Pra Sekolah Aktiviti Prasekolah: Mewarna Mengikut Nombor

Aktiviti Prasekolah: Mewarna Mengikut Nombor

1928

aktiviti prasekolah: Mewarna Mengikut Nombor

Aktiviti Prasekolah: Mewarna Mengikut Nombor ini adalah sesuai bagi murid prasekolah mengenal warna dan meningkatkan tahap kreativiti mereka.

Mewarna adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh para guru dan ibu bapa dalam menyokong proses perkembangan minda serta proses kemahiran motor halus mereka. Selain daripada membantu perkembangan mereka, aktiviti ini juga memberikan kanak-kanak pengalaman untuk membina dan mengembangkan kreativiti, mengenal warna dan membantu meningkatkan fungsi deria.

Antara kelebihan mewarna ialah:

  1. Merangsang kemahiran motor halus. Ketika kanak-kanak melukis atau mewarna, kanak-kanak akan memegang pensel atau pensel warna. Hal ini sekali gus dapat merangsang dan melatih kemahiran motor halus mereka kerana otot-otot di jari, tangan dan pergelangan tangan bergerak semasa melukis atau mewarna.
  2. Membantu meningkatkan daya tumpuan. Semasa mereka melukis atau mewarna, kanak-kanak akan memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya mereka.
  3. Berlatih memegang alat tulis. Kanak-kanak akan belajar untuk memegang pensil dengan selesa dan cara yang betul semasa menulis, melukis dan mewarna.
  4. Mewarna dapat membentuk kooridnasi tangan dan mata. Hal ini kerana, kanak-kanak akan belajar untuk bersabar ketika mewarna terutamanya jika terdapat kawasan spesifik yang memerlukan warna supaya menjadi kemas.
  5. Aktiviti ini juga berfungsi sebagai medium hiburan. Aktiviti ini dapat menjadikan mereka berasa relaks dan selesa semasa melakukan dan menyiapkan kerja tersebut.

Dapatkan “Aktiviti Prasekolah: Mewarna Mengikut Nombor” di sini


Di sini kami kongsikan bahan mewarna yang boleh digunakan sebagai aktiviti tambahan oleh para guru. Ibu bapa juga boleh mencetak bahan ini sebagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak semasa waktu lapang.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Aktiviti Prasekolah – Mewarna Mengikut Nombor

Penutup

Kesimpulannya, aktiviti mewarna memberikan pelbagai kelebihan kepada kanak-kanak prasekolah khususnya dalam aspek perkembangan awal mereka. Selain daripada dapat mengisi masa lapang kanak-kanak, ianya juga bagi merangsang tahap kreativiti mereka.

Diharapkan agar perkongsian mengenai Aktiviti Prasekolah: Mewarna Mengikut Nombor ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh membantu dalam perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan pelbagai lagi bahan pendidikan yang bermanfaat untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.