Nota Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4

Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4

1687
Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4
Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4

Novel Pantai Kasih digunakan sebagai KOMSAS bagi pelajar Tingkatan Empat karya Azmah Nordin di zon tiga membabitkan negeri Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Banyk pengajaran dan iktibar yang boleh diambil daripada kisah ini yang menceritakan seorang doktor perempuan tabah menempuhi segala cabaran untuk menjadi doktor sehingga bergelar doktor perubatan.

Novel Pantai Kasih

Sinopsis Novel Pantai Kasih

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

       Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.  Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa.  Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit.  Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.

        Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.    Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.

      Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang.  Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan.  Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya.  Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya.  Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

       Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.  Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri.  Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

Ikuti kami di saluran telegram untuk mendapatkan lebih banyk nota dan latihan melalui pautan berikut:

Tema

Tema novel ini ialah ketabahan hati seorang wanita dalam menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

Persoalan

  1. Persoalan kos rawatan mahal di pusat perubatan swasta.

Sebagai pusat perubatan swasta, Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) mengenakan kos rawatan yang mahal kepada pesakitnya. DO

  • Persoalan kesediaan memikul tanggungjawab.

Doktor Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron demi menyelamatkan nyawa pesakit itu.

  • Persoalan mengutamakan kepentingan diri daripada kepentingan masyarakat.

Doktor Uwang mengenakan bayaran perkhidmatan yang mahal kepada pesakit- pesakit PRPK demi mengaut keuntungan. Felicia juga sanggup membawa pesakit yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan di PRPK untuk mendapatkan ganjaran lima peratus keuntungan daripada Doktor Uwang.

  • Persoalan mementingkan status dan maruah diri.

Sebagai pakar perunding pembedahan yang hebat dan terkemuka, Doktor Sadiz memaksa Doktor Raiha menggugurkan kandungan bayinya yang cacat kerana dia lebih mementingkan status dan maruah dirinya.

  • Persoalan kasih sayang ibu terhadap anak yang cacat.

Meskipun Doktor Raiha mengetahui kandungannya cacat, dia tetap ingin melahirkan bayi itu dan membesarkannya dengan baik.

Teknik plot

  1. Teknik dialog

Datu Ontong dan isteri Doktor Uwang berbual-bual tentang bahaya ubat tradisional.

  • Teknik monolog dalaman

Doktor Raiha mempersoalkan sama ada PRPK sengaja memerangkap pesakit yang berkemampuan datang untuk mendapatkan rawatan di situ.

  • Teknik imbas kembali

Doktor Raiha teringat akan peristiwa Doktor Uwang mengajarnya unsur-unsur pembedahan.

Watak dan Perwatakan

Raiha (Watak utama)

Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4
Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4
  1. Dia isteri Doktor Sadiz dan ibu Ayu (Rohayu binti Sadiz).
  2. Dia berpendidikan tinggi dan profesional.
  3. Raiha tegas dalam membuat keputusan.
  4. Dia juga amanah dan bertanggungjawab.
  5. Dia penyayang.
  6. Raiha juga tabah dalam menghadapi pelbagai rintangan.
  7. Dia juga prihatin akan orang lain

Doktor Sadiz

Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4
Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4
  1. Dia suami Doktor Raiha dan ayah Ayu (Rohayu binti Sadiz).
  2. Dia adik bongsu Datu Ontong dan bapa saudara Doktor Uwang.
  3. Dia bekerja sebagai pakar perunding pembedahan di Hospital Kinabalu.
  4. Dia materialistik dan mementingkan status diri.
  5. Secara luaran, dia kelihatan seperti seorang lelaki budiman, tetapi perwatakannya yang sebenar adalah sebaliknya.
  6. Dia pendendam.
  7. Doktor Sadiz meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Doktor Uwang

Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4
Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4
  1. Dia anak Datu Ontong, anak tiri Emi, dan anak saudara Doktor Sadiz.
  2. Pekerjaannya ialah pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK),
  3. Dia bijak dan berbakat dalam menguruskan perniagaan.
  4. Doktor Uwang mata duitan.
  5. Dia juga tidak jujur dalam pekerjaannya
  6. Dia tidak jujur sesama manusia.
  7. Pada akhir cerita, Doktor Uwang cedera parah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan pergelangan tangan dan lututnya hancur

Latar

Latar tempat

  1. Di Hospital Kinabalu
  2. Di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
  3. Di bilik pejabat Doktor Raiha di PRPK
  4. Di ruang farmasi di PRPK
  5. Di bilik bedah di PRPK
  6. Di tembok garaj di PRPK
  7. Di bilik rawatan kecemasan di PRPK
  8. Di tepi rumah tumpangan
  9. Di mahkamah keluarga

2. Latar masa

  1. Enam bulan
  2. Hampir sepuluh tahun
  3. Pada waktu malam
  4. Pada musim kemarau panjang
  5. Menjelang dinihari

3. Latar masyarakat

  1. Masyarakat yang bekerja dalam bidang perubatan
  2. Masyarakat yang hidup mewah
  3. Masyarakat kelas menengah bawah dan pertengahan
  4. Masyarakat yang mata duitan dan materialistik
  5. Masyarakat yang tidak reda akan ketentuan Tuhan
  6. Masyarakat yang bertindak negatif untuk mengatasi tekanan perasaan

Nilai

  1. Nilai keberanian
  2. Nilai kasih sayang
  3. Nilai kerajinan
  4. Nilai baik hati
  5. Nilai kerjasama

Pengajaran

  1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.
  2. Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.
  3. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat hidup.
  4. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup.
  5. Kita hendaklah berani berterus terang dan bertindak demi kebenaran.

Dapatkan nota komsas novel pantai kasih melalui pautan berikut:

Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4
Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4
Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4
Komsas Novel Pantai Kasih Tingkatan 4 Zon 4

Disediakan oleh: www.andrewchoo.edu.my