Tips Contoh Soalan UKCG dan Tips Untuk Lulus Ujian

Contoh Soalan UKCG dan Tips Untuk Lulus Ujian

7461
Contoh Soalan UKCG dan Tips Untuk Lulus Ujian
Contoh Soalan UKCG dan Tips Untuk Lulus Ujian

Adakah anda calon yang layak menduduki ujian UKCG? Tahniah dan anda pergi ke laman web yang tepat untuk mencari contoh soalan UKCG dan tips menduduki ujian UKCG atau ujian kelayakan calon guru.

Contoh Soalan UKCG

Apa Itu Ujian UKCG?

Untuk pengetahuan anda, UKCG merupakan singkatan bagi Ujian Kelayakan Calon Guru. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mencungkil minat dan personaliti diri anda, adakah sesuai untuk menjadi seorang pendidik ataupun tidak, bagi meneruskan proses saringan permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini. Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini. Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung, persaingan akan menjadi tinggi.

Calon Yang Tidak Layak Menduduki ujian e-UKCG

Terdapat calon yang tidak layak membuat pemohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan ia juga menjadi faktor tidak lulus untuk menduduki ujian e-UKCG. Antara faktor tersebut adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Mari dapatkan nota dan latihan pelajar di saluran Telegram melalui pautan berikut:

Panduan Proses Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

I) Ujian Kelayakan Calon Guru (E-ukcg) (Sesi Ujian Bertulis Dalam Talian)

Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B dalam tempoh 45 minit secara dalam talian yang mesti dijawab oleh calon , Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.

Sekiranya calon tidak menduduki UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

Ii) Ujian Kecergasan Fizikal

Ujian Kecergasan Fizikal atau UKF adalah merupakan saringan yang bertujuan menilai tahap kecergasan dan kesihatan calon. UKF akan dijalankan secara bersemuka. Hanya calon yang lulus saringan e-UKCG akan dipertimbangkan untuk menduduki UKF.

Iii) Temu Duga

Hanya calon yang lulus UKCG sahaja layak ditemu duga. Temu duga dilaksanakan secara bersemuka. Calon mesti hadir di pusat-pusat temu duga mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Tarikh dan sesi temu duga akan dimaklumkan kepada calon sebaik sahaja mereka membuat semakan keputusan UKCG. Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan diberi tarikh dan sesi temu duga.

Format Soalan UKCG

Berdasarkan kepada ujian UKCG yang dijalankan, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikometrik yang perlu dijawab dalam masa 45 minit. Setiap soalan hanya diberikan dua pilihan jawapan atau empat pilihan jawapan seperti:

Bahagian A:

  • Ya atau tidak.
  • Betul atau salah.
  • Wajar atau tidak wajar.

Bahagian B:

  • Sangat setuju,
  • setuju,
  • tidak setuju
  • sangat tidak setuju.

Terdapat juga soalan yang mempunyai tempat kosong. Anda sebagai calon perlu mengisi tempat kosong itu bersesuaian dengan pendirian anda sendiri.

*Peringatan

Apa sekalipun pun ujian dalam talian kerajaan, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon. Walaupun semudah mana soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon. Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ini dalam jumlah yang kecil, bagi memudahkan urusan-urusan seperti sesi temuduga dijalankan.

Apa Yang Dinilai Dalam UKCG?

Berdasarkan kepada soalan UKCG yang lepas, antara perkara yang cuba dicungkil ialah tahap kesabaran dan impati seseorang calon. Seorang guru yang baik perlu mempunyai kesabaran dalam membantu murid memahami isi pelajaran.

Calon juga perlu memahami bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Jadi mereka perlu bersikap empati dan fleksibel dalam memberikan bantuan dan sokongan.

Contoh soalan: Sebagai guru, saya percaya bahawa pendekatan pengajaran yang paling berkesan adalah dengan memberi tumpuan kepada murid yang cepat faham sahaja.

A. Wajar

B. Tidak wajar

Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui UKCG ialah tahap inspiratif dan motivatif seseorang calon. Seorang guru yang baik mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada murid untuk minat dengan pembelajaran.

Calon perlu menunjukkan contoh positif, memberikan galakan, dan membuat murid berasa bermotivasi untuk mencapai potensi penuh mereka. Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap inspiratif dalam diri individu.

Contoh soalan UKCG: Jika murid anda tidak berani mencuba sesuatu, apakah tindakan yang harus diambil untuk menolongnya?

A. Memberi galakkan dan bimbingan.

B. Mengejek dan mencabar kebolehannya.

Selain daripada cuba mencungkil jiwa seorang pendidik, UKCG juga berfungsi untuk mencungkil kesesuaian seseorang calon itu dengan sesuatu subjek yang bakal dia ajar. Contohnya seperti soalan di bawah ini.

Contoh soalan UKCG: Semasa rakan sejawat saya rehat, saya menggunakan komputernya dan memberitahu selepas dia kembali.

A. Wajar

B. Tidak wajar

Sama ada anda memilih jawapan ‘wajar’ ataupun ‘tidak wajar’, kedua-dua jawapan ini bakal mencerminkan bagaimanakah personaliti anda yang sebenar.

Jika anda memilih jawapan ‘wajar’, itu membuktikan anda mempunyai kecenderungan ke arah sikap fleksibel dan boleh bertindak secara spontan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Antara ciri-ciri individu yang ada kecenderungan seperti ini ialah:

Suka kepada kebebasan dalam bertindak.

Suka buat dulu kemudian merancang.

Dalam konteks pendidikan, subjek yang mungkin sesuai dengan kecenderungan seperti ini ialah pendidikan seni, muzik, sastera, atau sains sosial. Di mana subjek-subjek ini bersifat subjektif, lebih bebas dan tak ada jawapan salah ataupun betul.

Jika anda memilih jawapan ‘tidak wajar’ pula, itu membuktikan anda mempunyai kecenderungan ke arah perilaku yang suka merancang dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Antara ciri-ciri individu yang ada kecenderungan seperti ini ialah:

Tertib dan suka mengikut perancangan.

Suka merancang sebelum menjalankan tugas.

Dalam konteks pendidikan pula, subjek yang mungkin sesuai dengan kecenderungan seperti ini ialah matematik, sains dan sejarah. Di mana subjek-subjek ini bersifat fakta dan mempunyai jawapan betul dan salah.

Contoh Soalan UKCG

Walaupun contoh soalan UKCG ini menggunakan format psikometrik, ianya sikit berbeza dengan soalan psikometrik SPA. Ujian SPA mempunyai skop yang lebih besar. Manakala soalan UKCG lebih terfokus kepada jawatan seorang guru itu sendiri. Kebanyakan soalan yang ditanya berkaitan dengan tanggungjawab seorang guru, murid, sekolah, integriti dan juga minat seseorang calon.

Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam UKCG nanti akan membentuk satu profil personaliti. Dengan profil inilah akan menentukan gagal ataupun lulus seseorang calon itu. Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang guru yang dicari oleh pihak kementerian.

Di bawah ini merupakan 5 contoh soalan UKCG yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.

Soalan 1: Apabila murid saya membuat kesilapan, saya biasanya ______.

A. menerangkan kesilapan dan membantu mereka memahami

B. menunjukkan cara yang betul dan meminta mereka mengulanginya

Soalan 2: Apabila seorang murid menghadapi masalah dalam memahami konsep, saya biasanya mengulangi penjelasan dengan cara yang sama.

A. Wajar

B. Tidak Wajar

Soalan 3: Apabila berhadapan dengan pertanyaan yang sukar dari murid, saya biasanya ______.

A. menjawab sebaik mungkin dengan pengetahuan saya

B. mengakui saya tidak tahu dan mencari jawapannya bersama-sama

Soalan 4: Saya merasa tugas utama saya sebagai guru adalah untuk mendidik, bukan hanya untuk mengajar.

A. Ya

B. Tidak

Soalan 5: Semasa mengajar, kadangkala saya bimbang keberkesanan pengajaran saya.

A. Wajar

B. Tidak Wajar

Dapatkan contoh soalan UKCG lebih banyak lagi secara percuma melalui pautan berikut:

Contoh Soalan UKCG dan Tips Untuk Lulus Ujian
Contoh Soalan UKCG dan Tips Untuk Lulus Ujian
Contoh Soalan UKCG dan Tips Untuk Lulus Ujian
Contoh Soalan UKCG dan Tips Untuk Lulus Ujian

Tips Lulus UKCG

Anda perlu biasakan diri menjawab contoh soalan UKCG yang merupakan salah satu cara untuk lulus dalam UKCG ini. Soalan UKCG ini menfokuskan kepada personaliti seorang pendidik dan kesesuaian personaliti seseorang dengan subjek.

Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda berikan mencerminkan seorang pendidik dan personaliti yang terarah kalau nak lulus ujian ini.