Nota Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti

Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti

5074
Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti
Gambar hiasan Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti

Sebagai pemangkin kesedaran menghormati ibu bapa, cerpen banjir di mata emak merupakan pengajaran penyesalan anak-anak yang telah meninggalkan tanggungjawab kepada orang tuanya. Dalam situasi yang sama, “Saya” yang merujuk kepada watak utama sedang merindukan mendiang ibunya melayani mak Piah seperti ibunya sendiri.

Cerpen Banjir di Mata Emak

Cerpen Banjir di Mata Emak merupakan karya Che Soo Ismail sebagai komsas tingkatan 2. Perbincangan kita kali ini berkaitan cerpen banjir di mata emak merangkumi perkara berikut:

  1. Sinopsis
  2. Tema
  3. Persoalan
  4. Teknik plot
  5. Watak dan perwatakan
  6. Latar
  7. Gaya bahasa
  8. Nilai
  9. Pengajaran.

Sinopsis Cerpen Banjir di Mata Emak

Sinopsis 1

Cerpen memaparkan hubungan renggang antara Mak Piah dengan anak sulungnya, Nubhan dan anak bongsunya, Nana. Nubhan tunduk kepada isterinya manakala Nana pula takut akan suaminya. “Saya” mendail pantas nombor telefon temannya, namun tersilap mendail nombor telefon kepunyaan Mak Piah. Mak Piah merungut sudah tiga hari orang jual ikan dan mamak jual roti tidak dapat masuk ke kampung itu kerana banjir sudah sampai ke paras dada.

Sinopsis 2

Mak Piah menyangkakan bahawa panggilan telefon itu daripada anak bongsunya, Nana. Belum sempat ‘saya’ memberitahu Mak Piah, talian telefon telah diputuskan. ‘Saya’ berasa amat risau memikirkan keadaan Mak Piah. ‘Saya’ mendapat idea kemungkinan rumah Mak Piah kurang enam kilometer dari rumahnya kerana nombor tujuh digit pertama nombor telefonnya sama seperti nombor telefon Ameera. ‘Saya’ menumpang sebuah lori ke rumah Mak Piah dan membawa bungkusan lauk dan nasi untuk ibu tua itu. ‘Saya’ disambut oleh Mak Piah dengan wajah yang ceria kerana menyangka bahawa Nana yang mengirimkan makanan tersebut

Sinopsis 3

‘Saya’ pulang selepas makan bersama-sama dengan Mak Piah dan berjanji akan menjenguknya semula. ‘Saya’ diserang demam panas selama lima hari dan tidak dapat berjumpa dengan Mak Piah. Selepas demam pulih, ‘saya’ terus menuju ke rumah Mak Piah tetapi terkejut melihat ramai orang yang membanjiri perkarangan rumah Mak Piah. Pada ketika itu, jenazah Mak Piah diusung keluar dari rumahnya. Mak Piah meninggal dunia akibat tergelincir jatuh ketika membersihkan rumahnya selepas banjir surut dan kepalanya cedera.

‘Saya’ menghantar jenazah Mak Piah sehingga ke tanah perkuburan. ‘Saya’ melihat Nubhan dan Nana sedih dan meratapi kematian ibu mereka. Nana sedih apabila ibunya sentiasa memuji-muji dirinya di hadapan jiran-jiran kampung walaupun dia tidak pernah menjaga kebajikan ibunya. Akhirnya, ‘saya’ menemani Nana keluar dari tanah perkuburan dalam keadaan sedih.

Sebelum pergi lebih jauh, jangan lepaskan untuk mendapatkan nota dan latihan percuma bagi sekolah rendah dengan mengikuti pautan di bawah:

Tema

Hubungan renggang antara anak dengan ibu tua menyebabkan kebajikan si ibu terabai.

Nubhan, anak sulung Mak Piah dan anak bongsunya, Nana tidak menjenguk Mak Piah yang berdepan dengan situasi banjir di kampung. Akhirnya, Mak Piah meninggal dunia akibat terjatuh semasa membersihkan rumah apabila banjir telah surut.

Persoalan

Persoalan 1

  • Sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab menjaga ibu bapa.

Nubhan, anak sulung Mak Piah tunduk kepada isterinya dan Nana pula takut akan suaminya menyebabkan mereka langsung tidak menelefon ibu mereka untuk bertanya khabar apatah lagi menjenguknya musim banjir. semasa

Persoalan 2

  • Sikap prihatin terhadap generasi tua.

‘Saya’ yang amat prihatin terhadap keadaan Mak Piah berusaha untuk mencari rumahnya dan membawa bungkusan lauk serta nasi. ‘Saya’ juga berbual mesra dengan Mak Piah dan berjanji akan menjenguknya kembali.

Persoalan 3

  • Penderitaan manusia ketika ditimpa musibah banjir.

Penduduk kampung tidak dapat menikmati bekalan ikan basah dan tidak dapat membeli barang keperluan ketika banjir kerana sudah tiga hari penjual ikan dan mamak jual roti tidak dapat masuk kampung kerana air banjir sampai ke paras dada.

Persoalan 4

  • Insaf akan kesalahan yang dilakukan

Nubhan dan Nana insaf akan kesalahan mereka tidak menjenguk dan bertanya khabar tentang ibu mereka, Mak Piah. Setelah Mak Piah tiada, barulah mereka insaf atas kesalahan yang telah dilakukan.

Persoalan 5

  • Kerinduan ibu terhadap anak-anaknya

Mak Piah sangat merindui anaknya Nana shingga berkali-kali menyoal kepada saya sama ada bungkusan yang dibawa oleh ‘saya’ itu kiriman daripada anaknya, Nana. Mak Piah juga tidak pernah mendedami anak- anaknya, malah sentiasa memuji Nana di hadapan jiran-jirannya.

Watak dan perwatakan

Mak Piah

  1. Mempunyai dua orang anak. Anak sulungnya, Nubhan dan anak bongsunya, Nana.
  2. Tinggal bersendirian di rumahnya di kampung.
  3. Usianya sudah lanjut dan tidak bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah.
  4. Ibu yang penyayang.
  5. Seorang yang penyabar.
  6. Berdikari
  7. Tabah menghadapi cabaran
  8. Peramah
Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti
Gambar hiasan Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti

‘Saya’

  1. Seorang yang prihatin
  2. Taat kepada ajaran agama
  3. Penyayang
  4. Suka membantu orang yang menghadapi kesusahan
  5. Seorang yang peramah
  6. Memahami perasaan lain

Nubhan

  • Anak sulung Mak Piah
  • Mementingkan diri
  • Mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu
  • Insaf akan kesalahan yang dilakukan

Nana

  • Anak bongsu Mak Piah
  • Mementingkan diri
  • Tidak menjaga kebajikan ibunya
  • Insaf akan kesalahan

Latar

Latar masa

  • Empat hari empat malam

Contoh: Hujan turun selama empat hari empat malam.

  • Ketika banjir

Contoh: Mak Piah tiada bekalan makanan kerana banjir yang melanda kampung Mak Piah sudah sampai ke paras dada.

Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti
Gambar hiasan Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti
  • Lima hari

Contoh: Watak “saya” demam selama lima hari.

  • Selepas banjir

Contoh: Mak Piah jatuh tergelincir dan kepalanya cedera ketika membersihkan rumah selepas kejadian banjir Mak Piah meninggal dunia selepas kejadian banjir melanda kampungnya.

  • Waktu pagi

Contoh. Watak “saya” mendapatkan nombor telefon rumah temannya, iaitu Ameera pada waktu pagi.

Latar Tempat

  • Kampung

Contoh: Tempat tinggal “saya” dan Mak Piah serta tempat berlakunya kejadian banjir.

  • Rumah “saya”

Contoh: Tempat “saya” membuat panggilarelefon ke rumah Mak Piah.

  • Rumah Mak Piah

Contoh: Tempat “saya” menemui Mak Piah yang tinggal keseorangan.

  • Tanah perkuburan

Contoh: Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan.

Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti
Gambar hiasan Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti

Latar Masyarakat

  • Masyarakat kampung

Contoh: Watak “saya” dan Mak Piah merupakan masyarakat yang tinggal di kampung.

  • Masyarakat yang prihatin.

Contoh: Watak “saya” sangat mengambil berat tentang keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan.

  • Masyarakat yang tidak bertanggungjawab

Contoh: Nana dan Nubhan membiarkan emak mereka hidup keseorangan di rumah usang tanpa bertanya khabar atau menjenguknya walaupun Nubhan tinggal berdekatan dengan rumah emaknya.

  • Masyarakat yang mementingkan kasih sayang

Contoh: Mak Piah masih mengingati dan sangat merindui anaknya, Nana serta mengharapkan Nana sekeluarga berada dalam keadaan baik.

  • Masyarakat yang terlalu merindui ibunya

Contoh: Watak “saya” sangat merindui emaknya yang telah meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk berjumpa dengan Mak Piah yang tinggal keseorangan itu.

  • Masyarakat yang taat akan perintah agama

Contoh: Mak Piah masih menunaikan solat walaupun keadaannya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir.

Plot cerita

Permulaan

Pengarang menonjolkan watak Mak Piah yang menjawab panggilan saya’ dengan menyangka bahawa panggilan itu daripada anak bongsunya. Mak Piah mengadu sudah tiga hari orang jual ikan dan mamak jual roti tidak dapat masuk ke kampung kerana air banjir sudah sampai ke paras dada. Mak Piah tidak memberi peluang kepada saya untuk menjelaskan bahawa ‘saya bukan anaknya.

Perkembangan

Pengarang memaparkan usaha yang dilakukan oleh penulis untuk mencari rumah Mak Piah. ‘Saya berasa amat risau memikirkan keadaan Mak Piah. ‘Saya menumpang sebuah lori dan Berjaya menjejaki tempat tinggal Mak Piah.’Saya’ dan Mak Piah menikmati lauk dan nasi bersama-sama.

Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti
Gambar hiasanKomsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti

Perumitan

‘Saya’ telah mengalami demam panas selama lima hari dan tidak dapat menunaikan janjinya kepada Mak Piah untuk menjenguknya dengan kerap. Mak Piah terpaksa melakukan kerja-kerja membersihkan rumahnya seorang diri. ‘Saya telah mendengar berita di radio dan televisyen bahawa air banjir sudah surut. Setelah demam pulih, saya terus menuju ke rumah Mak Piah.

Klimaks

Peristiwa kematian Mak Piah. Apabila ‘saya’ sampai di rumah Mak Piah, perkarangan rumahnya dibanjiri oleh ramai orang. Tiba-tiba, jenazah Mak Piah diusung keluar. Mak Piah terjatuh apabila membersihkan rumahnya selepas banjir surut dan kepalanya tercedera.

Peleraian

‘Saya’ mengiringi Jenazah ke tanah perkuburan dan mendapati anak-anak Mak Piah, iaitu Nubhan dan Nana meratapi kematian ibu mereka dengan penuh penyesalan. Cerita diakhiri dengan saya’ mengiringi Nana pulang dari tanah perkuburan itu.

Kepada anda yang hendak dapatkan soft copy nota ini, mari dapatkan dengan memuat turun dengan menekan link di bawah:

Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti

Teknik Plot

  1. Pemerian
  2. Imbas kembali
  3. Dialog
  4. Saspens

Gaya Bahasa

Metafora

  1. warna keikhlasan
  2. resipi pembohongan

Personifikasi

  1. merasai cungap harapannya yang telah lemas …
  2. Tidak seperti mata Arwah Mak Piah yang banjir dengan kebahagiaan.

Sinkope

  1. Oh, Nek Piah itu memang tak pindah!”

Perulangan kata

  1. Tapi saya tak pernah kirim apa-apa kepada mak. Tak pernah telefon, sebab mak memang tak berapa dengar. Kalau tak tengok muka, tak perhati gerak bibir, dia tak faham’

Nilai

1. Kasih sayang

Mak Piah amat menyayangi anak-anaknya, Nubhan dan Nana walaupun mereka tidak menjenguknya semasa banjir melanda kampung.

2. Keprihatinan

‘Saya’ berusaha mencari rumah Mak Piah yang tidak dikenalinya kerana bimbang akan keselamatan Mak Piah.

3. Ketabahan

Mak Piah tabah menghadapi situasi banjir di kampungnya walaupun dia tidak mendapat bantuan daripada anak- anaknya

4. Berdikari

Mak Piah sanggup membersihkan rumahnya seorang diri selepas air banjir surut kerana beliau tidak mahu membebankan anak-anaknya.

5. Bantu-membantu

‘Saya’ membawa bungkusan lauk dan nasi untuk diberikan kepada Mak Piah kerana ‘saya’ sedar bahawa bekalan makanan dan barang keperluannya tidak mencukupi.

6. Keinsafan

Nubhan dan Nana insaf kerana mereka telah mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu mereka.

Komsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti
Gambar hiasanKomsas Cerpen Banjir di Mata Emak Penyesalan Tiada Henti

Pengajaran

  1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita.
  2. Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap kita.
  3. Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia.
  4. Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamanya nama baik ahli keluarga sendiri.
  5. Kita mestilah berpendirian tegas dalam hal-hal tertentu terutamanya tentang hak terhadap ibu bapa kita.

Semoga dengan nota kita pada kali ini, membantu pemangkin kesedaran dalam tingkat cakna kita kepada orang tua yang masih hidup. Bagi ibu bapa yang sudah meninggal dunia, sebagai umat islam kita masih dapat berbakti dengan beberapa cara antaranya mendoakan keampunan kepada mereka dan membuat hubungan baik kepada kwan-kawan mereka.