300 Nota Suku Kata Menarik untuk Prasekolah ini juga digunakan bagi murid tahap 1 sebagai bahan mengajar murid-murid untuk membaca.
Ketika ini, murid prasekolah terpaksa belajar secara di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilakukan di negara bagi membendung penularan wabak covid-19. Pada masa yang sama, ibu bapa meluahkan kerisauan terhadap tahap pendidikan yang kanak-kanak terima pada ketika ini.
Ibu bapa menjadi risau akan anak-anak yang bakal ketinggalan dalam pelajaran. Jika dulu ibu bapa boleh mengharapkan kepada guru-guru tetapi kini tanggungjawab mengajar terletak di bahu ibu bapa.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa di rumah. Antaranya ialah:
- Bacakan buku kepada anak-anak walaupun pada usia yang masih kecil lagi. Kanak-kanak yang sering dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan, mereka akan lebih mudah memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.
- Sering dengarkan kepada anak-anak dengan lagu. Irama dan lagu sangat bagus untuk minda mereka. Sedikit sebanyak mereka akan dapat berlatih untuk bercakap.
- Bermain dengan huruf seperti memberikan gambarakan kepada huruf hadapan sesuatu perkara. Tunjukkan huruf A untuk Ayam dan sebagainya.
- Melakukan aktiviti suku kata. Berikan mereka nota yang menarik berkenaan dengan suku kata dan ajarkan secara perlahan bagaimana untuk menyebut setiap suku kata.
Dapatkan “300 Nota Suku Kata Menarik untuk Prasekolah ” di sini
Di sini kami kongsikan nota suku kata yang dapat digunakan sebagai bahan mengajar untuk murid-murid belajar membaca. Ibu bapa turut boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan mengajar ketika berada di rumah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : 300 suku kata
Kesimpulannya, para guru dan ibu bapa boleh menggunakan pelbagai cara dalam mengajar anak-anak untuk membaca. Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak dan tidak bergantung kepada guru-guru. Membaca dapat membantu anak-anak mendapatkan pelbagai ilmu yang bermanfaat.
Diharapkan agar perkongsian mengenai 300 Nota Suku Kata Menarik untuk Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam membekalkan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak.
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan bagi membantu proses membaca murid-murid. Antaranya ialah:
- Cerita Pendek untuk Bacaan dan Penulisan
- Bahan Bacaan Sesuai untuk Murid Sekolah Rendah
- Bahan Bacaan Bahasa Inggeris bagi Murid Tahun 1
Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan pelbagai lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.