Permainan Koleksi Flashcard menarik untuk Kanak-kanak (Preposition of Place)

Koleksi Flashcard menarik untuk Kanak-kanak (Preposition of Place)

691

koleksi flashcard menarik

Koleksi Flashcard menarik untuk Kanak-kanak (Preposition of Place) ini mengandungi 40 set kad imbasan yang mengandungi latihan berkenaan penggunaan kata depan bahasa inggeris.

Flashcard atau Kad Imbasan adalah kaedah yang sesuai digunakan bagi mengajar kanak-kanak di dalam proses perkembangan awal mereka kerana pendekatan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi dimana otak menerima maklumat dan memberikan maklum balas terhadap maklumat yang diterima. Otak menerima maklumat melalui pancaindera seperti mata, telinga, hidung, lidah dan kulit.

Pengasas Institue for the Achievement of Human Potential, Dr Glenn Doman memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca dan mengenali gambar dimana dikenali sebagai cebisan intelek. Beliau mendapati bahasa apabila mengajar anak melalui kaedah bagaimana otak belajar dan menerima maklumat, pembelajaran akan menjadi lebih cepat dan efektif.

Kelebihan Flashcard dalam Merangsang Otak Bayi

  1. Dengan menggunakan kad imbasan, ianya dapat diselaraskan dengan kemampuan otak kanan dan didapati kad imbasan juga dapat meningkatkan tahap konsentrasi, melatih daya ingatan serta meningkatkan bahasa serta tahap IQ anak.
  2. Otak adalah seperti span yang pantas dalam proses penyerapan air. Otak anak pada peringkat perkembangan awal mereka bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang pelbagai dan kreatif dapat membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu justeri dapat membina tapak untuk pembangunan yang seterusnya.
  3. Apabila gambar diletakkan ke dalam kad imbasan dan ditunjukkan kepada anak, mereka akan dapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan gambar yang ditunjukkan serta rangsangan pendengaran melalui sebutan gambar tersebut.

Dapatkan “Koleksi Flashcard menarik untuk Kanak-kanak (Preposition of Place)” di sini


Di sini kami akan kongsikan bahan yang dapat membantu para ibu bapa dan guru menyediakan bahan pendidikan kepada kanak-kanak. Bahan ini boleh digunakan sebagai latihan tambahan atau sebagai aktiviti pada masa lapang. Sumber bahan adalah daripada Cikgu Share.

Sila muat turun bahan ini melalui pautan yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : PREPOSITION OF PLACE FLASHCARDS

Diharapkan agar perkongsian mengenai Koleksi Flashcard Menarik ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam memberikan bahan bantu mengajar yang dapat membantu pendidikan anak-anak.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami juga ada berkongsi beberapa bahan seperti:

Untuk mendapatkan lebih banyak bahan pendidikan seperti di atas, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.