Soalan Peperiksaan MANFAATKAN KEMUDAHAN YANG ADA (SPM TRIAL 2022 BI JOHOR)

MANFAATKAN KEMUDAHAN YANG ADA (SPM TRIAL 2022 BI JOHOR)

32

Seiring dengan pelbagai peningkatan dari segi ekonomi dan juga teknologi, bukan sahaja orang dewasa mendapat manfaat dengan kelebihan dan kemudahan yang ada, pelajar juga mendapat manfaat yang sangat besar. Seharusnya, dengan kelebihan kemudahan yang kita ada pada zaman sekarang, pembelajaran tidak lagi terhad dalam bilik darjah dan buku teks semata-mata. Ada pelbagai kaedah lain yang sangat menarik dan mempunyai banyak kebaikan pada guru dan juga murid dalam memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan jelas.

Kini, ada banyak koleksi video, audio dan juga imej yang mempunyai kandungan pembelajaran pelbagai subjek. Bahan seperti ini sangat bagus dan wajar digunakan secara meluas kerana ia bukan sahaja boleh dilakukan dengan kreatif tetapi juga ia boleh disimpan dan dikongsikan dengan ramai orang. Guru boleh membuat koleksi video penerangan sesuatu topik dan kongsikan kepada kumpulan pelajar sama ada dalam aplikasi whatsapp atau telegram untuk pelajar jadikan rujukan bila perlu. Selain itu, guru juga boleh memuat naik koleksi video, audio atau imej tersebut ke dalam laman rasmi sekolah agar semua pelajar mendapat akses mudah terhadap bahan bantu belajar tersebut.

Utamakan subjek yang agak sukar untuk pelajar kuasai, buat satu video, audio atau imej yang jelas dengan penerangan untuk setiap topik agar pelajar dapat memahami dengan baik topik yang dipelajari. Dengan cara ini, pelajar tidak perlu bergantung terhadap penerangan buku teks atau buku rujukan semata-mata apabila wujudnya bahan bantu belajar seperti ini. Apabila pelajar dapat mengakses dengan mudah bahan-bahan ini, mereka juga akan dapat melakukan ulangkaji pelajaran di rumah dengan lebih baik.

Kajian mendapati, dengan pengisian yang menarik dan kreatif dalam bahan bantu belajar berbentuk media digital terumatanya video, pelajar akan dapat memahami topik yang dipelajari dengan lebih mudah.

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

ENGLISH-PAPER-2-SMKTBI-JOHOR-2022