Soalan Peperiksaan Soalan Akhir Tahun Pendidikan Seni Visual Tahun 1

Soalan Akhir Tahun Pendidikan Seni Visual Tahun 1

4373
soalan peperiksaan akhir tahun pendidikan Seni Visual

Bagi membantu guru-guru, kali ini kami sediakan kertas soalan akhir tahun pendidikan Seni Visual Tahun 1 . Soalan ini boleh membantu guru membuat latihan bagi pelajar atau soalan ujian.

Soalan Akhir Tahun Pendidikan Seni Visual Tahun 1

Bermula dari tahun 2017 pendidikan Seni visual menggunakan standard kurikulum dan pentaksiran baru bagi tahun satu sekolah rendah.

Pengenalan Soalan Akhir Tahun Pendidikan Seni Visual Tahun 1

Peperiksaan bagi mata pelajaran pendidikan seni visual tahun 1 adalah untuk menguji pelajar sejauh mana kefahaman mereka berkaitan aspek yang diajar sewaktu proses pembelajaran dalam kelas. Oleh itu, antara aspek yang terkandung dalam kertas soalan hendaklah merangkumi hal berikut:

  1. Bahasa seni visual
  2. Kemahiran seni visual
  3. Penghasilan karya kreatif
  4. Penghasilan karya seni visual

Dijemput guru dan ibu bapa ke telegram kami untuk dapatkan lebih banyak bahan latihan dan nota bagi sekolah rendah dan prasekolah dengan pautan dibawah:

Contoh Soalan Akhir Tahun Pendidikan Seni Visual Tahun 1

Penetapan kaedah soalan ujian peperiksaan seharusnya dibuat selepai menilai tahap kefahaman dan kemampuan pelajar sewaktu sesi pembelajaran. Terdapat beberapa kaedah soalan yang boleh dijalankan adalh seperti berikut:

  1. Mewarna
  2. Menamakan corak
  3. Padankan gambar dengan tulisan
  4. Padankan bentuk dengan bentuk yang sama
  5. Lukis corak
  6. Sambung titik
  7. Gunting dan tampalkan pada gambar

Kreativiti dalam Menjawab Soalan Akhir Tahun Pendidikan Seni Visual

Guru boleh meningkatkan kreativiti pelajar dalam menjawab soalan dengan mempelbagaikan cara. Antaranya cara jawab soalan dengan kreatif adalah seperti berikut:

  • Mewarna di atas permukaan tikar untuk mendatangkan corak dalam mewarna.
soalan peperiksaan akhir tahun pendidikan Seni Visual
  • Gunting dan tampal pada gambar
Contoh soalan akhir tahun pendidikan Seni Visual

cara jawab soalan ini boleh menjadi aktiviti sewktu sesi pembelajaran sebagai persiapan menjawab soalan peperiksaan dan meningkatkan keseronokkan pelajar dalam kelas.

Sila tekan link dibawah untuk dapatkan soalan akhir tahun pendidikan Seni Visual:

soalan peperiksaan akhir tahun pendidikan Seni Visual
Contoh soalan akhir tahun pendidikan Seni Visual
soalan peperiksaan akhir tahun pendidikan Seni Visual
Contoh soalan akhir tahun pendidikan Seni Visual

Disediakan oleh: SK Pekan Kota Marudu

Cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual dengan Pentaksiran Bilik Darjah

Cabaran yang dihadapi untuk mengajar subjek pendidikan seni visual bukan sekadar di pihak pelajar, bahkan ia juga datang daripada pihak pendidik. Kajian telah membuktikan beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek seni visual.

Lee Hoi Yeh daripada Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI telah membuat kajian cabaran yang dihadapi pendidikan seni visual dengan Pentaksiran Bilik Darjah di sekolah rendah daerah Hilir Perak. Hasil dapatan kajian adalah seperti berikut:

  1. Penerimaan dan kesediaan guru tentang pelaksanaan PBD di sekolah.
  2. Sokongan pihak pentadbir terhadap mata pelajaran PSV.
  3. Kekurangan pendedahan tentang strategi dan proses pelaksanaan PBD serta aspek penskoran dan pelaporan perkembangan murid.
  4. Sikap guru yang tidak mementingkan mata pelajaran PSV.
  5. Penambahan bebanan guru dan kekangan masa menyediakan instrumen yang sesuai untuk pentaksiran.

Untuk mengetahui penerangan lebih lanjut berkaitan kajian, sila baca penerangan di bawah

1. Penerimaan dan Kesediaan Guru tentang Pelaksanaan PBD di Sekolah.

Hasil kajian daripada temu bual menggambarkan terdapat 50% guru yang menghadiri kursus berpendapat mereka masih kurang bersedia dalam melaksanakan PBD di sekolah walaupun telah menghadiri kursus latihan yang dilaksanakan di peringkat PPD mahupun diperingkat dalaman In House Training.

2. Sokongan pihak pentadbir terhadap mata pelajaran PSV.

Berdasarkan rumusan tentang hasil temubual terhadap proses dan strategi pelaksanaan PBD PSV, responden hanya mendapatkan informasi berkaitan konsep PBD PSV melalui taklimat ringkas daripada ketua panitia selepas mendapatkan maklumat melalui kursus profesionalisme berkaitan PBD. Namun, sebahagian besar daripada responden kurang memahami prosedur dan strategi yang sesuai dan berkesan untuk melaksanakan pentaksiran khususnya dalam aspek persediaan instrumen yang relevan serta kaedah pentaksiran bagi mata pelajaran PSV.

3. Kekurangan Pendedahan tentang Strategi dan Proses Pelaksanaan PBD serta Aspek Penskoran dan Pelaporan Perkembangan Murid.

Pelaksanaan PBD tidak telus atas faktor kekurangan pendedahan kepada PBD yang mendalam dalam kalangan guru mempengaruhi kesahihan hasil pentaksiran. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru yang mengendalikan PBD PSV adalah guru-guru bukan opsyen PSV dan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang PBS untuk mata pelajaran PSV.

Menurut Abdul Said Ambotong dan Shanti Gobalakrishnan (2017), guru harus jelas objektif pembelajaran yang ditaksir yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan pencapaian untuk mencapai sasaran pembelajaran. Namun begitu, masih terdapat guru yang kurang jelas tentang kaedah penetapan objektif pembelajaran. Justeru itu, guru sukar mengesan keupayaan murid dan tidak mengubah strategi atau pendekatan pengajaran
yang lebih efektif dan bersesuaian.

4. Penambahan Bebanan Guru dan Kekangan Masa Menyediakan Instrumen yang Sesuai untuk Pentaksiran.

Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru-guru PSV perlu memilih tajuk dan bidang yang bersesuaian dengan murid setiap kali sebelum menjalankan pemudahcaraan dan pembelajaran (PdPc).

Oleh itu, pemilihan tajuk merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi murid. Namun, guru yang kurang pengetahuan dan kemahiran terutamanya guru-guru bukan opsyen PSV agak sukar memilih tajuk atas dasar kebolehan dan kesesuaian latar belakang muridnya. Oleh itu, guru perlu menganalisis murid terlebih dahulu dengan membuat senarai semak, menggunakan kaedah pemerhatian atau mendapatkan maklumat daripada orang lain sebelum menentukan sesuatu tajuk.

Diharap perkongsian kali ini, dapat mendatangkan sinar baru bagi pelajar menguasai subjek seni visual dengan lebih jauh.