UASA Muat Turun Bahan Bantu Jawab Soalan UASA Pendidikan Islam Tahun 6

Muat Turun Bahan Bantu Jawab Soalan UASA Pendidikan Islam Tahun 6

6013
Muat Turun Bahan Bantu Jawab Soalan UASA Pendidikan Islam Tahun 6
Bahan Bantu Jawab Soalan UASA Pendidikan Islam Tahun 6

Ibu bapa yang mencari contoh soalan pendidikan islam sebagai lati tubi, admin kongsikan muat turun bahan bantu jawab soalan UASA pendidikan Islam Tahun 6 buat anda. Para guru boleh gunakan set soalan berikut sebagai bahan pentaksiran formatif bagi pelajar membuat latihan di rumah.

Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 6

Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahirandan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah,ke arah melahirkan murid yang beriman, berilmu, berakhlak mulia,bertakwa dan beramal soleh. Mata pelajaran Pendidikan Islam memberipendedahan kepada murid tentang ilmu pengetahuan, kemahiran sertanilai yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan danketatanegaraan. Mata pelajaran ini disusun di bawah lima tajuk utamaiaitu Asuhan Tilawah al-Quran, Jawi, Asas Ulum Syariah, Asas AkhlakIslamiah dan Sirah Nabawiyah.

Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islamini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendakStandard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

  • Kaedah Hafazan
  • Kaedah Amali
  • Pelbagai Unsur Terapi
  • Pembelajaran Masteri
  • Kaedah Simulasi
  • Kaedah Perbincangan
  • Pembelajaran Kolaborasi
  • Pendekatan Permainan
  • Belajar Melalui Bermain
  • Pembelajaran Interaktif
  • Pembelajaran Koperatif
  • Pembelajaran Pengalamian

Bahan Bantu Jawab Soalan UASA Pendidikan Islam Tahun 6

Soalan UASA Pendidikan Islam Tahun 6

Seperti yang kita sedia maklum, pendidikan islam bermula dari tahun satu menggunakan buku teks dalam tulisan jawi sepenuhnya. Namun, untuk Penyediaan kertas soalan pendidikan islam terdapat pilihan untuk menggunakan tulisan jawi keseluruhannya, menggunakan tulisan rumi atapun dwibahasa bergantung kepada mesyuarat pihak sekolah atas kesesuaian pelajar.

Dalam subjek pendidikan islam tahun 6 terdapat 6 bidang yang perlu dipelajari iaitu bidang:

  1. Al-quran
  2. Hadis
  3. Akidah
  4. Sirah
  5. Adab
  6. Jawi

Soalan peperiksaan juga akan dibahagikan kepada 6 bahagian mengikut bidang tersebut.

Dapatkan nota dan latihan sebagai bantuan persediaan UASA di telegram melalui pautan berikut:

Latih tubi Pendidikan Islam Tahun 6

Dapatkan kertas latih tubi berikut dengan menekan puatan yang diberikan.

Latih tubi
Set 1
Set 2
Set 3

Kefahaman Surah Al-Ma’un

Sebagai nota tambahan bagi Bahan Bantu Jawab Soalan UASA Pendidikan Islam Tahun 6 persiapan peperiksaan, admin turut kongsikan nota bidang Al-Quran berkaitan kefahaman surah al-maun.

Pengenalan Surah Al-Maun

1.Diturunkan di mekah dan mengandungi 7 ayat.

2.Surah yang ke-107.

3..Al-Maun bermaksud Allah akan memberikan balasan terhadap orang yang tidak memberikan pertolongan kepada yang berhak menerimanya.

Terjemahan Surah Mengikut Ayat

TerjemahanAyat
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang-
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan

Ciri-ciri Orang Yang Dustakan Agama

  1. Menindas dan zalim terhadap anak yatim
  2. Tidak menggalakkan bersedakah terhadap orang miskin

Ciri-ciri Orang Yang Ditimpa Kecelakaan Besar

  1. Lalai dalam menunaikan solat
  2. Orang yang suka menunjuk-nunjuk (riak)

Kepentingan Surah Al-Maun

  1. Elakkan diri dari sifat-sifat tercela
  2. Lakukan sesuatu amalan demi keredhaan Allah
  3. Sentiasa berbuat baik terhadap anak yatim

Pemahaman

Selepas memahami huraian surah almaun, admin mengajak para guru dan ibu bapa bermain bersama pelajar menjawab kuiz yang admin sediakan di bawah. Keseronokan dalam belajar boleh diwujudkan dengan diselangi aktiviti yang menguji minda yang dilakukan bersama. selamaat mencuba

Dapatkan nota pendidikan islam tahun 6 melalui link di bawah:

  1. Nota Unit 1 Pembentukan Negara Madinah Bidang Sirah Subjek Pendidikan Islam Tahun 6
  2. Nota Masyarakat Maju Tanpa Rasuah Bidang Hadis Subjek Pendidikan Islam Tahun 6
  3. Nota Solat Jenazah Penghormatan Terakhir Subjek Pendidikan Islam Tahun 6

Semoga perkongsian kali ini berkaitan Bahan Bantu Jawab Soalan UASA Pendidikan Islam Tahun 6 meningkatkan keyakinan dan kefahaman pelajar terhadap pendidikan islam sekaligus persediaan untuk ujian akhir sesi akademik yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selamat maju jaya admin ucapkan.