Kertas Lukisan PRINTABLE POSTER/BOOKLET SCIENCE PRE SCHOOL/STANDARD 1-3 (PHASE OF THE MOON)

PRINTABLE POSTER/BOOKLET SCIENCE PRE SCHOOL/STANDARD 1-3 (PHASE OF THE MOON)

19

Adakah anda tahu bahawa bulan adalah satu-satunya satelit semula jadi bumi dan telah wujud sejak 4.6 billion tahun dahulu? Siapakah manusia pertama yang pernah mendarat di bulan dan berapa orangkah yang pernah menjejakkan kaki ke bulan? Jom kita baca sama-sama…

Manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan?

  • Neil Amstrong ( tahun 1969, misi Apollo 11)

Berapa ramaikah yang pernah menjejakkan kaki ke bulan?

  • 12 orang manusia

Siapakah manusia terakhir yang berjaya menjejakkan kaki ke bulan?

  • Gene Cernan (tahun 1972, misi Apollo 17)

Fakta menarik mengenai bulan :

  1. Bulan adalah satelit semula jadi kelima terbesar dalam system suria.
  2. Terdapat dua bonjolan di bumi yang terjadi disebabkan oleh tarikan gravity yang dikenakan oleh daya bulan, satu bahagian menghadap bulan dan satu lagi di sebelah yang bertentangan bulan. Bonjolan ini akan bergerak sekelililng lautan apabila bumi berputar dan ini menyebabkan terjadinya air pasang surut di seluruh dunia.
  3. Kedua-dua belah bulan menerima cahaya matahari pada jumlah yang sama.
  4. Bulan tidak mempunyai atmosfera.
  5. Berat akan berkurangan di bulan.
  6. Bulan juga mempunyai gempa yang berskala kecil.

Selain dari fakta di atas, bulan juga mempunyai fasa-fasa tertentu yang menyebabkan perubahan pada kadar cahaya yang diterima oleh bulan daripada matahari. Fasa-fasa ini digelar gerhana. Ada pelbagai jenis gerhana. Ingin tahu lebih lanjut? Di sini admin kongsikan poster fasa-fasa dalam bulan untuk guru dan ibu bapa kongsikan bersama anak-anak. Topik ini juga menarik untuk dipelajari. Guru juga boleh mencari dan mencetak gambar gerhana bulan untuk aktiviti pelajar di sekolah.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

  • PhasesoftheMoonClassroomPosters-1