Nota TEKNIK MENCATAT / MEMBUAT NOTA RINGKAS (SPM TRIAL 2022 BI MRSM)

TEKNIK MENCATAT / MEMBUAT NOTA RINGKAS (SPM TRIAL 2022 BI MRSM)

557

TEKNIK MENCATAT / MEMBUAT NOTA RINGKAS (SPM TRIAL 2022 BI MRSM),  Nota ringkas adalah nota yang dibuat dengan mencatat beberapa fakta atau kata kunci penting dari topik yang dipelajari dan membuat penerangan atau kesimpulan ringkas yang menceritakan tentang topik tersebut mengikut kefahaman pelajar dan berkaitan dengan apa yang dipelajari. Nota ringkas sangat membantu dalam menguatkan daya ingatan pelajar terhadap fakta penting yang perlu diingati dan dihafal.

Selain itu juga, ia amat membantu dalam proses ulangkaji pelajaran kerana pelajar tidak perlu meluangkan masa untuk membaca semula buku rujukan atau buku teks tetapi hanya membaca apa yang telah dicatat di dalam nota ringkas. Ini bukan sahaja memudahkan pelajar dalam ulangkaji tetapi juga dapat membantu mereka memanfaatkan masa yang ada dengan cara dan teknik pembelajaran yang ringkas tetapi berkesan.

Untuk membuat nota ringkas adalah sangat mudah. Ia juga boleh dibuat dengan mengikut kreativiti pelajar itu sendiri. Nota ringkas terbahagi kepada pelbagai cara dan teknik, ia tidak terhad dan bebas dilakukan bagaimana pun caranya asalkan matlamat asal untuk menerangkan mengenai topik yang dipelajari itu tercapai.

Cara membuat nota ringkas :

  1. Pilih subjek dan topik yang ingin dipelajari atau diulangkaji.
  2. Baca dan tandakan fakta penting dan kata kunci.
  3. Tulis semula faktar dan kata kunci tersebut menggunakan ayat sendiri yang berkaitan dengan penerangan topik berkenaan.
  4. Baca semula dan bandingkan dengan penerangan asal.
  5. Gunakan pelbagai teknik berbeza seperi menyenaraikan atau membuat carta dan gambarajah.
  6. Boleh juga gunakan pen atau pensil pelbagai warna untuk menjadikan ia lebih menarik dan mudah difahami.

Berikut admin kongsikan beberapa contoh nota ringkas untuk dijadikan panduan pelajar.

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

MUAT TURUN SEKARANG :

MRSM-BI