Dari usia yang muda kita telah diajar mengenai deria rasa manusia. Kanak-kanak dari usia seawal 2 ke 3 tahun sangat tinggi sifat ingin tahu serta aktif dalam menggunakan deria rasa mereka terutama deria rasa sentuhan. Seperti kita sedia maklum, deria rasa manusia ada lima iaitu, deria sentuh, melihat, mendengar, merasa dan menghidu.
Untuk poster dan aktiviti kali ini admin kongsikan mengenai lima deria manusia untuk guru dan ibu bapa ajarkan kepada anak-anak. Fail pdf ini bukan sahaja boleh dicetak untuk dijadikan poster tetapi juga boleh digunakan sebagai buku aktiviti sama ada di sekolah mahupun di rumah.
Guru juga boleh mencetak aktivti ini dalam saiz yang besar dan mengajak pelajar untuk sama-sama menyelesaikan aktiviti ini secara berkumpulan. Ini akan bukan sahaja dapat melatih mereka bekerja secara berkumpulan tetapi juga dapat memperbaiki dan menambahbaik kemahiran berkomunikasi dan berfikir di antara mereka.
Ia juga boleh dicetak dan diwarnakan mengikut kreativiti anak-anak anda. Selain digunakan untuk aktiviti di sekolah, ia juga sesuai untuk aktiviti di rumah bersama ibu bapa. Sekiranya dilakukan di rumah, ibu bapa dapat memberikan perhatian penuh pada anak-anak memandangkan tiada pelajar lain.
Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.
MUAT TURUN SEKARANG :
- FiveSensesPostersandMobile-1
- 5sense