Aktiviti Menulis Huruf menggunakan Modul Menarik Prasekolah ini adalah antara modul/bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh para guru dalam membantu murid prasekolah melakukan praktis menulis huruf.
Selain daripada guru-guru, ibu bapa turut boleh menggunakan bahan ini bagi anak-anak lakukan aktiviti yang bermanfaat semasa berada di rumah. Modul ini merupakan salah satu cara bagi meningkatkan lagi kemahiran motor halus anak-anak yang amat penting bagi aktiviti menguatkan otot pergelangan tangan.
Kanak-kanak pada masa kini adalah lebih terdedah untuk menggunakan gadjet yang hanya menggunakan hujung jari bagi mengoperasikan gadjet-gadjet tersebut. Perkara ini boleh mengundang kepada kelemahan motor halus mereka. Motor halus kanak-kanak adalah berkenaan dengan kemahiran menggunakan dan mengawal anggota kecil khususnya pada bahagian tangan. Kemahiran motor kasar melibatkan pergerakan anggota yang besar pada badan seperti pergerakan kaki dan sebagainya.
Kemahiran motor halus boleh di dipertingkatkan melalui aktiviti seperti bermain tanah liat (playdoh), dan aktiviti menulis. Aktiviti sedemikian mampu menguatkan dan menstabilkan pergerakan di bahagian tangan mereka.
Dapatkan “Aktiviti Menulis Huruf menggunakan Modul Menarik Prasekolah” di sini
Di sini kami kongsikan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid prasekolah untuk membuat latihan menulis huruf. Para guru boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Pada masa yang sama, ibu bapa turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai aktiviti di waktu lapang semasa berada di rumah.
Sila muat turun bahan melalui senarai pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
- Modul 1 Menarik Prasekolah – Aktiviti Menulis Huruf
- Modul 2 Menarik Prasekolah – Aktiviti Menulis Huruf
- Modul 3 Menarik Prasekolah – Aktiviti Menulis Huruf
Diharapkan agar perkongsian mengenai Aktiviti Menulis Huruf menggunakan Modul Menarik Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang terbaik untuk murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, aktivit menulis juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak pada peringkat awal perkembangan mereka.
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:
- Latihan Prasekolah: Aktiviti Menyurih (Tracing Words)
- Modul PDPR Prasekolah: Latihan Baca, Salin dan Faham
- Buku Mewarna Buah-buahan untuk murid Prasekolah
- Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 50
Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu-isu semasa dan pelbagai bahan pendidikan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.