Panduan hygine dalam pemakanan sangat penting terhadap kesihatan. Oleh itu, nota bab pengawetan makanan dalam subjek sains bagi tahun 6 kiata akan kongsikan untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Kesilapan atau kecuaian dalam pengurusan pemakanan boleh mengancam kesihatan dan pembaziran di rumah mahupun perniagaan makanan.
Pengawetan makanan sebenarnya sudah diamalkan sejak dahulu lagi, sebelum kemunculan peti sejuk yang terdapan di setiap rumah kita sekarang ini. Dengan teknologi moden, pengawetan makanan boleh diperpanjangkan melalui bahan pengawet makanan yang dibenarkan atau proses vakum dan banyak lagi. Dalam nota kali ini, kita akan bincangkan beberapa cara pengawetan makanan yang digunakan sekarang secara ringkas.
Contents
Nota Bab Pengawetan Makanan
Berdasarkan nota bab pengawetan makanan ini, kita akan membuat beberapa perbincangan berkaitan perkara berikut:
- Kerosakan makanan
- Keadaan microorganisma tumbuh
- Kaedah pengawetan
Panduan ini sangat membantu kita dalam pegurusan makanan. mari teruskan baca nota kita dengan penerangan dibawah. sebagai bentuk perihatin admin kepada pelajar, pastikan anda tidak terlepas perkongsian nota dan latihan bagi bab dan subjek lain bagi sekolah rendah melalui pautan berikut:
Kerosakan Makanan
- Makanan menjadi rosak akibat beberapa faktor iaitu
- Tindakan bakteria
- kulat.
- Ciri-ciri makanan rosak yang perlu kita perhatikan sebelum makan:
- Mempunyai bau yang tidak menyenangkan (berbau busuk)
- Mempunyai rasa yang tidak menyenangkan (masam)
- Berubah warna (kekuningan)
- Berubah tekstur (berlendir)
- Berkulat (bertompok hitam dan putih)
- Bakteria & kulat bertumbuh dengan mudah atas makanan
- lembap
- Terdedah kepada udara.
- Jika makan makanan yang rosak, kita akan menghadapi keracunan makanan. Tanda-tanda (simptom) keracunan makanan ialah:
- Sakit Perut
- Muntah
- Cirit-biri
Keadaan Microorganisma Tumbuh
Keadaan untuk mikroorganisma tumbuh pada makanan adalah seperti berikut:
- Mikroorganisma memerlukan keadaan yang sesuai untuk bertumbuh dan membiak iaitu pada :
- Udara
- Air
- Nutrien
- Suhu yang sesuai (5° – 65°C)
- Keasidan yang sesuai
- Bakteria & kulat bertumbuh dengan mudah dalam keadaan
- Panas & lembap
- Kawasan yang gelap (tidak bercahaya)
- Keasidan yang sesuai.
Kaedah Pengawetan
Terdapat 11 kaedah pengawetan makanan yang terkandung dalam bab ini, namun kita cuma bincang sebahagian sahaja dalam jadual di bawah. Untuk dapatkan maklumat kaedah yang lain boleh dpatkan dengan memuat turun nota pada pautan yang diberikan di bawah.
Kaedah | Huraian | Contoh |
---|---|---|
1. Pengeringan | 1. Pengeringan = Proses penyingkiran air (kelembapan) daripada makanan. 2. Makanan dikeringkan dengan: a) menjemur makanan di bawah cahaya matahari. b) memanaskan makanan di atas api. C) memanaskan makanan di dalam oven (ketuhar) 3. bakteria & kulat tidak dapat tumbuh dalam makanan yang tidak mengandungi air. 4. Proses Pengeringan lebih berkesan dengan menambahkan garam pada makanan sebelum dikeringkan. | 1. Ikan 2. Sotong 3. Udang 4. Cili 4. buah-buahan 5. bijirin |
2. Pendidikan | Pendidihan Proses membunuh kebanyakan = mikroorganisma Pada makanan menggunakan suhu tinggi. | 1. Makanan laut 2. Daging |
3. Penyejukan | 1. Proses menyimpan makanan di dalam Peti sejuk Pada suhu yang rendah antara 0°C -5°C. 2. 2. Penyejukan tidak membunuh tetapi hanya memperlahankan Pertumbuhan bakteria & kulat. 3. dalam keadaan sejuk, bakteria & kulat menjadi kurang aktif. | 1. Buah-buahan 2. Sayur-sayuran 3. Telur 4. Susu |
4. Penyejuk bekuan | 1. Proses menyimpan makanan Pada Suhu yang sangat rendah kira-kira -10°C. 2. mikroorganisma tidak dapat bertumbuh Pada suhu yang terlalu rendah. | 1. Makanan laut (ikan, udang, dll) 2. Daging 3. Ayam |
5. Pembungkusan vakum | 1. Proses menyimpan makanan di dalam bekas yang kedap udara. 2. semua udara dikeluarkan/ dipam keluar daripada bekas Sebelum ditutup. 3. tanpa udara, bakteria/ kulat tidak dapat bertumbuh. | 1. Kacang 2. Susu tepung 3. Keropok |
Penjerukan huraian Penjerukan = | 1. Proses merendam makanan di dalam Cuka, larutan garam atau larutan gula Pekat dalam tempoh masa tertentu. 2. Asid dalam cuka menghentikan pertumbuhan mikroorganisma. 3. Larutan gula Pekat dapat mengurangkan kandungan air di dalam makanan. hal ini dapat menghalang pertumbuhan bakteria/kulat. 4. makanan yang dijeruk tahan lebih lama tetapi rasa dan kandungan nutriennya berubah (kurang berkhasiat). 5. langkah-langkah Proses Penjerukan: a) Potong/ hiris buah menjadi kepingan. b) Hirisan buah dicuci & ditoskan. C) Campurkan buah dengan garam. d) Hirisan buah dicuci & ditoskan sekali lagi. e) Masukkan & rendamkan buah ke dalam larutan gula pekat selama beberapa hari. f) Masukkan sedikit cuka. g) Tutup botol/ balang dengan ketat. | 1. Buah-buahan (mangga, betik,jambu batu) 2. Cili 3. Bawang 4. Lobak merah 5. Kobis |
Bagi mendapatkan penerangan lengkap kaedah pengawetan, boleh rujuk nota bab pengawetan makanan yang admin sediakan dengan pautan di bawah:
Disediakan Oleh: NS
Kepentingan Pengawetan Makanan
Pengawetan makanan adalah proses untuk mempertahankan kualitas, kesegaran, dan nilai gizi makanan untuk jangka waktu yang lebih lama. Berikut adalah huraian mengenai kepentingan pengawetan makanan:
Makanan Tahan Lama
Pengawetan membolehkan makanan bertahan lebih lama daripada segarannya. Ini memungkinkan kita menyimpan makanan untuk digunakan di masa mendatang tanpa khawatir mengenai kerusakan atau kehilangan kualitasnya.
Mengelakkan Pembaziran
Dengan membolehkan makanan bertahan lebih lama, pengawetan dapat membantu mengurangkan pembaziran makanan. Ini sangat penting, terutama di dunia di mana kebanyakan orang tidak mampu mendapatkan makanan yang mencukupi.
Makanan Mudah Disimpan
Makanan yang diawetkan seringkali memerlukan ruang penyimpanan yang lebih sedikit daripada makanan segar. Ini memungkinkan penyimpanan yang lebih efisien dan membantu mengurangi tekanan pada penyediaan ruang penyimpanan.
Makanan Boleh Dieksport ke Luar Negara
Pengawetan membolehkan makanan untuk dihantar ke luar negara tanpa memburukkan kualitinya. Ini membuka peluang ekonomi, kerana negara dapat mengeksport makanan yang unik atau khas kepada pasaran antarabangsa. Ini dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan menguatkan industri makanan tempatan.
Menikmati Makanan dari Negara Lain
Dengan bantuan pengawetan, kita dapat menikmati makanan dari berbagai belahan dunia. Makanan dari berbagai budaya dan tradisi boleh diimpor dan dinikmati di negara lain, memberi kita pengalaman kuliner yang lebih kaya dan peluang untuk memahami lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya.
Secara keseluruhan, pengawetan makanan memainkan peranan penting dalam menyokong kelestarian makanan, mengurangkan pembaziran, memungkinkan akses kepada makanan sepanjang tahun dan membantu ekonomi negara.