Bagi menyempurnakan rukun islam ke 2 dengan sebaik mungkin, admin kongsikan nota solat berjemaah membentuk kekuatan ummah bagi subjek pendidkan islam tahun 5. Pada peringkat umur 10 tahun ke atas sekiranya seorang anak tidak solat, maka ibu bapa boleh merotan anak tersebut berdasarkan hadis nabi sallallahu alaihi wasallam.
Oleh itu, para guru dan ibu bapa perlu menerapkan kepentingan solat berjemaah yang sebaiknya dilakukan di masjid bagi mendisiplinkan pelajar solat diawal waktu. Berikut merupakan panduan untuk solat berjemaah.
Nota Solat Berjemaah Membentuk Kekuatan Ummah
Menyingkap sirah di zaman Rasulullah, Rasulullah sangat menitik beratkan bagi para sahabat menjaga solat berjemaah bahkan di masjid. Kesannya dapat dilihat dari segi keteguhan iman, persaudaraan sesama islam dan menjamin pertolongan Allah bersama sewaktu menentang musuh.
Pengertian Solat Berjemaah
Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau dengan beramai-ramai dan diketuai oleh seorang imam.
Lafaz dan Niat sebagai Imam
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai sebagai imam kerana Allah Taala.”
Lafaz dan Niat sebagai Makmum
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai sebagai makmum kerana Allah Taala.”
Ikuti kami di saluran Telegram untuk mendapatkan lebibanyak lagi nota selain nota solat berjemaah melalui pautan berikut:
Hukum
Hukum menunaikan solat berjemaah:
- Fardu kifayah bagi solat fardu
- Fardu ain bagi solat Jumaat
Kelebihan Solat Berjemaah
Kelebihan solat berjemaah terdapat dalam Al-Quran dan as-sunnah. Secara ringkas, kelebihan solat berjemaah adalah seperti berikut:
- Menambah khusyuk dalam solat
- Beroleh pahala 27 kali ganda
- Dicintai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW
- Mengukuhkan ukhuwah sesama umat Islam
- Mendapatkan keberkatan di dunia dan di akhirat
Kepentingan Solat Berjemaah
Kepentingan solat berjemaah bagi seorang mukmin adalah seperti berikut:
- Meningkatkan semangat berpasukan dan kerjasama
- Membentuk diri berdisiplin dan mematuhi ketua
- Melatih diri menepati masa
- Menambah rasa kasih sayang dan hormat-menghormati tanpa mengira darjat
Syarat-syarat Sah Solat Berjemaah
- Perbuatan zahir imam dan makmum sama
- Makmum mengikut imam
- Makmum mengetahui pergerakan imam
- Makmum dan imam berhimpun dalam satu tempat tanpa berpisah
- Makmum tidak tertinggal daripada mengikut pergerakan imam sebanyak dua rukun tanpa keuzuran atau tiga rukun panjang dengan keuzuran
- Perbuatan sunat makmum dan imam tidak bercanggah secara ketara kecuali qunut
- Makmum berniat mengikut imam
- Solat imam bukan dalam kategori solat yang wajib diulang
- Martabat imam dari sudut jantina tidak kurang daripada makmum
- Makmum yakin solat imam sah
- Imam tidak ammi (buta huruf) sedangkan makmum pula baik bacaannya
- Imam yang diikuti tidak mengikut imam lain
Tatacara Kedudukan Solat Berjemaah
Keadaan | Contoh kedudukan |
---|---|
I: Lelaki M: Seorang lelaki | |
I: Lelaki M: Seorang perempuan | |
I: Perempuan M: Semua perempuan | |
I: Lelaki M: Beberapa lelaki | |
I: Lelaki M: Beberapa lelaki dan perempuan | |
1: Lelaki M: -Lelaki dewasa -Kanak-kanak lelaki -Perempuan dewasa |
Makmum Muafik
Siapa Yang Disebut Sebagai Muafik?
Ynag disebut sebagai muafik ialah, Makmum yang sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya.
Tindakan yang perlu dilakukan oleh makmum muafik yang tidak sempat menyempurnakan bacaan Al-Fatihah:
- Jika makmum tidak sempat menyempurnakannya disebabkan halangan tertentu seperti bacaan makmum terlalu lambat, makmum tidak boleh rukuk bersama-sama imam. Sebaliknya, makmum hendaklah menyempurnakaan bacaan Al-Fatihah terlebih dahulu sebelum rukuk.
- Namun, jika makmum terlalu lambat sehingga imam sudah berdiri semula untuk rakaat seterusnya, makmum hendaklah terus menyempurnakan bacaan Al-Fatihah. Walau bagaimanapun, rakaat tersebut masih dikira sebagai rakaat pertama baginya.
Contoh
Makmum bertakbiratul ihram, sejurus selepas imam bertakbiratul ihram, maka makmum hendaklah membaca Al-Fatihah sehingga sempurna.
Dapatkan nota lengkap Nota Solat Berjemaah Membentuk Kekuatan Ummah melalui pautan berikut:
Disediakan oleh: Pandai.org
Makmum Masbuk
Mengapa dipanggil Masbuk?
Sebab seseorang itu dipanggil sebagai masbuk kerana, makmum yang tidak sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya.
Tindakan yang perlu dilakukan oleh makmum masbuk:
- Makmum terus bertakbir sambil berniat, berdiri sekejap dan terus rukuk bersama-sama dengan imam
- Jika makmum sempat rukuk serta tamakninah bersama-sama dengan imam, makmum memperoleh rakaat tersebut. Bacaan Al-Fatihah makmum dianggap selesai dengan bacaan imam
- Jika makmum tidak sempat melakukannya, makmum tidak memperoleh rakaat tersebut
- Pastikan sampai di saf solat terus mengangkat takbir, tidak perlu menunggu imam sehingga bangun daripada sujud.
Contoh
- Makmum bertakbiratul ihram sedangkan imam sudah berdiri tegak untuk iktidal. Maka, makmum perlu tambah rakaat yang terlepas.
- Imam sudah tahiyat akhir sedangkan makmum baru takbiratul ihram, makmum perlu bertakbir dahulu dan berdiri sekejap, setelah itu terus duduk tahiyat awal. sebaik sahaja imam memberi salam, makmum perlu menambah rakaat yang terlepas tanpa mengurangi mana-mana rukun solat.