Perkongsian kali ini, admin bawakan nota topik kata bilangan bagi subjek bahasa melayu tahun 6. penggunaan kata bilangan yang baik akan melancarkan lagi percakapan bahkan boleh menjadi pemimpin dikalangan pelajar.
Contents
Nota Topik Kata Bilangan
Penerangan nota topik 3 kata bilangan bagi bahasa melayu tahun 6 ini, berkisar kepada maksud kata bilangan, contoh penggunaan kata bilangan dan 8 kesilapan dalam penggunaan kata bilangan. mari kita lihat dengan lebih lanjut penerangan ringkas di bawah.
Maksud
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama :
- Orang
- Binatang
- Benda
- Perkara
Sebelum kita pergi lebih jauh, mari ikuti kami di saluran berikut, untuk mendapatkan bahan nota dan latihan bagi pelajar sekolah rendah.
Contoh Kata Bilangan
Jenis Kata Bilangan | Contohnya |
---|---|
Kata bilangan tentu 1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan | Satu, dua, tiga, dan seterusnya Contoh ayat: Dua ekor kambing. |
Kata bilangan tak tentu. (Menunjukkan bilangan yang tidak tentu) | Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya. Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan. |
Kata bilangan pecahan. (Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan) | Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya. Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun enam yang hadir ke majlis itu. |
Kata bilangan pisahan. (Menunjukkan bilangan yang berpisah) | Setiap, tiap-tiap.. Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera. |
Kata bilangan himpunan. (Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan) | Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu,berbulan-bulan, dan sebagainya. Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun. |
Kata bilangan tingkat. (Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah) | Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan lukisan. |
Kesilapan Kata Bilangan:
1. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan tentu.
SALAH | BETUL |
---|---|
Tiga motosikal itu berjenama Honda. | Tiga buah motosikal itu berjenama Honda. |
Dua ribu telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri. | Dua ribu biji telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri. |
Seratus calon telah menghadiri seminar UPSR. | Seratus orang calon telah menghadiri seminarUPSR. |
2. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang membawa maksud jamak (banyak)
SALAH | BETUL |
---|---|
Tiga puluh meja-meja di dalam bilik darjah kami telah rosak. | Tiga puluh meja di dalam bilik darjah kami telah rosak. |
Empat pekerja-pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya. | Empat pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya. |
Lapan ratus pelancong-pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang. | Lapan ratus pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang. |
3. Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak serupa – beberapa.
SALAH | BETUL |
---|---|
Amran membeli beberapa buku cerita. | Amran membeli beberapa buah buku cerita. (Tatabahasa Dewan m.s 197) |
Para orang peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan. | Para peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan. |
Sesetengah buah bas persiaran beroperasi secara haram. | Sesetengah bas persiaran beroperasi secara haram. |
4. Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.
SALAH | BETUL |
---|---|
Kedua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia. | Kedua-dua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia. |
Antara kedua tugas, yang manakah lebih mudah? | Antara kedua-dua tugas, yang manakah lebih mudah? |
Berbagai isu-isu dibincangkan dalam mesyuarat | Berbagai-bagai isu dibincangkan dalam mesyuarat |
5. Kesilapan bilangan: Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan himpunan.
SALAH | BETUL |
---|---|
Ketiga-tiga anak Pak Halim menuntut di luar negara. | Ketiga-tiga orang anak Pak Halim menuntut di luar negara. |
Beratus-ratus sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun. | Beratus-ratus cucuk sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun. |
Beribu-ribu cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa. | Beribu-ribu keping cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa. |
6. Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.
SALAH | BETUL |
---|---|
Para-para petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung. | Para petugas di pameran buku sediamemberikan bantuan kepada pengunjung. |
*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati seperti penjahat, pengganas, pengemis, penagih dan penipu.
7. Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.
SALAH | BETUL |
---|---|
Berbagai acara diadakan dalam karnival jualan murah. | Berbagai-bagai acara diadakan dalam karnival jualan murah. |
Tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya. | Tiap-tiap pelanggan yang berkunjung ke restor itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya. |
Mari dapatkan nota topik kata bilangan dengan memuat turun melalui pautan di bawah:
Disediakan oleh: NS
Kuiz Pengukuhan Pemahaman
Bagi menguji kefahaman pelajar, mari lakukan aktiviti menjawab Kuiz di bawah.
Semoga perkongsian kali ini dapat membantu pelajar tahun 6 bahkan pembaca untuk mengaplikasikan penggunaan kata bilangan dengan lebih baik.