Buku Teks Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

121
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

Sebagai bantuan kepada pelajar, Admin kongsikan buku teks sejarah tingkatan 5 dalam bentuk “soft copy” yang boleh di muat turun. Hal ini bagi memudahkan pelajar merujuk buku teks dimana sahaja.

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

Pendahuluan

Buku teks Sejarah Tingkatan 5 Sekolah Menengah ini dihasilkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini mengandungi 10 bab berdasarkan tema Malaysia dan Masa Hadapan. Tema ini terbahagi kepada empat tajuk utama.

Tajuk pertama, Pengukuhan Kedaulatan Negara dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Konsep Kedaulatan Negara, Perlembagaan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen serta Sistem Persekutuan. Tajuk kedua, Pembentukan Malaysia yang mengandungi dua bahagian, iaitu Gagasan Pembentukan Malaysia dan Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia. Tajuk ketiga ialah Kemakmuran Negara yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Membina Kesejahteraan Negara dan Membina Kemakmuran Negara. Seterusnya tajuk keempat, Malaysia di Persada Dunia yang merangkumi tiga bahagian, iaitu Asas Pembinaan Dasar Luar Malaysia, Pemantapan Dasar Luar Malaysia dan Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia.

Kandungan yang disediakan dalam buku teks ini juga menekankan kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa hadapan, kontekstual serta mengaplikasikan Kaedah Pembelajaran Abad Ke-21. Terdapat juga aktiviti Kemahiran Pemikiran Sejarah dan program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) agar murid dapat memahami sesuatu peristiwa bersejarah dengan lebih mendalam. Akhirnya, murid diharap dapat menghayati sejarah secara empati bagi membentuk jiwa patriotik dan pemikiran yang kritis. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut dijelmakan menerusi latihan, aktiviti dan penilaian agar murid berupaya mengaplikasikan ilmu dan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

Pastikan anda ikuti kami di saluran Telegram untuk mendapatkan nota dan latihan melalui pautan berikut:

Penulis Buku teks Sejarah Tingkatan 5

Panel utama yang bertanggungjawab dalam menyediakan bahan penulisan bagi buku teks sejarah tingkatan 5 adalah seperti berikut:

  1. Dr. Mohd bin Samsudin
  2. Dr. Azharudin bin Mohamed Dali
  3. Ridzuan bin Hasan
  4. Ishak bin Saidoo

Sukatan Bab Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

Berikut adalah bab beserta pecahan bahagian isinya untuk rujukan:

Bab 1: Kedaulatan Negara

  1. Konsep kedaulatan
  2. Pembentukan Malaysia pada 1963 mengukuhkan / memantapkan negara
  3. Takrifan bahasa dan tokoh
  4. Prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa ( semua negara yang merdeka adalah bebas dan berdaulat )
  5. Ciri negara yang berdaulat
  6. Kepentingan mewujudkan negara berdaulat
  7. Langkah mempertahankan kedaulatan

Bab 2 : Perlembagaan Persekutuan

  1. Latar belakang sejarah, Perlembagaan Persekutuan
  2. Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan
  3. Ciri utama Perlembagaan Persekutuan
  4. Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965

Bab 3 : Raja berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

  1. Latar belakang pemerintahan beraja dan Demokrasi Berparlimen
  2. Sejarah dan kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja
  3. Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
  4. Amalan demokrasi dan pengasingan kuasa
  5. Keunikan amalan demokrasi berparlimen di negara kita

Bab 4 : Sistem Persekutuan

  1. Latar belakang Sistem Persekutuan di negara kita
  2. Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  3. Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  4. Faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan

Bab 5 : Pembentukan Malaysia

  1. Konsep Gagasan Malaysia
  2. Perkembangan idea dan usaha pembentukan Malaysia
  3. Reaksi tempatan dan negara jiran terhadap pembentukan Malaysia
  4. Langkah pembentukan Malaysia
  5. Perjanjian Julai 1963 dan peristiwa Pengisytiharan Malaysia
  6. Konfrontasi dan usaha menanganinya

Bab 6 : Cabaran selepas Pembentukan Malaysia

  1. Cabaran dalaman Malaysia
  2. Pemisahan Singapura
  3. Menangani ancman komunis
  4. Isu pembangunan dan ekonomi
  5. Tragedi hubungan antara kaum

Bab 7 : Membina Kesejahteraan Negara

  1. Perpaduan dan Integrasi Nasional
  2. Dasar Pendidikan Kebangsaan
  3. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan
  4. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  5. Sukan sebagai alat perpaduan
  6. Rukun negara sebagai tonggak kesejahteraan negara

Bab 8 : Membina Kemakmuran Negara

  1. Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
  2. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
  3. Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
  4. Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional
  5. Pencapaian DEB dan DPN

Bab 9 : Dasar Luar Malaysia

  1. Latar belakang Dasar Luar
  2. Asas penggubalan Dasar Luar
  3. Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  4. Malaysia dalam Komanwel
  5. Cabaran mengukuhkan Dasar Luar
  6. Malaysia dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
  7. Malaysia dalam pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
  8. Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

Bab 10 : Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

  1. Malaysia dalam isu global kontemporari
  2. Peranan malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa
  3. Pelibatan rakyat dalam isu kemanusiaan dan keamanan
  4. Usaha mengekalkan kelestarian global
  5. Wawasan Malaysia menuju masa hadapan

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

Dapatkan buku teks sejarah tingkatan 5 dalam bentuk pdf dengan pautan berikut: