Kertas Lukisan Koleksi Poster Kenali Buah-buahan Tempatan dan Keistimewaannya

Koleksi Poster Kenali Buah-buahan Tempatan dan Keistimewaannya

437

koleksi poster kenali buah-buahan tempatan

Koleksi Poster Kenali Buah-buahan Tempatan dan Keistimewaannya. Di dalam bahan yang dikongsikan pada kali ini memberikan penerangan mengenai keistimewaan bagi setiap buah-buahan tempatan kepada murid prasekolah dan tahap 1.

Tujuan utama bahan ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak di awal usia mengenai manfaat dan kelebihan memakan buah tempatan. Kebanyakkan kanak-kanak tidak gemar untuk makan buah-buahan kerana mereka takut untuk mencuba perkara baharu.

Melalui poster buah-buahan ini, mereka akan belajar mengenai keunikkan buah-buah tempatan seperti durian, rambutan dan sebagainya. Buah-buahan merupakan makanan yang sihat dan perlu diambil oleh kanak-kanak dalam menyokong pertumbuhan mereka.

Buah-buahan tempatan mudah untuk didapati dan ia masih segar jika dijual. Hal ini kerana, ia tidak perlu melalui proses mengawet dan sebagainya bagi mengekalkan kesegaran warna dan rasanya. Ia juga jauh daripada bahan-bahan kimia daripada proses pengawetan tersebut.

Dapatkan “Koleksi Poster Kenali Buah-buahan Tempatan dan Keistimewaannya” di sini


Di sini kami kongsikan bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan oleh para guru. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai aktiviti mengenal buah-buahan bersama anak-anak. Sumber bahan adalah daripada InculKate – Pembantu Pendidik.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Poster buah-buahan [inculkate.my]

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Koleksi Poster Kenali Buah-buahan Tempatan dan Keistimewaannya ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat memberikan pengetahuan tambahan kepada kanak-kanak mengenai buah-buahan tempatan.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan untuk murid prasekolah dan sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmiĀ Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.