Perkongsian kali ini, admin membawa anda mengenal nota bab ruang bagi subjek matematik tahun 6. Apabila berbincang tentang ruang, mungkin kurang biasa di dengar, tapi kalau kita kata lukisan 2D atau 2 dimensi dan 3D iaitu 3 dimensi mudah untuk kita gambarkan perbezaan bentuk lukisan.
Daripada Jenis lukisan tersebut beberapa perkara kita akan lihat untuk membuat beberapa rumus pengiraan berdasarkan sudut, garis bahkan diameter bagi sstiap lukisan.
Contents
Nota Bab Ruang
Dalam bab ruang, beberapa perkara kita akan bincangkan dan fahami bagi memudahkan pengiraan yang akan kita buat untuk bentuk poligon. Antara perkara tersebut adalah:
- Sudut
- Lukis dan ukur sudut pedalaman poligon sekata
- Kenali bulat
Mari kita perhatikan pembahgian tajuk ini dengan huraian ringkas di bawah.
Sudut
Sebelum memahami bahgian sudut mari kita kenal dahulu jenis garis. terdapat dua jenis garis bagi memudahkan kiat membuat sudut.
- Garis selari
Jarak garis adalah sama dan dua garis tidak bertemu.
- Garis serenjang
Garis lurus bersilang dan bertemu pada sudut tegak
Sudut dalam bab ruang kali ini terbahagi kepada tiga perkara. perhatikan dalam jadual berikut.
Sudut | Huraian |
---|---|
Sudut tegak | Sudut tegak terbentuk pada bucu segi empat sama atau tepat. Secara mudahnya sudut tepat merujuk kepada sudut 90 darjah. |
Sudut tirus | Sudut tirus adalah sudut yang lebih kecil daripada sudut tegak. runag sudutnya kurang daripada 90 darjah. |
Sudut cakah | sudut yang paling besar antara 3 sudut ini adalah sudut cakah. kerana ia melebihi sudut 90 darjah. |
Untuk tidak terlepas mana-mana nota atau latihan yang kami sediakan bagi sekolah rendah , mari ikuti kami di saluran telegram berikut:
Lukis dan Ukur Sudut Pedalaman Poligon Sekata
Setelah kita memahami jenis-jenis sudut, kita akan berbincang cara membuat sudut bagi poligon. Poli bermaksud banyak atau pelbagai, dan gon disini merujuk kepada sudut. oleh itu, kita akan belajar cara melukis pebagai sudut membentuk ruangatau bentuk.
Poligon dikenali melalui empat perkara iaitu,
- Sisi
- Bucu
- Sudut
- Penjuru
Sebagai contoh kita bawakan segi Empat
a. Segi empat sama mempunyai
- 4 sisi
- 4 bucu
- 4 sudut
- 2 penjuru
b. Segi empat sama mempunyai
- 3 sisi
- 3 bucu
- 3 sudut
- 0 penjuru
Penjuru bagi segi tiga tiada kerana setiap bucu tidak dapat dilipat secara bertentangan. Untuk memahami perpenjuru lebih lanjut, sila rujuk gambar di bawah.
Kenali Bulat
Pada bahgian bulatan, kita akan berbincang berkaitan 4 perkara iaitu,
- Pusat bulatan
ialah titik yang terletak di tengah -tengah bulatan.
- Jejari
Jejari pula garis lurus yang menghubungkan pusat bulatan dengan lilitan bulatan.
- Diameter
Diameter ialah garis yang menghubungkan dua titik pada lilitan dan melalui pusat bulatan. Ini menunjukkan diameter lebih panjang daripada Jejari.
- lilitan bulatan.
lilitan bulatan merupakan lengkungan tertutup yang merupakan sempadan suatu bentuk bulatan.
Sebagai bantuan kepada pelajar, pastikan anda tidak terlupa untuk memuat turun nota ini melalui pautan di bawah:
Disediakan oleh: FB Tutor Fara
Kelebihan Menguasai Tajuk Ruang
Menguasai tajuk ruang memiliki beberapa kelebihan yang sangat baik. Berikut adalah beberapa kelebihan Menguasai tajuk Ruang antaranya seperti berikut::
Pemahaman Geometri
Menguasai tajuk ruang dan bentuk menjadikan pelajar memiliki pemahaman mendalam tentang konsep geometri. Ini meliputi pengenalan dan pemahaman tentang berbagai bentuk geometris, cara-cara untuk mengukur dan memanipulasinya.
Penyelesaian Masalah
Kemampuan untuk memahami dan memanipulasi bentuk-bentuk geometris menjadikan pelajar untuk menyelesaikan pelbagai masalah matematik dan ilmu pengetahuan yang melibatkan elemen-elemen geometrik. Ini mencakupi pengiraan volume, luas, atau penyelesaian persamaan yang melibatkan bentuk-bentuk geometrik.
Kemampuan Berpikir Kritis
Menyelesaikan soalan ruang sering kali melibatkan pemikiran kreatif dan kritis. Proses menyelesaikan soalan ini menjadikan pelajar untuk melatih dan mengasah kemampuan berpikir kritis Anda.
Secara keseluruhan, menguasai tajuk ruang dan bentuk membawa banyak manfaat baik dalam konteks pendidikan maupun dalam kehidupan sehari-hari. Ini adalah keterampilan matematik yang sangat berguna dan dapat mempertingkatkan pemahaman pelajar tentang dunia di sekitar kita.