Soalan Peperiksaan SOALAN PERCUBAAN SPM 2021 : PRINSIP PERAKAUNAN

SOALAN PERCUBAAN SPM 2021 : PRINSIP PERAKAUNAN

742

Peperiksaan SPM adalah syarat utama untuk pelajar di Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya seperti STPM, Matrikulasi, atau kursus pra-universiti. Pelajar juga boleh menyambung pelajaran dalam kursus luar negara seperti A-Level. Pelajar yang berusia 17 tahun atau berada dalam tingkatan 5 di sekolah menengah adalah pelajar yang layak untuk menduduki peperiksaan SPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan format baru peperiksaan SPM dari KBSM kepada KSSM. KPM juga telah menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar seiring dengan Common European of Reference (CEFR) yang telah digunapakai di peringkat antarabangsa.

Terdapat 7 subjek wajib dalam SPM yang perlu diambil oleh pelajar seperti berikut :

Pun begitu, pelajar juga diberikan peluang untuk memilih subjek elektif lainnya yang bersesuaian. Bagi pelajar yang mengambil aliran seperti Sains, Kesusasteraan, Perdagangan, mereka juga mempunyai subjek tertentu yang perlu diambil dalam peperiksaan.

Perkongsian kali ini, admin kongsikan SOALAN PERCUBAAN SPM 2021 : PRINSIP PERAKAUNAN untuk pendidik berikan kepada pelajar sebagai satu latih tubi untuk mempersiapkan mereka dalam menghadapi peperiksaan sebenar.

Prinsip Perakaunan adalah subjek yang melibatkan pengukuran, pendedahan atau peruntukan mengenai maklumat kewangan sesuatu organisasi mahupun individu. Ia juga merupakan satu cabang kepada sains matematik yang sangat diperlukan dalam mengenalpasti keuntungan atau kerugian dalam system kewangan perniagaan mahupun individu.

Semoga dengan perkongsian SOALAN PERCUBAAN SPM 2021 : PRINSIP PERAKAUNAN dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih