Kertas Lukisan MARI MELUKIS HAIWAN DENGAN MUDAH UNTUK PRASEKOLAH

MARI MELUKIS HAIWAN DENGAN MUDAH UNTUK PRASEKOLAH

216
MARI MELUKIS HAIWAN DENGAN MUDAH UNTUK PRASEKOLAH

“Mari Melukis Haiwan dengan Mudah untuk Prasekolah” adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak prasekolah membangunkan kemahiran melukis mereka dengan cara yang menyeronokkan dan mendidik. Dalam era digital ini, kemahiran melukis ini masih penting dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak.

Guru-guru prasekolah, tadika kemas, pasti, ABIM dan Ibu bapa perlu ambil perhatian berkaitan dengan bahan yang kami bagi secara percuma pada kali ini. Bahan yang sediakan pada kali ini boleh meningkatkan lagi kreativiti dan inovasi dalam diri anak-anak untuk melangkah ke sekolah pada tahun hadapan.

Namun, dengan peningkatan penggunaan peranti digital, kita sering berdepan dengan masalah di mana kanak-kanak kurang mendapat peluang untuk melukis secara tradisional. Ini boleh menghambat perkembangan kemahiran halus dan kreativiti mereka. Apabila kanak-kanak kurang memegang pensil dan warna menyukarkan mereka menulis dengan baik dan mewarna dengan sekata.

Untuk mengatasi masalah ini, kami ingin menggalakkan ibu bapa dan guru untuk memanfaatkan bahan percuma yang kami sediakan di bawah ini. Dengan akses kepada bahan ini, kanak-kanak boleh memulakan pengembaraan mereka dalam melukis haiwan dengan mudah.

Sebelum itu mari ikuti kami untuk mendapatkan lebih banyak bahan untuk pelajar sekolah rendah dan prasekolah di telegram pendidikan dengan menekan butang pautan di bawah:

Mari Melukis Haiwan Dengan Mudah Untuk Prasekolah

Kenapa Kanak-kanak perlu dibawa Melukis dan mewarna?

Menurut pakar, untuk kanak-kanak pada usia 3 hingga 8 tahun, aktiviti Melukis dan mewarna adalah penting dalam membantu aspek tumbesaran dan perkembangan mereka. Anda mungkin sudah mengetahui dan menyedari bahawa seni adalah cara terbaik untuk mengendali dan menguruskan rasa kegelisahan dan tekanan pada diri kanak-kanak.

Apa Istimewa Bahan Cara Melukis Haiwan Ini?

Terdapat beberapa keistimewaan apabila menggunakan bahan yang kami sediakan berkaitan cara melukis haiwan dengan mudah:

  1. Terdapat 10 muka surat tanpa muka hadapan
  2. Setiap mukasurat mempunyai langkah-langkah melukis seekor haiwan
  3. Langkah yang ditunjuk setiap muka surat mempunyai enam langkah mudah.
  4. Berdasarkan numbur menjadi seekor haiwan
MARI MELUKIS HAIWAN DENGAN MUDAH UNTUK PRASEKOLAH
Contoh cara lukisan MARI MELUKIS HAIWAN DENGAN MUDAH UNTUK PRASEKOLAH

Para guru dan ibu-bapa boleh membantu anak-anak dalam membimbing mereka menunjukkan cara melukis dengan baik melalui bahan yang Kami sediakan.

Tips Menggunakan Bahan Cara Melukis Haiwan Dengan Mudah Bermula dengan Menulis Nombor?

Berdasarkan kepada bahan yang Kami sediakan, ia akan membantu ibu bapa dan guru-guru untuk membimbing anak-anak melukis dengan lebih mudah. Di sini kami akan berkongsi cadangan untuk macam mana menggunakan bahan ini bersama pelajar.

  1. Sediakan kertas kosong dan pensil warna
  2. Untuk guru-guru boleh menulis dahulu nombor dan melukis setiap langkah diikuti oleh pelajar satu satu persatu langkah dengan papan putih.
  3. Para guru boleh ambil cadangan daripada pelajar untuk mengenakan warna apa bagi setiap haiwan sebagai contoh mewarna di hadapan kelas.

Mengapa inisiatif ini begitu penting? Melukis haiwan membantu kanak-kanak memahami dunia haiwan, meningkatkan daya imaginasi mereka, dan memupuk kemahiran halus yang diperlukan untuk menulis. Ini adalah asas kepada pembelajaran yang lebih mendalam.

Kami menggalakkan semua orang ramai untuk mengambil langkah pertama dalam membantu prasekolah dengan mengunduh bahan percuma yang kami sediakan di laman web kami. Ini adalah peluang untuk memberikan kanak-kanak anda pengalaman yang bermakna dalam melukis. Sila tekan butang pautan di bawah untuk memuat turun bahan cara melukis dengan mudah:

MARI MELUKIS HAIWAN DENGAN MUDAH UNTUK PRASEKOLAH
Contoh cara lukisan MARI MELUKIS HAIWAN DENGAN MUDAH UNTUK PRASEKOLAH
Contoh cara lukisan MARI MELUKIS HAIWAN DENGAN MUDAH UNTUK PRASEKOLAH

Disediakan Oleh: stylish eve MCC

Kaedah Melukis Menarik

Berbicara tentang kaedah melukis, banyak cara yang boleh kita buat bersama kanak-kanak. Antara kaedah tersebut adalah seperti berikut:

  • Melukis dengan bilangan jari.

Melukis zirafah dengan menutup jari tengah, dan menggaris tangan di sekeliling.

  • Dengan ejaan tertentu.

Melukis ketam bermula dengan ejaan crab, c sebagai sepit ketam, r dan a jadi mata manakala b sambungan kepada sepit ketam.

  • Melukis dengan huruf aksara.

Melukis basikal dengan tulisan M, seterisnya membuat tayar dan kelengkapan yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara melukis dengan bilangan jari boleh teruskan bacaan di bawah.

Melukis dengan Bilangan Jari

Menggunakan jari sebagai permulaan lukisan sangat membantu rangsangan minda kanak-kanak untuk menyempurnakan menjadi haiwan. Mari kita ikut sama-sama cara melukis dengan bilangan jari.

  1. meletakkan tangan di atas kertas dan garis di sekeliling tangan.
  2. buat mata dan telinga haiwan.
  3. buat corak dan warnakan haiwan.

Disediakan oleh: Nufa

Diharap semoga perkongsian kali ini dapat membantu para guru dan ibu bapa membuat aktiviti bersama kanak-kanak.