5 Aktiviti PdP Menarik dilakukan di dalam kelas oleh para guru untuk menarik minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan ketika di dalam kelas sebagai kaedah pendekatan kepada murid bagi memahami sesuatu topik pembelajaran.
Aktiviti-aktiviti ringkas yang dilaksanakan di dalam kelas mampu menarik minat pelajar serta meningkatkan kefahaman mereka dalam pembelajaran. Pelbagai jenis permainan dapat membantu merangsang minda kanak-kanak dengan menggunakan alatan yang menarik.
Sebelum ini, kami ada berkongsi artikel berkaitan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 untuk kegunaan para guru.
Aktiviti-aktiviti menarik semasa PdP
Guru-guru mempunyai banyak pilihan untuk memilih aktiviti apa yang akan dilaksanakan di dalam kelas. Guru boleh mengubah suai aktiviti yang kami kongsikan mengikut kesesuaian dan kreativiti sendiri. Melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu guru sebagai kaedah pendekatan kepada murid dalam memahami sesuatu topik yang diajar.
Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan ketika berada di dalam kelas yang mampu menarik perhatian murid:-
- Teka dengan tepat
- Di dalam permainan ini, dua orang wakil murid dari setiap kumpulan akan berada di hadapan kelas. Hanya seorang sahaja yang akan melihat jawapan, manakala seorang lagi akan meneka jawapan. Individu yang melihat jawapan hanya dibenarkan menggunakan anggota badan tanpa bersuara dalam menerangkan ciri-ciri jawapan tersebut. Permainan ini memerlukan daya penglihatan dan kerjasama antara murid dalam menyelesaikan misi tersebut.
- Sambung ayat dengan pen magik
- Semua pelajar akan pejamkan mata sementara guru akan memilih seorang pelajar secara rawak dan memberikan pen magik
- Pelajar pertama yang memegang pen magik itu akan memulakan ayat pertama menulis karangan bercerita dan seterusnya memilih pelajar yang lain untuk menyambung karangan.
- Pelajar lain tidak dibenarkan membantu pelajar yang memegang pen magik semasa menulis ayat.
- Guru boleh menamatkan permainan bila-bila sahaja dan membincangkan penulisan karangan tersebut.
- Lukis Saya dengan Betul
- Satu kumpulan terdiri daripada lima orang murid dan akan membentuk barisan lurus tidak menghadap antara satu sama lain
- Guru akan menunjukkan gambar, manusia atau haiwan atau lukisan pelik kepada murid di akhir barisan, murid tersebut mula melukis dalam masa 1 minit sahaja.
- Murid seterusnya akan menulis berdasarkan lukisan murid sebelum, langkah ini akan berterusan sehingga murid paling hadapan sekali.
- Murid paling hadapan akan meneka jawapan sebenar berdasarkan lukisan murid yang terakhir menulis.
- Kumpulan tersebut akan dikira pemenang sekiranya dapat meneka jawapan dengan tepat tanpa sebarang pertolongan.
- Galeri bergerak
- Murid akan dibahagikan secara berkumpulan yang terdiri daripada empat orang
- Guru akan memberikan tugasan khas kepada setiap kumpulan dan murid perlu menyiapkannya di atas kertas mahjung, kad manila dan sebagainya.
- Murid menampalkan hasil tugasan di dinding dan akan dipantau oleh ahli kumpulan lain
- Ahli kumpulan lain akan memberikan komen, ulasan atau soalan berkaitan hasil tugasan kumpulan yang lain
- Mereka boleh menggunakan sticker note atau menulis pada ruangan khas yang disediakan di kertas mahjung.
- Padan bersama saya
- Setiap kumpulan terdiri daripda empat orang
- Dua orang ahli kumpulan akan memilih pasangan daripada kumpulan sendiri.
- Murid akan membelakangkan antara satu sama lain dengan pasangan mereka.
- Murid 1 akan menerima satu kad daripada guru seterusnya mengarahkan pasangannya melukis tanpa melihat kad yang dipegang oleh murid 1.
- Murid 2 akan melukis berdasarkan arahan atau penerangan daripada murid 1.
- Masa yang diberikan hanyalah tiga minit untuk menyelesaikan misi. Murid 1 akan melihat hasil tugasan dan membaiki bersama-sama murid 2.
Perkongsian Bermanfaat
Akhir kata, artikel kami berkaitan tentang 5 Aktiviti menarik PdP di dalam kelas, diharap dapat memberi idea kepada para guru untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti di dalam kelas. Diharap dengan perkongsian ini, dapat membantu guru-guru dalam mencari kaedah pendekatan yang sesuai bagi memastikan murid bagi memahami dan penguasai pembelajaran di dalam kelas.