Kematian datang tidak mengira masa. Oleh itu, nota solat jenazah sebagai penghormatan terakhir bagi subjek pendidikan islam tahun 6 membantu menunaikan hak saudara seislam antara yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.
Contents
Nota Solat Jenazah Penghormatan Terakhir
Terdapat 4 hak orang yang meninggal dunia perlu ditunaikan oleh orang yang hidup iaitu,
- Memandikan
- Mengkafankan
- Menyembahyangkan
- Menguburkan
Daripada 4 perkara tersebut, 3 daripadanya hanya dilakukan oleh orang tertentu sahaja sama ada ahli keluarga, imam masjid dan lail-lain lagi. Namum berbeza dengan menyembahyangkan, lebih ramai bahkan lebih baik. Ia juga boleh dilakukan secara bersendirian tetapi yang lebih baik adalah berjemaah. Oleh hal yang demikian mari bersama kita tambah baik solat jenazah kita dengan kaifiyat atau cara solat berikut.
Hukum Solat Jenazah
Hukum Solat Jenazah adalah Fardhu Kifayah, bermaksud ianya wajib ke atas umat Islam asalkan ada yang melakukannya. Ini bermaksud, apabila sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya kalau tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.
Jangan lupa untuk mengikuti kami di saluran Telegram untuk mendapatkan nota dan latihan dengan menekan pautan berikut:
Kedudukan Ketika Melakukan Solat Jenazah
- Jenazah Lelaki
- Imam berdiri bertentangan dengan kepala, dada atau bahu jenazah.
- Kepala jenazah berada di kiri imam.
- Jenazah Perempuan
- Imam berdiri bersetentangan dengan pinggang jenazah.
- Kepala jenazah berada di kanan imam.
Rukun Solat Jenazah
- Niat pada takbiratul ihram
- Berdiri ketika melakukan solat bagi yang berkemampuan
- Mengangkat 4 kali takbir termasuk takbiratul ihram
- Takbir pertama dan diikuti dengan bacaaan Al-Fatihah
- Tabir kedua dan diikuti dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
- Takbir ketiga dan diikuti dengan membaca doa untuk jenazah
- Takbir keempat dan seterusnya memberi salam yang pertama
Niat Solat Jenazah
a) Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki/perempuan:
“u-shol-li ‘a-laa (Haa-dzal may-yi-ti/Haa-dzi-hil may-yi-ta-ti) ar-ba-‘a tak-biy- roo-tin far-dhal ki-faa-ya-tin (i-maa-man/mak-manu-man) lil-laa-hita-aa-laa.”
(Daku solatkan ke atas (mayat lelaki ini/mayat perempuan ini) empat takbir, fardhu kifayah (menjadi imam/mengikut imam) kerana Allah Ta’ala.)
b) Lafaz niat untuk solat jenazah yang ramai:
” U-shol-li ‘a-laa Haa-ru-laa-il am-waa-ti ar-ba-‘a tak-biy-roo-tin far-dhal ki- faa-ya-tin i-maa-man/ mak-manu-man lil-laa-hi ta-‘aa-laa.”
(Daku solatkan ke atas kesemua mayat ini empat takbir, fardhu kifayah (menjadi imam / mengikut imam) kerana Allah Ta’ala.)
Bacaan dan Doa Dalam Solat Jenazah
a) Takbir Pertama
Angkat takbir pertama seperti solat biasa dan teruskan dengan bacaan Al- Fatihah.
Allahu Akhbar
Surah Al-fatihah
b) Takbir Kedua
Angkat takbir dan teruskan dengan membaca selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W.
Allahu Akhbar
Allah Maha Besar
Selawat Ke atas Nabi, Selawat Ibrahimiyah
*Boleh baca selawat ringkas.lebih afdal baca selawat ibrahimiyah(tahiyat akhir)
c) Takbir Ketiga
Selepas membaca selawat angkat takbir ketiga dan baca doa ringkas solat jenazah.
Allahu Akhbar
Allah Maha Besar
- Doa Ringkas Solat Jenazah/Ghaib
(Ya Allah! Ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosanya.)
*Sebelum kurungan bacaan untuk jenazah Lelaki, dalam kurungan bagi jenazah Perempuan.
i) Jenazah Lelaki dibaca:
“Allah-hum-magh fir-la-hu war-ham-hu wa-‘aa-fi- hi waa’-fu-‘an- hu.”
ii) Jenazah Perempuan dibaca:
“Allah-hum-magh fir-la-ha war-ham-ha wa-‘a-fi-ha waa’-fu-‘an-ha.”
- Doa Untuk Jenazah Bagi Jenazah Lelaki dan Perempuan
*Sebelum kurungan bacaan untuk jenazah Lelaki, dalam kurungan bagi jenazah Perempuan.
d) Takbir Keempat
Selepas angkat takbir yang keempat, anda boleh diam sebentar dan terus memberi salam. Anda juga digalakkan untuk melanjutkan berdoa untuk si mati selepas takbir keempat ini,kemudian baru beri salam.
Doa Akhir Solat Jenazah
Allahu Akhbar
Allah Maha Besar
*Beri salam – Sunat berpaling ke kiri dan kanan.
Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki ke dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.
Dapatkan Nota Solat Jenazah Penghormatan Terakhir Subjek Pendidikan Islam Tahun 6 melalui pautan berikut:
Disediakan oleh: SKPTH 2013
Semoga Panduan yang yang telah dihuraikan membantu pelajar memahami dan menghafal setiap bacaan dalam solat jenazah sebaik mungkin. Jadilah anak soleh yang boleh menyembahyangkan jenazah ibu bapa, bahkan boleh menjadi imam bagi mereka nanti.