Modul Download Modul Bahasa Melayu Bantu Jawab Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Tahun...

Download Modul Bahasa Melayu Bantu Jawab Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Tahun 1

750
Download Modul Bahasa Melayu Bantu Jawab Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Tahun 1
Download Modul Bahasa Melayu Bantu Jawab Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Tahun 1

Bagi membantu pelajar meningkatkan keyakinan menjawab peperiksaan dan kefahaman dalam bahasa melayu, admin kongsikan download modul bahasa melayu bantu jawab soalan peperiksaan akhir tahun PAT tahun 1.

Latih tubi yang berkesan meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan berdasarkan format yang betul. Bagi pelajar yang masih belum menguasai 3M, admin turut sediakan bahan latihan membaca bahasa melayu tahun 1 sebagai ikhtiar buat pelajar.

Modul Bahasa Melayu Tahun 1

Seperti mana kita sedia maklum, penilaian pelajar dalam sistem formatif dan sumatif akan dirujuk kepada tahap penguasaan band 1 sehingga band 6.

BandPernyataan Standarad
1Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis
2Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.
3Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.
4Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagaisituasi dengan betul.
5Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalampelbagai situasi dengan betul dan tepat.
6Memahami, menaakul dan menilai tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulisdengan bertatasusila.

Panduan Format Bahasa Melayu

Berdasarkan kepada standard pernayataan yang merupakan markah penilaian di atas, pelajar tetap perlu memahami format kertas peperiksaan supaya dapat menjawab dengan baik. Untuk membiasakan pelajar menjawab dengan format yang betul dan tidak membuang waktu pada soalan yang mudah, Para guru dan ibu bapa perlu jelaskan dengan baik sewaktu membuat latih tubi menjawab soalan peperiksaan yang lepas.

A. Bahasa Melayu – Pemahaman

  1. Tempoh Ujian: 1 Jam 15 Minit
  2. Bahagian/Bilangan Soalan:
    Bahagian A : 20 markah
    Bahagian B : 5 markah
    Jumlah : 25 markah
  3. Jumlah Markah:
    Bahagian A : 20 markah
    Bahagian B : 30 markah
    Jumlah : 50 markah
  4. Jenis Instrumen:
    Objektif dan Subjektif
  5. Jenis Item:
  • Objektif Aneka Pilihan (Pilihan Jawapan A,B,C,D dan Pilih jawapan yang paling sesuai)
  • Objektif Pelbagai Bentuk
  • Respon Terhad (Struktur)
    Nota: Dalam modul ini, contoh latihan yang diberikan adalah Bahagian B sahaja.
    Soalan Bahagian A masih sama seperti format UPSR yang terdahulu.

B. Bahasa Melayu- Penulisan

  1. Tempoh Ujian: 1 Jam 15 Minit
  2. Bahagian/Bilangan Soalan:
    Bahagian A : 1 soalan – Mesti jawab
    Bahagian B : 1 soalan – Mesti jawab
    Bahagian C : 2 soalan – Jawab 1 daripada 2 soalan
  3. Jumlah Markah:
    Bahagian A : 10 markah
    Bahagian B : 15 markah
    Bahagian C : 25 markah
    Jumlah : 50 markah
  4. Jenis Instrumen:
    Subjektif
  5. Jenis Item:
    Respon Terbuka
  • Menghasilkan atau mengolah sesuatu idea secara asli/autentik (dapat dipercayai atau
    dijadikan pegangan)
  • Membuat pertimbangan dan penilaian/rumusan tentang sesuatu idea atau maklumat

Dapatkan nota dan latihan bantuan persediaan peperiksaan akhir tahun bagi sekolah rendah dengan menekan pautan berikut:

Latihan Membaca Bahasa Melayu Tahun 1

Penguasaan 3 M bagi pelajar sekolah rendah sangatlah penting bagi menilai tahap kefahaman dan kemahiran yang dikuasai pelajar sejak tahun satu lagi. Kelemahan pelajar menguasai 3M menjadikan pelajar tergolong dalam kalangan pelajar pemulihan yang mempunyai kelas khas untuk menguasai 3M.

3M merupakan singkatan bagi kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) yang merupakan asas bagi penguasaan mata pelajaran lain bagi memahami sesuatu perkara.

Para guru dan ibu bapa dapatkan latihan bagi pelajar untuk menguasai teknik membaca bahasa melayu bagi tahun 1 dengan pautan di bawah:

Soalan Latih Tubi Bahasa Melayu

Sebagai persediaan bagi pelajar menghadapi ujian peperiksaan akhir tahun, mari dapatkan soalan latih tubi di bawah untuk meningkatkan kefahaman dan membiasakan pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan.

Latih tubiLink
Set 1
Set 2
Set 3
Set 4
Set 5
Download Modul Bahasa Melayu Bantu Jawab Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Tahun 1
Download Modul Bahasa Melayu Bantu Jawab Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Tahun 1
Download Modul Bahasa Melayu Bantu Jawab Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Tahun 1
Download Modul Bahasa Melayu Bantu Jawab Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Tahun 1

Sumber modul bahasa melayu ini daripada : Tcer.my

Diharap perkongsian kali ini membuka jalan kepada pelajar dapat menguasai 3M dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang dengan menggunakan soalan peperiksaan lepas sebagai latih tubi.