Nota Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia Subjek Sejarah Tahun 6

Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia Subjek Sejarah Tahun 6

2822
Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6
Muka hadapan Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6

Bagi meningkatkan lagi semangat patriotisme kepada negara, nota unit 1 pembentukan malaysia subjek sejarah admin bawakan kali ini untuk membantu memupuk kesedaran pentingnya sejarah sejak Kanak-kanak lagi. Pembentukan ini melibatkan 5 negara yang pada akhirnya hanya berjaya menyatukan 3 negara membentuk kerajaan malaysia.

Pembentukan ini bukan sekadar melibatkan memperluaskan wilayah, tetapi untuk mengelak daripada ancaman luar kepada negara-negara yang sebelum itu telah dijajah dan dalam peringkat kemerdekaan seperti Sabah dan Sarawak. Mari kita ikuti penerangan ringkas bagi nota unit satu pembentukan malaysia sejarah tahun 6 untuk mendapat gambaran rentetan cabaran pembentukan malaysia.

Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia

Perbincangan kita bagi nota unit satu pembentukan malaysia akan berkisar kepada 5 perkara seperti berikut:

  1. Idea pembentukan Malaysia
  2. Sebab pembentukan Malaysia
  3. Langkah pembentukan Malaysia
  4. Tokoh yang terlibat dalam pembentukan Malaysia
  5. Negara yang Terlibat Pembentukan Malaysia

Bagi penerangan lanjut, teruskan tekat anda untuk bersama kami menjelaskan perkara di atas dengan lebih jelas.

Sebelum itu, dapatkan juga bahan nota dan latihan bagi sekolah rendah dan prasekolah melalui pautan di bawah:

Idea Pembentukan Malaysia

  • 1887 – Lord Brassey, Pengarah SBUB mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
  • 1938 – Tokoh-tokoh tempatan seperti Ibrahim Haji Yaakob dan Harun Aminurrashid : Konsep Melayu Raya
  • 1951 Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara : Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
  • 1955 – Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj: Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei menyertai Persekutuan Tanah Melayu.

Sebab Pembentukan Malaysia

Sebab pembentukan malaysia merupakan elemen penting dalam memahami perjuangan pemimpin terdahulu menjayakannya. Antara sebab tersebut adalah:

  1. Menjamin keselamatan negara
  2. Mencapai keseimbangan kaum
  3. Mempercepat Kemerdekaan
  4. Memajukan sosioekonomi
Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6
Contoh Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6

Mari kita hurai satu per satu dalam jadual berikut:

SebabHuraian
Menjamin keselamatan negara1. Singapura menghadapi ancaman komunis yang boleh menggugat keselamatan Persekutuan Tanah Melayu.
2. Selain Singapura, Sarawak juga turut berhadapan dengan ancaman komunis.
3. Ancaman komunis dapat dibendung melalui pembentukan Malaysia.
4. Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman bagi menghadapi ancaman komunis.
Mencapai keseimbangan kaum1. Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan antara kaum.
2. Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Brunei menjadikan bilangan penduduk seimbang antara kaum.
Mempercepat Kemerdekaan1. Pembentukan Malaysia mampu mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.
2. Perkara ini memerlukan permuafakatan dan sokongan daripada semua pihak.
Membangunkan sosioekonomi1. Pembentukan Malaysia akan mempercepat pembangunan infrastruktur, sosial dan ekonomi.
2. Penggabungan ini akan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Langkah pembentukan Malaysia

Demi menjayakan pembentukan Malaysia, langkah-langkah telah diambil bermula dari 27 mei 1961 sehingga berjaya terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963 yang memakan masa 2 tahun 4 bulan. Proses penbentukan Malaysia adalah seperti berikut:

TarikhPeristiwa
27 Mei 1961Tunku Abdul Rahman mengumumkan gagasan pembentukan Malaysia.
Julai 1961Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak.
23 Julai 1961Penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM).
17 Jan. 1962Suruhanjaya Cobbold dibentuk.
1 Sept. 1962Rundingan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura. Referendum, diadakan di Singapura
30 Ogos 1962Menubuhkan Jawatan Kuasa Antara Kerajaan (JAK). Menyediakan rangka perlembagaan.
21 Jun 1962Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan kepada British dan Persekutuan Tanah Melayu.
9 Julai 1963Perjanjian Malaysia ditandatangani di Malborough House, London
12 Ogos 1963PBB mewujudkan United Nations Malaysia Mission (UNMM) untuk mengesahkan persetujuan penduduk Sarawak dan Sabah.
16 September 1963Pemasyhuran Malaysia diadakan di Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan City Hall, Singapura.

Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6
Contoh Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6

Tokoh yang Terlibat dalam Pembentukan Malaysia

Bagi menggapai impian pembentukan Malaysia ramai pemimpin yang berjuang disebalik kejayaan pembentukan tersebut. Oleh itu, kita akan berkongsi kali ini, beberapa tonggak utama tokoh pembentukan Malaysia yang patut kita hargai.

  1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
  2. Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein
  3. Tun Temenggong Jugah Anak Barieng Jugah Anak Baring
  4. Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun
  5. Lee Kuan Yew
  6. Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan
  7. Donald Stephens (Tun Muhammad Fuad Stephens)
  8. Datu Bandar Abang Haji Mustapha
  9. Tun V. T. Sambanthan
  10. Tan Sri Wong Pow Nee
  11. Tun Muhammad Ghazali Shafie

Kepada anda yang hendak mendapatkan nota percuma kali ini, mari dapatkan dengan menekan butang pautan di bawah:

Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6
Contoh Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6
Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6
Contoh Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6

Disediakan oleh: Yuhanisah

Negara yang Terlibat Pembentukan Malaysia

Pembentukan malaysia bermula dengan 5 buah negara iaitu:

  1. Persekutuan tanah melayu
  2. Brunei
  3. Sabah
  4. Sarawak
  5. Singapura
Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6
Contoh Nota Unit 1 Pembentukan Malaysia subjek Sejarah Tahun 6

Atas pertimbangan kerajaan Brunei, sejak dari awal lagi Brunei tidak bersetuju untuk menyertai Pembentukan Malaysia. Namun berbeza dengan Singapura, di awal pembentukan Malaysia 1963 ia termasuk dalam senarai gabungan. Atas faktor desakan daripada Lee Kuan Yew yang bermain dengan sentimen perkauman telah menyebabkan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj mengambil keputusan mengeluarkan singapura daripada malaysia.

Yang kekal sehingga kini sebagai negara gabungan membentuk malaysia adalah tiga negara:

  1. Persekutuan tanah melayu
  2. Sabah
  3. Sarawak

Harapan kita, supaya, sejarah pembentukan Malaysia ini menjadi pemangkin semangat patriotisme dikalangan pelajar dan membantu mengekalkan keamanan negara pada masa hadapan.