Sijil Contoh Sijil Penyertaan Mudah

Contoh Sijil Penyertaan Mudah

2530
Contoh Sijil Penyertaan Mudah
Contoh Sijil Penyertaan

Anda sedang mencari contoh sijil penyertaan yang mudah? Teruskan membaca untuk membuat sijil penyertaan yang cantik dan berkualiti.

Contoh Sijil Penyertaan

Untuk mempersiapkan sijil penyrertaan yang berkualiti, pastikan anda mengikuti panduan yang kami jelaskan di bawah.

Apakah Maksud Sijil Penyertaan?

Sijil penyertaan merupakan dokumen sebagai bukti pengakuan terhadap penyertaan seseorang dalam suatu program atau aktiviti. Pemberian sijil penyertaan adalah penting buat peserta bagi memudahkan mereka merekodkan aktiviti-aktiviti yang pernah disertai:

  1. Bagi pelajar sekolah rendah, sijil-sijil ini sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan merit untuk memudahkan permohonan ke sekolah asrama
  2. Bagi pelajar sekolah menengah, sijil-sijil ini sebagai membantu mereka mendapatkan merit untuk permohonan melanjutkan pelajaran ke universiti
  3. Bagi pelajar universiti, sijil-sijil ini ini sangat membantu mereka mendapatkan merit untuk permohonan kerja terutamanya bagi yang baru menamatkan pengajian.

Mari ikuti kami di saluran telegram bagi mendapatkan bahan nota dan latihan bagi skolah rendah melalui pautan berikut:

Jenis-jenis Sijil

Kebiasaannya, terdapat 2 jenis sijil yang perlu disediakan untuk sesebuah program atau aktiviti:

  1. Sijil Penyertaan
  2. Sijil Penghargaan

Apakah perbezaan antara kedua jenis Sijil ini?

Mungkin ada yang terkeliru antara kedua-dua jenis Sijil ini. Perhatikan perbezaan sijil penyertaan dan penghargaan dalam jadual berikut:

Jenis Sijil
Sijil PenyertaanSecara umumnya, Sijil Penyertaan diberikan kepada smua peserta program.
Sijil PenghargaanSijil Penghargaan pula biasanya diberikan kepada golongan-golongan berikut:
1. Ahli Jawatankuasa program
2. Penganjur bersama / stakeholder
3. Perasmi program
4. Penasihat program
5. Sukarelawan

Reka bentuk Sijil Penyertaan

Kebiasaannya, Sijil Penyertaan dihasilkan dalam saiz kertas A4.

Anda bebas untuk menentukan sama ada hendak menghasilkan Sijil ini secara menegak atau melintang.

Pengurus sijil penyertaan bebas sama ada mahu menggunakan reka bentuk sendiri atau membeli sahaja kertas di kedai-kedai buku yang sudah mempunyai corak Sijil.

Sekeping Sijil Penyertaan yang baik biasanya mengandungi maklumat-maklumat mengikut kepada organisasi dan kepentingan sesuatu program. Perhatikan maklumat berikut sebagai panduan anda menyediakan sijil penyertaan.

  • Logo penganjur utama
  • Logo-logo penganjur bersama
  • Logo Penaja
  • Jenis sijil – Sijil Penyertaan / Penghargaan
  • Nama
  • Nama penerima
  • No kad pengenalan penerima
  • Peranan / sumbangan / sebab menerima sijil
  • Nama program
  • Tarikh program
  • Lokasi program
  • Tanda tangan pengesah sijil

Contoh Sijil Penyertaan

Berikut merupakan beberapa contoh Sijil Penyertaan yang boleh anda jadikan contoh:

Contoh Sijil Penyertaan Mudah
Contoh Sijil Penyertaan
Contoh Sijil Penyertaan

Aplikasi Membuat Sijil Penyertaan

Penghasilan sijil penyertaan akan jadi semakin mudah dengan mengetahui aplikasi apa yang sebaiknya digunakan. berikut merupakan aplikasi yang biasanya digunakan untuk membuat sijil.

  1. Google slides
  2. Canva
  3. Microsoft power point
  4. Mail merge microsoft word dan excel
  5. Google form

Aplikasi di dalam playstore bagi membuat sijil penyertaan juga banyak. Namun, lagi mudah menggunakan laptop atau PC dengan jumlah sijil yang lebih banyak.

Berikut kami kongsikan 2 cara membuat sijil penyertaan melalui aplikasi.

Contoh Sijil Penyertaan

Cara Buat Sijil Menggunakan Google Slides

Di bawah ni cara-cara untuk buat template sendiri menggunakan GOOGLE SLIDES.

  1. Save kan template sijil dalam bentuk PNG
  2. Pergi dekat Drive.
  3. Tekan Google Slides.
  4. Kemudian upload templat sijil yang kita buat.
  5. Boleh create isi-isi sijil, contohnya nak masuk tandatangan, cop dan sebagainya.
  6. Buka Google Form, pergi ke Add on certify > Enable certify > Turn ON
  7. Kemudian di Template tekan Use A Custom Template.
  8. Bolehlah buat soalan macam biasa.

Cara ‘Print’ Sijil Guna Teknik ‘Mail Merge’

1.Buka microsoft Word

  • Buka Microsoft Word dan buat template sijil yang ingin anda print. Inilah template bagi sijil yang akan dicetak nanti.
  • Bahagian NAMA dan KAD PENGENALAN dibiarkan kosong kerana kita akan hubungkan dengan senarai nama dalam Microsoft Excel secara automatik.

2. Buka Microsoft Excel

  • Buka Microsoft Excel pula dan ‘copy‘ siap-siap nama dan nombor kad pengenalan mereka. Kemudian, Save.
  • Tujuan membuat senarai ini adalah supaya ia menjadi ‘database‘ bagi template sijil yang telah dibuat tadi.
  • Font dan saiz tulisan kalau tak tukar tak mengapa, tapi kena setting dalam Word nanti ya

3. Mulakan ‘mail merge’ di microsoft word

Pegi balik dekat fail Microsoft Word yang ada template sijil itu tadi.

  • Pilih “USE THE CURRENT DOCUMENT”
  • Klik “NEXT: SELECT RECIPIENTS”

4. Pilih senarai fail tadi

  • Seterusnya, kita akan hubungkan senarai nama pelajar dalam Microsoft Excel tadi dengan template sijil yang telah dibuat dalam Microsoft Word.
  • Pilih “USE AN EXISTING LIST”.
  • Tekan “BROWSE”.
    Pilih Senarai Nama yang nak print tadi.
    Click “OPEN”.
  • Pilih “SHEET” nama yang dibuat dalam Microsoft Excel tadi.
    Klik “OK”.

5. ‘MERGE‘ DATA

Sekarang, senarai tadi telah dihubungkan dengan template sijil ini. Seterusnya, kita akan ‘merge‘ data pada bahagian NAMA dan NO. KAD PENGENALAN satu persatu.

  • Klik “NEXT: WRITE YOUR LETTER”
  • ‘Select‘ kan perkataan NAMA pada sijil.
  • Klik “MORE ITEMS”.
  • Pilih NAMA.
  • Klik “INSERT”.
  • Tekan “CLOSE”.

Sekarang, data yang terdapat di bawah “row” NAMA dalam Microsoft Excel tadi telah dihubungkan dengan template ini.

Ulangi langkah yang sama untuk perkataan NO. KAD PENGENALAN.

6. Preview

Klik “NEXT: PREVIEW YOUR LETTERS”

7. Cetak

Sekarang, semua data telah di’set’kan dalam template dan dah sedia untuk dicetak.
Kalau dah yakin, boleh klik “PRINT”. Kalau rasa was-was, boleh cuba cetak di atas kertas biasa terlebih dahulu.

Kalau terlalu banyak sijil untuk dicetak, buatlah separuh-separuh. Mana tahu takut ‘printer’ tersangkut pula nanti.

8. Sudah siap

cara-print-sijil-2
Contoh Sijil Penyertaan

Dikongsikan oleh: Izzati Hamid

Diharap perkongsian kali ini membantu anda menghasilkan sijil penyertaan yang berkualiti dan mudah.