Latihan LATIHAN PRA SEKOLAH/TAHAP 1 : SALIN SEMULA SET 1

LATIHAN PRA SEKOLAH/TAHAP 1 : SALIN SEMULA SET 1

179

Menjadi pendidik anak-anak pra sekolah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan memandangkan pada usia ini, mereka masih dalam proses menerima dan mengenal pasti persekitaran serta sangat sensitive pada perubahan. Sekiranya guru dan ibu bapa tidak memainkan peranan penting bersama, untuk mencapai tahap yang memuaskan dalam membantu tumbesaran anak-anak amatlah sukar.

Ada beberapa teknik dan cara yang boleh digunakan oleh guru pra sekolah dalam membantu proses penerimaan pelajar terhadap suasana baru dan juga memudahkan murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Kanak-kanak sangat sukakan pujian. Jadi, pujilah mereka walaupun perubahan atau apa yang mereka lakukan itu hanya sesuat yang kecil. Dengan pujian, mereka bukan sahaja akan jadi lebih bersemangat untuk membuat penambahbaikan, mereka juga akan merasa lebih selesa dan mood mereka juga akan lebih baik.

Buat aktiviti yang menyeronokkan setiap hari. Aktiviti yang menyeronokkan bukan bermaksud aktiviti yang susah. Cari apa-apa aktiviti ringkas tetapi menyeronokkan bagi kanak-kanak. Ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh guru gunakan. Guru juga boleh membuat video pendek tentang aktiviti esok hari dan tunjukkan pada kanak-kanak setiap kali habis waktu belajar sebelum mereka pulang. Ini bukan sahaja dapat membuat mereka lebih tertarik untuk ke sekolah tetapi juga mereka lebih tertarik untuk belajar dan beraktiviti.

Di sini juga admin kongsikan modul latihan yang boleh guru gunakan dalam proses pembelajaran.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 

MUAT TURUN SEKARANG :

  • salin semula-prasekolah,tahap 1