Aktiviti 7 Senarai Idea Persembahan Sambutan Hari Guru

7 Senarai Idea Persembahan Sambutan Hari Guru

2856
7 Senarai Idea Persembahan Sambutan Hari Guru

Apabila melibatkan sambutan hari guru, pastinya akan melibatkan persembahan sambutan hari Guru bagi memastikan sambutan yang diadakan adalah meriah dan menyeronokkan pelajar serta guru. Kebiasaannya persembahan diadakan di dewan perhimpunan sekolah dengan pelbagai cara yang menarik dan unik. Persembahan sambutan hari Guru juga adalah merupakan bahagian penting dalam tentatif program sambutan hari guru di Sekolah.

Senarai Idea Persembahan Sambutan Hari Guru

Bagi membantu para guru untuk memastikan kelancaran acara persembahan sambutan hari guru. Berikut adalah dikongsikan senarai idea persembahan sambutan hari guru:

Persembahan Drama

Satu idea yang menarik kepada guru dengan persembahan sambutan hari Guru melalui persembahan sebuah drama. Pastinya seronok semasa melakukan kerja disebalik tabir dengan menyediakan bahan-bahan keperluan persembahan drama seperti pelakon utama, pelakon tambahan, prop dan skrip. Sebaiknya diadakan persembahan drama yang melibatkan kisah-kisah pengalaman dan boleh memberi aspirasi bersama guru.

Penggunaan skrip juga mestilah di olah untuk menunjukkan nilai-nilai penting seorang guru. Barulah kena dengan tema sambutan hari guru dalam diri pelajar.

Persembahan Muzikal

Ada juga sekolah yang mengadakan persembahan sambutan hari guru dengan persembahan muzikal. Menariknya persembahan muzikal ini akan dipersembahkan sendiri oleh sekumpulan pelajar dengan membawa gaya persembahan tersendiri dan menarik. Sebaiknya membawa gaya yang melibatkan penghargaan kepada guru.

Antara contoh persembahan muzikal adalah:

  • Nyanyian lagu nasyid
  • Persembahan lagu terkini dan berkaitan dengan guru
  • Persembahan nyanyian melibatkan tarian
  • Persembahan nyanyian dengan menggunakan alat muzi

Deklamasi Puisi/Sajak Hari Guru

Sambutan hari guru lebih meriah dengan persembahan deklamasi puisi hari guru yang dibawa oleh para pelajar. Deklamasi puisi/sajak ini adalah merupakan salah satu penghayatan kepada jasa-jasa guru. Sesuai untuk dibawakan oleh para pelajar dengan kandungan puisi yang sarat dengan isi berkaitan tema hari guru.

Sebaiknya guru membimbing beberapa pelajar dan memastikan kandungan puisi/sajak dibawa adalah gramatis dan menyentuh hati. Selain itu, pembawakan puisi berkesan juga akan memberi kesan baik pada diri pelajar.

Persembahan Gimik dari Pelajar

Pelajar boleh membuat persembahan gimik semasa program sambutan. Biasanya persembahan gimik ini dibuat secara spontan untuk menimbulkan mood persemabahan semasa di perhimpunan. Pelajar boleh membawa gaya yang tersendiri. Pembawakan yang lucu kebiasaannya dibawa oleh pelajar pastinya menimbulkan suasa seronok dan kelakar dengan gaya bermacam dari pelajar.

Persembahan Sketsa Komedi

Untuk persembahan hari guru, boleh juga adakan persembahan sketsa komedi yang mengandungi penanan berkaitan atau penghargaan kepada guru. Sekumpulan pelajar diperlukan untuk mengadakan skesa komedi. Dengan skrip yang menarik dengan gaya elemen humor tersendiri adalah pelajar boleh membawakan gaya denagn santai dan bersahaja.

      Persembahan Pentas Teater

      Bawakan persembahan pentas teater untuk persembahan hari guru dengan jenis persembahan yang pelbagai terdiri dari drama, muzik, tarian dan visual. Pelajar boleh bersatu dan membawa lakonan mantap untuk diketengahkan. Buat pemilihan tajuk teater yang menarik dan kena dengan sambutan hari guru di sekolah.

      Pelajar boleh berbincangan dengan guru berkenaan persembahan yang diadakan adalah menepati dengan etika dan gaya persembahan yang menarik supaya ia memberi kesan dan seronok. Dengan mengadakan persembahan jenis pentas teater ini juga akan mengasah bakat pelajar sekolah sekolah lagi.

      Persembahan Multimedia Dari Pelajar

      Para pelajar boleh berganding bahu untuk membuat satu video dengan durasi yang pendek atau sederhana. Buat persembahan yang direkod dengan video kamera atau telefon pintar. Boleh bawakan dengan gabungan elemen lain seperti video, gambar, muzik dan kata-kata yang menarik.

      Kebiasaannnya pelajar membawa alur cerita bertemakan penghargaan kepada guru dan dedikasi mereka berikan untuk guru merasakan penghargaan dan tersentuh dengan persembahan. Bagi persembahan multimedia ini pelajar boleh membuat berdasarkan skrip, gaya edit video dan kesan-kesan khas yang dapat memacu tayangan video persembahan multimedia dari pelajar dengan gaya yang tersendiri.

        Bagi tiap idea persembahan sambutan Hari Guru ini dapat disesuaikan dengan keperluan dan budaya sekolah masing-masing untuk mencipta pengalaman yang bermakna dan menginspirasi bagi semua yang terlibat. Akhir sekali, selamat menyambut hari guru!