minda anak mereka menggunakan kaedah flashcard. Teruskan melayari laman sesawang kami Sistem Guru Online untuk mendapatkan pelbagai info berkaitan pendidikan, kerja kosong dan sebagainya.