Nota Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan Tingkatan 4

Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan Tingkatan 4

4823
Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan tingkatan 4
Gambar hiasan singgahsana kesultanan melaka, Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan tingkatan 4

Sebagai membantu pelajar, Admin kongsikan prosa tardisional kepimpinan melalui teladan untuk tingkatan 4. Bahasa melayu klasik mempunyai banyak perbezaan dari segi susun atur ayat bahkan kota kata yang digunakan dalam prosa ini. Oleh itu, Admin sediakan sinopsis dan komponen sastera sebagai pembantu memahami prosa ini dengan lebih baik.

Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan

Sinopsis Kepimpinan Melalui Teladan

Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan ini mengisahkan rancangan Raja Majapahit dan Patih Gadah Mada untuk membalas dendam terhadap Sultan Melaka dan laksamana Hang Tuah. Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Sebelum ini, Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada telah menghantar penjurit tujuh bersaudara untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana. Namun demikian, ketujuh- tujuh penjurit itu mati dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada membuat perancangan lain dengan mengarahkan Kertala Sari berjumpa dengan Betara Majapahit untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah Mada kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh (salah seorang penjurit bersaudara) oleh laksamana Melaka.

Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari pergi ke Melaka dengan segera untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka. Betara Majapahit menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.

Ketika mula-mula tiba di Melaka Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka daripada kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk mengelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.

Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana, beliau berjaya menggagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Manakala mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badannya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah mengurniakan anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari.

Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina Berjaya ditemukan dan Sultan telah menitahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian daripada barang-barang tersebut kepada laksamana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak berputus asa malahan terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.

Disediakan oleh: Rusdi Chodeng

Jangan lupa ikuti kami di saluran Telegram untuk mendapatkan nota dan latihan dengan menekan butang berikut:

Tema

  1. Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.
  2. Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura hara.

Persoalan

  1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
  2. Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
  3. Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
  4. Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
  5. Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.

Watak Dan Perwatakan

Laksamana

Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan tingkatan 4
Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan tingkatan 4
  1. Seorang yang berani
  2. Seorang yang pemurah
  3. Seorang yang bijaksana
  4. Cinta akan keamanan negara
  • Taat setia kepada pemerintah
  • Pandai dalam ilmu kesaktian
  • Memiliki sifat kepahlawanan

Kertala Sari

Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan tingkatan 4
Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan Tingkatan 4
  1. Anak kepada Petala Bumi
  2. Berasal dari Majapahit
  3. Seorang pencuri yang handal
  4. Seorang yang tamak dan angkuh
  5. Seorang pendendam –
  6. Pandai dalam ilmu kesaktian
  7. Suka membuat huru hara
  8. Seorang yang taat kepada pemerintah

Sultan Melaka

Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan tingkatan 4
Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan Tingkatan 4
  1. Seorang yang prihatin.
  2. Seorang pemimpin yang adil
  3. Seorang yang mengenang budi

Patih Gajah Mada

Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan tingkatan 4
Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan Tingkatan 4
  1. Berasal dari Majapahit
  2. Seorang pendendam

Latar

Latar Masyarakat

  • Masyarakat feudal

Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

  • Masyarakat yang bertanggungjawab.

Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.

  • Masyarakat yang mengenang budi

Contoh: Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka ditemui.

  • Masyarakat yang taat pada pemerintah

Contoh: Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.

Latar Tempat

  • Negeri Melaka

Contoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta saudagar dan orang-orang kaya di Melaka

  • Majapahit

Contoh:Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina.

  • Di tengah pasar

Contoh: Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.

Latar Masa

  • Malam

Contoh: Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah malam.

  • Siang

Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya.

Gaya Bahasa

  1. Bahasa istana

Contoh: sultan, patik, tuanku,

  1. Bahasa pinjaman bahasa Jawa

Contoh: manira,kula,pakanira

  • Kata ganda

Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar- nampar,tikam-menikam,radak-meradak

Nilai

  1. Nilai keberanian

Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.

  • Nilai tolong-menolong

Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.

  • Nilai kebijaksanaan

Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.

  • Nilai pemurah

Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun harta itu.

Pengajaran

  1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin
  2. Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.
  3. Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
  4. Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kata sentiasa dirahmati tuhan

Muat Turun Komsas

Dapatkan komsas prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan ini melalui pautan berikut:

Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan tingkatan 4
Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan tingkatan 4
Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan tingkatan 4
Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan tingkatan 4

Disediakan oleh: Hana Roxstar