Nota unit 1 pembentukan negara madinah dalam bidang sirah kita bawakan sebagai subjek pendidikan islam tahun 6 sebagai penghayatan bagi pelajar. Pengorbanan rasulullah dan sahabat sama ada sebelum atau selepas hijrah sangat menginspirasikan untuk kita semakin kuat berjuang, bukan sekadar mengangkat pedang bahkan melalui akhlak rasulullah kepada bukan islam.
Perbincangan nota kali ini, menunjukkan kebijaksanaan rasulullah dalam mentadbir dan mengekalkan keamanan buat semua pihak termasuk bukan islam.
Nota Unit 1 Pembentukan Negara Madinah
Dalam membincangkan kebijaksanaan rasulullah mentadbir, kita akan berbincang beberapa perkara asas iaitu,
- Sejarah penubuhan kota madinah.
- 3 asas penting dalam pembentukan madinah
Mari kita hayati pembentukan madinah dengan huraian ringkas di bawah.
Sebelum itu, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan bahan nota dan latihan sekolah rendah dengan mengikuti kami di saluran telegram berikut:
Sejarah Penubuhan Negara Madinah
Madinah sekarang menjadi sebuah bandar yang maju! Tahukah kamu Latar Belakang Madinah?
- Madinah terletak di Semenanjung tanah Arab iaitu di utara Mekah
- Nama asalnya Yathrib
- Kabilah yang paling berpengaruh dalam kalangan orang Arab ialah Aus dan Khazraj
- Golongan Orang Yahudi pula ialah Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah
- Kehidupan mereka sebelum terbentuk Madinah adalah tidak tenteram
- Akibat daripada pergaduhan dan peperangan antara Kabilah
3 Asas Penting Dalam Pembentukan Madinah
Setelah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, baginda membentuk Negara Islam yang Pertama di sini dan meletakkan 3 asas penting dalam pembentukan Negera Madinah
Asas | Perlaksanaan |
---|---|
Pertama | Pembinaan Masjid Nabawi |
Kedua | Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar |
Ketiga | Mewujudkan piagam Madinah |
Asas Pertama Pembinaan Masjid Nabawi
Sesampainya rasulullah di madinah, Nabi Muhammad telah memperintahkan para sahabat
- Bersama membuat pembinaan Masjid Nabawi
- Tempat berhimpun orang Islam
- Untuk melakukan pelbagai aktiviti
Peranan Masjid Nabawi adalah
- Lokasi pertemuan dan perhimpunan Umat Islam
- Pusat pembelajarann dan perkembangan ilmu
- Pusat Ibadah bagi mengukuhkan hubungan manusia dengan Allah
- Tempat melakukan aktiviti masyarakat
- Menjadi sylar kekuatan Umat Islam dibumi Madinah
Asas kedua Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
Siapakah Muhajirin dan Ansar?
- Muhajirin
Para sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Mereka meninggalkan tempat tinggal dan harta benda untuk berhijrah bersama-sama Nabi Muhammad SAW
- Ansar
Penduduk asal Madinah yang memeluk Islam dan membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW. Golongan Ini merupakan Kaum yang memiliki tanaman dan harta
Kesimpulannya
- Nabi mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar supaya mereka hidup saling bantu-membantu dan lindung melindungi
- Kehidupan di Madinah menjadi lebih aman dan hidup bersatu padu.
- Agama Islam juga dapat di sebarkan
Asas Ketiga Mewujudkan Piagam Madinah
Piagam madinah ialah satu perjanjian bertulis oleh orang Islam, Musyrikin Arab dan golongan yahudi Madinah
- Tujuannya, untuk menjadikan Madinah sebuah negara yang aman, maju dan selamat.
- Antara isi piagam madinah
- Golongan bukan Islam diberi kebebasan mengamalkan agama mereka
- Umat Islam umat yang saling melindungi dan bantu membantu
- Taat dan patuh kepada Nabi Muhammad SAW selaku ketua Negara
- Setiap perbalahan diadili mengikut ajaran Islam
- Jaminan keselamatan kepada penduduk Madinah
- Bersatu dan bekerjasama memajukan ekonomi negara
Dapatkan nota Unit 1 Pembentukan Negara Madinah bidang sirah bagi pelajar tahun 6 dengan menekan tombol link di bawah:
Disediakan oleh: Ustazah Syafiqah Nabilah Razali
Kepentingan Hijrah Kepada Umat Islam
Hijrah atau dalam bahasa melayu perpindahan. Perpindahan ini memiliki berbagai kepentingan yang sangat penting bagi umat Islam pada zaman Rasulullah. Berikut adalah beberapa dari mereka:
- Pemantapan Umat Islam
Hijrah membantu memperkuat persatuan dan kekuatan umat Islam. Di Mekah, Muslim menghadapi tekanan dan seksaan dari orang-orang kafir. Dengan perpindahan ke Madinah, mereka mendapatkan kesempatan untuk bebas beribadat dan meningkatkan kekuatan Islam dari segi ketenteraan dan ekonomi.
- Mendirikan Negara Islam Pertama
Hijrah menciptakan dasar bagi pembentukan negara Islam pertama di Madinah. Nabi Muhammad berperanan sebagai ketua negara dan pemimpin agama, dan dia membantu menetapkan hukum-hukum dan peraturan untuk mengatur kehidupan sosial, ekonomi, dan politik umat Islam.
- Persaudaraan Antara Muhajirin dan Ansar
Para Muhajirin adalah para Muslim yang hijrah dari Mekah, sedangkan Ansar adalah penduduk asal Madinah yang mendukung dan menyambut kedatangan mereka. Hijrah membantu memperkuat hubungan persaudaraan di antara mereka, sehingga membentuk suatu kesatuan yang lebih besar dalam masyarakat Madinah.
- Pengaturan Hubungan dengan bukan Muslim
Hijrah memberikan kesempatan untuk mengembangkan hubungan dengan kelompok-kelompok bukan Muslim di sekitar Madinah. Nabi Muhammad menetapkan perjanjian dan kesepakatan dengan mereka untuk memastikan perdamaian dan keamanan di wilayah tersebut.
Hijrah adalah peristiwa penting yang tidak hanya mempengaruhi kehidupan umat Islam pada saat itu, tetapi juga membentuk dasar dari banyak prinsip dan nilai-nilai penting dalam agama Islam.
Latihan Pengukuhan Pemahaman
Semoga Nota Unit 1 Pembentukan Negara Madinah ini dapat membantu anda memahami dan mengambil pengajaran kebijaksanaan rasulullah dalam membentuk negara islam yang membantu memperkuat orag islam dan jalan dakwahnya.