Pra Sekolah Latihan Prasekolah: Menulis dengan Kemas

Latihan Prasekolah: Menulis dengan Kemas

3043

latihan prasekolah: menulis dengan kemas

Latihan Prasekolah: Menulis dengan Kemas. Bahan ini sesuai untuk dijadikan sebagai latihan menulis bagi murid prasekolah dan murid tahun 1.

Kemahiran menulis merupakan kegiatan menghasilkan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi sebuah ayat.

Antara kepentingan kemahiran menulis adalah:

  1. Membolehkan kanak-kanak menulis dengan kemas, cantik dan tersusun
  2. Kanak-kanak dapat mempelajari cara dan teknik penulisan yang betul
  3. Kanak-kanak dapat memahami perkara yang mereka tulis sendiri
  4. Mereka dapat membaca apa yang ditulis.

Selain daripada mengemaskan tulisan murid prasekolah, bahan ini juga sesuai bagi membantu mereka mengingati huruf-huruf dengan baik. Aktiviti menulis juga dapat membantu kekuatan motor halus kanak-kanak yang penting dalam perkembangan awal mereka. Perkara ini adalah kerana penggunaan motor halus yang penting dalam kekuatan memegang sesuatu seperti pensil, sudu dan sebagainya adalah bagi memudahkan pergerakan mereka dalam kehidupan seharian.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Menulis dengan Kemas” di sini


Di sini kami akan kongsikan latihan yang dapat dijadikan sebagai aktiviti murid prasekolah agar dapat memperkemaskan lagi tulisan mereka. Ibu bapa turut boleh menggunakan bahan ini sebagai aktiviti tambahan kepada kanak-kanak semasa berada di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Penutup

Kesimpulannya, bagi mendapatkan tulisan yang kemas dan mudah untuk dibaca, murid perlulah melakukan latihan menulis dengan kerap. Ibu bapa perlulah memainkan peranan di samping mendapatkan bantuan daripada para guru dalam membekalkan latihan yang mencukupi kepada mereka.

Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Prasekolah: Menulis dengan Kemas ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam membekalkan bahan pendidikan yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Pada masa yang sama, kami juga berharap agar latihan ini dapat membantu murid mendapatkan tulisan yang kemas serta mudah untuk difahami.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk digunakan oleh murid prasekolah. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan lebih banyak bahan pendidikan seperti di atas, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.