Teknik Mulut dan Jari dalam Menguasai Operasi Tambah ini boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru.
Teknik ini adalah bagi operasi tambah terutamanya bagi murid tahap 1 dan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai topik tambah. Pembelajaran Matematik yang menggunakan pelbagai pergerakan anggota badan akan menarik minat murid untuk mempelajari teknik ini. Selain itu, teknik mulut dan jari ini boleh dijadikan sebagai aktiviti tambahan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran agar tidak menjadi bosan.
Walaupun pelbagai teknik dan tips telah dikongsikan bagi membantu murid menguasai mata pelajaran Matematik, murid perlulah kerap melakukan soalan latihan agar dapat menambahkan pemahaman dalam menjawab soalan matematik. Murid digalakkan untuk menjawab soalan peperiksaan yang lepas bagi membiasakan diri menjawab soalan mengikut format peperiksaan.
Lakukan juga soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi bagi menggalakkan murid untuk berfikir dengan lebih kritis dalam menyelesaikan soalan berbentuk penyelesain masalah. Kebiasaannya, soalan KBAT adalah berkaitan dengan kehidupan seharian. Apabila murid mengaplikasikan Matematik dalam kehidupaan realiti, soalan KBAT akan menjadi mudah dan senang untuk dijawab.
Jika murid telah menguasai operasi tolak dan tambah, mula untuk mengajar mereka untuk menghafal sifir matematik. Sifir merupakan jantung kepada mata pelajaran matematik dan jika murid menguasai sifir, matematik akan menjadi mudah bagi murid.
Dapatkan “Teknik Mulut dan Jari dalam Menguasai Operasi Tambah” di sini
Di sini kami kongsikan bahan yang boleh dijadikan sebagai bahan mengajar tambahan kepada murid sekolah sebagai tips dalam menyelesaikan masalah berhubung dengan operasi tambah dengan mudah. Ibu bapa turut boleh memberikan bahan ini sebagai pengetahuan tambahan bagi anak-anak.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : NOTA TEKNIK MULUT DAN JARI UNTUK OPERASI TAMBAH
Diharapkan agar perkongsian mengenai Teknik Mulut dan Jari dalam Menguasai Operasi Tambah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang dapat membantu murid dan anak-anak dalam pembelajaran. Pada masa yang sama, diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan tips yang dapat membantu murid melakukan penyelesaian masalah dengan pantas.
Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:
- Nota Padat Matematik Tahun 6
- Nota Matematik Sekolah Rendah: Perimeter Gabungan Dua Poligon
- Latih Tubi Operasi Asas Matematik (Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi)
- Modul PDPR Operasi Asas Matematik Tahun 3
Untuk mendapatkan informasi tekini mengenai isu semasa dan pelbagai bahan pendidikan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.