
Sebagai langkah meningkatkan integriti pelajar, admin kongsikan kali ini nota masyarakat maju tanpa rasuah bidang hadis subjek pendidikan Islam Tahun 6. Kelemahan memahami sesuatu keadaan itu rasuah atau hadiah perlu diubat dan diperbaiki bagi mencapai seorang Islam yang bertaqwa.
Oleh itu, usaha “melentur buluh, biarlah dari rebungnya” menjadi matlamat kita memupuk pelajar menghindari bahkan sehingga suatu masa mereka mampu mencegah dengan kuasa.
Contents
Nota Masyarakat Maju Tanpa Rasuah Bidang Hadis
Nota kita pada kali ini berkisar tentang hadis larang terhadap pemberi dan penerima rasuah. Oleh itu, beberapa perkara kita akan bincangkan berdasarkan perkara.berikut:
- Hadis tentang rasuah
- Maksud rasuah
- Sebab berlaku rasuah
- Kesan rasuah
- Kebaikan menjauhi rasuah
- Pengajaran hadis
Teruskan meneliti perkara tersebut melalui huraian ringkas di bawah.
Jom ikuti kami ke telengram pendidikan bagi mendapatkan bahan nota dan latihan, sekolah rendah dan prasekolah.
Hadis Tentang Rasuah
Hadis tentang rasuah terdapat laknat daripada Allah dan Rasulnya. Namun, perbincangan kita kali ini berdasarkan hadis laknat daripada Rasulullah.

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Amru telah berkata : Rasulullah SAW melaknat pemberi dan penerima rasuah (Hadis riwayat Tirmizi)
Definisi Rasuah
Daripada kamus pelajar edisi kedua, rasuah bermaksud
- Perbuatan yang salah di sisi undang-undang seperti menerima atau memberi wang suap (pecah amanah, menggelapkan wang, mencuaikan tanggungjawab dil).
- Sesuatu yang diberikan atau yang diterima sebagai sokongan: Dia dipecat kerana menerima rasuah sebanyak RM5,000. Perasuah orang yg memberi rasuah.
Dari Segi Istilah Rasuah
- Rasuah ialah suatu pemberian yang diberikan kepada seseorang untuk membenarkan sesuatu yang salah atau membatalkan sesuatu yang benar.
Contohnya: Seorang pekerja yang telah menghulurkan sejumlah wang kepada majikannya supaya beliau dinaikkan pangkat dengan segera.
- Rasuah merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan dosa dan mesti kita jauhi kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW melaknat pemberi dan penerima rasuah.

Sebab Berlaku Rasuah
Antara sebab berlakunya rasuah adalah seperti berikut.
Sebab | Huraian |
---|---|
IMAN YANG LEMAH | Tidak takut dengan azab Allah Mendahulukan kehendak diri daripada keredhaan Allah. |
KELEMAHAN DIRI | Gagal mengawal kehendak diri Tiada ilmu dan kesedaran tentang dosa bahaya rasuah |
BERSIFAT TAMAK KERANA SESUATU | Mahu segera hidup mewah Ingin meraih sesuatu kehendak dengan mudah. |
Kesan Rasuah
Kesan apabila seseorang nekat mengambil rasuah menjadikan dia “menjual akhirat, untuk dunia”. Berikut merupakan beberapa kesan dan huraian.
Kesan | Huraian |
---|---|
1. Menjatuhkan maruah diri | Rasuah boleh merosakkan integriti dan harga diri seseorang pelajar kerana ia melibatkan tindakan yang tidak jujur dan tidak beretika. |
Menimbulkan permusuhan | Rasuah boleh menyebabkan ketidaksetiaan di kalangan rakan sebaya dan mencetuskan konflik dalam komuniti pelajar. |
Sifat amanah dan tanggungjawab terabai: | Rasuah menggalakkan sikap tidak bertanggungjawab kerana individu mungkin akan melupakan tugas dan komitmennya kepada pelajaran dan organisasi. |
Kestabilan organisasi akan tergugat | Rasuah dalam kalangan pelajar boleh merosakkan imej institusi pendidikan dan mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadapnya. Ini boleh membawa kepada ketidakstabilan dalam organisasi tersebut. |
Dapatkan nota kali ini dengan menekan pautan di bawah.


Disediakan oleh: skpht
Kebaikan Menjauhi Rasuah
- Masyarakat hidup bersatu padu
Menjauhi rasuah membantu memupuk kepercayaan dan keadilan di kalangan masyarakat, yang pada gilirannya akan meningkatkan perpaduan dan keharmonian sosial.
- Sesuatu organisasi akan stabil
Rasuah dapat merosakkan organisasi dengan mengurangkan kepercayaan, keberkesanan, dan integriti. Dengan menjauhi rasuah, organisasi akan lebih stabil dan efisien.
- Ekonomi, politik, dan sosial negara kukuh
Rasuah boleh melemahkan ekonomi dan politik negara serta memberi kesan negatif terhadap perkembangan sosial. Dengan mengekalkan kebersihan dari rasuah, negara akan lebih kukuh dan berkembang.
- Jauh dari kemurkaan Allah
Menjauhi rasuah adalah tindakan moral yang membantu individu menjaga nilai-nilai etika dan moral, yang dianggap positif dalam pelbagai kepercayaan agama. Ini juga memberi manfaat spiritual dan moral.
Melalui tindakan menjauhi rasuah, masyarakat dan individu dapat mencapai kestabilan, keadilan, dan perkembangan yang lebih baik dalam berbagai aspek kehidupan.
Pengajaran Hadis rasuah
Kita hendaklah menghindari daripada terjebak dengan rasuah kerana kesannya amat parah kepada diri, masyarakat dan negara.
Kesimpulannya, dengan adanya didikan awal tentang buruknya rasuah menjadikan pelajar jelas keburukannya agar mampu menjadikan bansa yang berintagriti dan bertaqwa.