Apabila tibanya sambutan hari guru pastinya ramai guru yang mencari bahan aktiviti mewarna lukisan hari guru bagi pelajar. Aktiviti mewarna dapat memupuk dan memberi perkembangan yang positif dalam diri pelajar seperti mencurahkan bakat dan aktiviti tersendiri.
Kami daripada Sistem Guru Online ada menyediakan bahan aktiviti mewarna lukisan hari guru khas bagi pelajar untuk digunakan oleh guru supaya sambutan hari guru dapat diisi dengan warna-warni kertas lukisan.
Himpunan Bahan Aktiviti Mewarna Lukisan Hari Guru Bagi Pelajar
Download Bahan Mewarna Lukisan Hari Guru
Lukisan Hari Guru 1
Pelajar boleh fokuskan lukisan pelajar pada tema yang berkaitan dengan guru seperti kebaikan guru, suasana kelas, atau suasana penting dalam proses pembelajaran.
Lukisan Hari Guru 2
Sebelum pelajar mula melukis, rancang terlebih dahulu keadaan dan corak yang ingin pelajar gunakan. Ini akan membantu pelajar menghasilkan lukisan yang teratur dan menarik.
Lukisan Hari Guru 3
Pastikan pelajar menggunakan kertas dan cat yang berkualiti supaya lukisan pelajar tahan lama dan menarik. Jika boleh, gunakan cat air atau cat minyak untuk hasil yang lebih sesuai.
Lukisan Hari Guru 4
Guru boleh ajar untuk cuba pelbagai teknik mewarna seperti penggabungan warna, layering, atau wet-on-wet dalam mencipta kesan atau corak yang menarik dan dinamik dalam lukisan pelajar.
Lukisan Hari Guru 5
Lukisan adalah bentuk seni yang membolehkan anda bereksperimen. Pelajar tidak boleh takut untuk mencuba teknik atau corak baru yang mungkin membawa hasil yang menarik. Guru boleh mainkan peranan dengan tunjukkan contoh.
Lukisan Hari Guru 6
Pelajar boleh perincikan seperti wajah guru atau peralatan dalam bilik darjah boleh menambah kesesuaian atau suasana hidup pada lukisan pelajar.
Lukisan Hari Guru 7
Kepentingan Aktiviti Sempena Sambutan Hari Guru
Bagi pelajar mereka amat telah menanti aktiviti sempena sambutan hari guru yang mana dapat memberi mereka rasa menarik dan teruja untuk menghargai dan mengamati jasa-jasa guru.
Berikut adalah merupakan sebab kenapa aktiviti sempena sambutan hari guru adalah aktiviti yang penting dalam memupuk perkembangan murid-murid:
- Memupuk Pelajar Beradab Dengan Guru
Dengan aktiviti yang diadakan sempena hari guru para pelajar akan didedahkan dengan jasa-jasa untuk menghargai guru. Secara automatiknya pelajar akan mempunyai lebih rasa hormat dan berada apabila berada di sekolah dan memberi rasa hormat kepada guru ketika mengajar.
- Memberi Rasa untuk Lebih Sayang Pada Guru
Hasil daripada aktiviti sempena sambutan hari guru akan dapat menimbulkan lebih rasa kasih sayang seorang murid kepada guru. Seorang pelajar mudah untuk terkesan dengan didikan dengan guru kerana mereka dari pagi sehingga petang mendapat pendedahan daripada guru.
- Mewujudkan Jati Diri yang Baik
Sambutan hari guru adalah bagus untuk belajar dalam memupuk menjadi seorang yang lebih baik. Pelajar akan merasa seronok dan gembira kerana dengan didikan seorang guru mereka merasakan diri mereka menjadi lebih baik. Apabila adanya hari penghargaan guru secara besar-besaran, dia akan memberi tanggapan untuk menjadi lebih positif.
- Memupuk Minat Dalam Pelajaran
Setiap kali tibanya sambutan hari guru seringkali pelajar akan didedahkan dengan keperitaan dan kepayahan seorang guru serta kecekalan dalam memberi curahan ilmu kepada pelajar. Oleh sebab itu, pelajar akan merasa lebih bersemangat untuk belajar dalam pelajaran dan menghargai jasa seorang guru.
- Membina Impian Sebagai Pendidik
Guru adalah merupakan cerminan yang baik bagi seorang pelajar. Apabila seorang pelajar merasakan guru mereka adalah merupakan idola yang mereka patut ikut dalam masa yang sama akan memupuk minat untuk menjadi seorang guru. Tunjuk ajar guru yang baik serta implikasi sambutan hari guru dapat memberi dan menimbulkan impian dalam diri seorang pelajar untuk menjadi seorang guru kerana merasakan guru adalah merupakan pekerjaan yang mulia.
Guru adalah merupakan insan yang sangat berjasa dalam mendidik bangsa. Sambutan hari guru adalah merupakan bukti adalah bahawa kerjaya seorang guru amatlah dihargai oleh pelbagai pihak.