Asia merupakan benua terbesar daripada 5 benua yang lain. Berdasarkan nota geografi tingkatan 2 bab kepelbagaian iklim dan pengaruhnya terhadap kegiatan manusia di asia.
Contents
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab Kepelbagaian Iklim Dan Pengaruhnya Terhadap Kegiatan Manusia Di Asia.
Penerangan Berkaitan Iklim
Iklim ditakrifkan sebagai cuaca purata atau lebih terperinci sebagai keterangan statistik dalam bab purata dan kepelbagaian kuantiti yang berkaitan untuk tempoh masa bermula dari bulan ke ribuan atau jutaan tahun. Tempoh yang biasa digunapakai adalah 30 tahun, sebagaimana ditakrifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO). Kuantiti yang biasa adalah seperti suhu permukaan, jumlah hujan dan angin. Iklim dalam ertikata luas adalah keadaan, termasuk keterangan statistik untuk sistem iklim.
Kepelbagaian Iklim Dan Pengaruhnya
Kepelbagaian iklim memberi pengaruh yang besar terhadap kegiatan manusia di Asia seperti pertanian, perikanan, pembalakan, perindustrian, perdagangan, pengangkutan dan pelancongan. Walau bagaimanapun, tidak kesemua aktiviti ekonomi ini boleh dijalankan sepanjang masa di setiap kawasan. Selepas mempelajari bab ini, anda dapat membandingkan pengaruh iklim terhadap kegiatan manusia di Asia.
Mari ikuti kami di saluran Telegram untuk mendappatkan nota dan latihan melalui pautan berikut:
Kepelbagaian Iklim Di Asia
Iklim | Suhu | Zon |
---|---|---|
Tundra | 90°U-64°U | Zon sejuk |
Siberia Laurentia | 65°U-44°U | Zon sejuk sederhana |
Mediterranean Steppe China | 45°U-31°U | Zon panas sederhana |
Gurun Panas Monsun Tropika | 30°U-11°U | Zon panas |
Khatulistiwa | 10°U-10°S | Zon panas |
Ciri-ciri Iklim Mengikut Zon
Zon | Iklim | Ciri-ciri Iklim | Contoh negara |
---|---|---|---|
Sejuk | Tundra | 1. Suhu musim panas tidak melebihi 10°C 2. Suhu musim sejuk di bawah takat beku, kira-kira -28°C 3. Jumlah hujan tahunan: 250 mm 4. Kerpasan turun dalam bentuk salji | Rusia (utara) |
sejuk sederhana | Siberia | 1. Suhu musim panas: 15°C hingga 20°C 2. Suhu musim sejuk: -17°C hingga -5°C 3. Jumlah hujan tahunan: Kira-kira 500 mm 4. Kerpasan turun dalam bentuk salji pada musim sejuk | Kawasan Siberia di Rusia |
Sejuk sederhana | Laurentia | 1. Suhu musim panas: 20°C hingga 27°C 2. Suhu musim sejuk: -6°C hingga 10°C 3. Jumlah hujan tahunan: 500 mm hingga 1 000 mm 4. Salji turun pada musim sejuk 5. Suhu musim sejuk boleh mencapai takat beku | China (utara) Korea Utara Jepun (utara) |
Panas sederhana | Mediterranean | 1. Musim panas yang sederhana panas, iaitu 20°C hingga 24°C 2. Musim sejuk yang sederhana sejuk, iaitu 6°C hingga 10°C 3. Jumlah hujan tahunan: 275 mm hingga 900 mm | Turki Lubnan Syria |
panas sederhana | Steppe | 1. Suhu musim panas: 21°C 2. Suhu musim sejuk: -10°C hingga 0°C 3. Jumlah hujan tahunan: 500 mm 4. Mengalami ribut salji pada musim sejuk | Rusia (selatan) Mongolia |
Panas sederhana | China | 1. Musim panas yang sederhana panas, iaitu 28°C 2. Musim sejuk yang sederhana sejuk, iaitu 5°C 3. Jumlah hujan tahunan: 500 mm hingga 1500 mm | China (tengah dan selatan) Korea Selatan Jepun (selatan) Taiwan (utara) |
Panas | Khatulistiwa | 1. Panas dan lembap sepanjang tahun 2. Min suhu tahunan: 27°C 3. Jumlah hujan tahunan: Melebihi 2 600 mm | Malaysia Brunei Darussalam Singapura |
Panas | Gurun Panas | 1. Musim panas yang sangat panas, iaitu 32°C hingga 38°C 2. Musim sejuk yang sederhana sejuk, iaitu 16°C 3. Julat suhu harian tinggi, kira-kira 25°C 4. Jumlah hujan tahunan: Kurang daripada 250 mm | Arab Saudi Iraq Oman |
Panas | Monsun Tropika | 1. Mengalami musim kering dan musim lembap yang nyata 2. Min suhu tahunan: 24°C hingga 27°C 3. Jumlah hujan tahunan: 1 000 mm hingga 2.000 mm | India Laos Myanmar Thailand |
Zon Iklim Sejuk
Pengaruh iklum Tundra Terhadap Aktiviti Manusia
Sektor | Kegiatan | Lokasi | Pengaruh Iklim |
---|---|---|---|
Perikanan | 1. Ikan ditangkap untuk keperluan sendiri 2. Sumber protein penduduk | Siberia (utara) | 1. Pada musin panas, kegiatan menangkap ikan paus, kod dan salman dijalankan 2. Ikan paus ditangkap menggunakan harpoon |
Pemburuan | 1. Hasil buruan membekalkan daging sebagai sumber makanan, kulit untuk membuat kayak, khemah dan pakaian. 2. Tulang untuk membuat rangka khemah dan lemak untuk menyalakan pelita serta memanaskan iglu. | Siberia (utara) | 1. Pekerjaan orang Eskimo beubah mengikut musim 2. Pada musim sejuk mereka memburu binang seperti walrus (singa laut), serigala dan rusa kutub (keribu) |
Gambaran Ketika Iklim Tundara
Zon Iklim Sejuk Sederhana
Pengaruh Iklim Laurentia Terhadap Kegiatan Manusia
Sektor | Kegiatan | Lokasi | Pengaruh Iklim |
---|---|---|---|
Pertanian | Pengeluaran untuk makanan penduduk | Hokaido, jepun Dataran Manchuria Korea utara | 1. Suhu musim panas yang sederhana iaitu 20°C dan suhu mesim sejuk 10°C sesuai untuk penanaman gandum, kentang, sayur-syuran dan buah-buahan 2. Julat hujan tahunan kira-kira 1000 mm mengalakan pertumbuhan tanaman. |
Perikanan | Penangkapan ikan untuk tempatan dan luar negara | 1. Sepanjang pantai negara Jepun 2. Pelabuhan perikanan di Jepun iaitu Hakodate, wakkania dan kushiro | 1. Pantai Jepun terletak dipersimpangan arus panas Kurashio dan arus sejuk Oyashio yang menggalakan pertumbuhan plankton. 2. Laut sekeliling Jepun kaya dengan hasil laut 3. Kegiatan perikatan dijalankan pada musim bunga dan musim panas. |
Pengaruh Iklim China Terhadap Kegiatan Manusia
Sektor | Kegiatan | Lokasi | Pengaruh Iklim |
---|---|---|---|
Pertanian | 1. Penanaman padi dan. gandum sebagai sumber makanan penduduk | 1. Padi ditanam di Kawasan lembah Sungai Yangtze. 2. Penanaman the di Kawasan bukit antara lembangan Xijiang. 3. Kawasan pengeluaran gandum utama adalah di Dataran China Tengah | 1. Suhu musim panas 28°C dan hujan tahunan melebihi 1000 mm sesuai untuk penanaman padi 2. Aktiviti menanam padi dijalankan pada musim hujan 3. Gandum dan the ditanam di Kawasan suhu sederhana panas iaitu 16°C hingga 18°C |
Penternakan | 1. China merupakan pengeluar dan pengguna ternakan utama dunia hasil 2. Permintaan tinggi terhadap produk berasaskan daging dan susu segar kerana kerajaan china menggalakan peningkatan taraf kesihatan rakyat | 1. Kawasan perternakan utama di cina ialah Shanghai bright, Inner Mongolia Yili dan Shijiazhuang Sanlu. 2. Kawasan penternakan ayam Shandong 3. Kawasan penternakan khinzir hunan, henann, Shandong dan anhui, | 1. Suhu musim panas yg sederhana panas iaitu 28°C dan suhu musim sejuk kira-kira 5°C untuk kegiatan perternakan lembu 2. Penternakan dijalankan di kaki bukit kerana suhunya lebih sejuk 3. Suhu dingin menggalakan pertumbuhan rumput untuk makanan ternakan |
Disediakan oleh: Mashitah Khalid
Pemahaman
Mari uji kefahaman tajuk ini dengan menjawab kuiz berikut:
Semoga nota ini dapat membantu anda memahami perbezaan iklim sesuatu kawasan di benua asia yang mempengaruhi kegiatan ekonomi mereka untuk bertahan hidup berdasarkan Nota Geografi Tingkatan 2.