Latihan LATIHAN ULANGKAJI/PERSEDIAAN PRA SEKOLAH/TADIKA (PEKERJAAN SAYA)

LATIHAN ULANGKAJI/PERSEDIAAN PRA SEKOLAH/TADIKA (PEKERJAAN SAYA)

72

Menghantar anak-anak ke tadika atau pra sekolah adalah satu tindakan yang sangat disarankan kepada ibu bapa. Ini bukan sahaja memanfaatkan kepada anak dari segi pembelajaran dan perkembangan minda, ia juga mampu membentuk peribadi dan kemahiran social anak-anak dalam pergaulan dengan rakan sebaya dan guru-guru.

Ada juga ibu bapa yang berpendapat bahawa anak-anak akan lebih mendapat perhatian dan kebaikan sekiranya duduk di rumah pada usia ini dan mendapat didikan sendiri dari ibu bapa. Sebenarnya, mana-mana pilihan pun akan bermanfaat dan mendatangkan kebaikan sekiranya ia diberikan perhatian dan teknik pengajaran yang betul.

Bagi admin sendiri, admin lebih memilih untuk menghantar anak-anak ke tadika atau pra sekolah dan dalam masa yang sama memberikan didikan dan bimbingan yang sewajarnya kepada mereka semasa mereka di rumah. Dengan itu, mereka akan mendapat pendidikan yang sepatutnya dari segi pembelajaran, perkembangan minda, pergaulan dan social. Ada 5 kelebihan sekiranya anda memilih untuk menghantar anak-anak ke tadika atau pra sekolah.

LIMA KELEBIHAN HANTAR ANAK KE TADIKA :

  1. Anak anda akan belajar beberapa kemahiran penting seperti :
  2. Mendengar, memahami dan mengikut arahan
  3. Menunggu giliran
  4. Menolong antara satu sama lain
  5. Berinteraksi dengan rakan
  6. Berkomunikasi dengan lebih baik
  7. Anak anda akan lebih mudah mempelajari asas kepada abjad, kemahiran matematik dan beberapa pengetahun penting yang lain dengan tunjuk ajar dan teknik bersesuaian dari guru yang berkelayakan dan berkelulusan.
  8. Anak anda akan lebih bersedia untuk menghadapi sesi persekolahan yang lebih tinggi.
  9. Mereka akan lebih cepat menyesuaiakan diri bila masuk ke alam persekolahan.
  10. Anda akan ada masa untuk diri sendiri J

Oleh itu, bagi membantu ibu bapa dan juga guru dalam mendidik anak-anak, admin kongsikan beberapa latihan, nota dan aktiviti yang boleh membantu meransang minda anak-anak.

Semoga dengan perkongsian ini dapat mendatangkan manfaat dan dapat membantu para guru, ibu bapa serta pelajar dalam menuntut ilmu demi menjamin masa depan yang lebih gemilang. Silakan kongsi artikel ini bersama rakan-rakan lain juga ya. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih.

MUAT TURUN :

  • Pekerjaan saya (tulis dan warna)