Contents
Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1 KSSR Sekolah Kebangsaan
Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan mengambil kira pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri, yang bertujuan untuk merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid. Buku ini memberi tumpuan kepada pembelajaran kendiri untuk membolehkan murid menilai pembelajaran mereka sendiri.
Penggunaan Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1 KSSR ini akan mendorong inisiatif dan tanggungjawab murid terhadap proses pembelajaran. Pengenalan buku teks digital adalah sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dilaksanakan dari tahun 2013 hingga 2025, dan ia diperkenalkan dalam tiga fasa oleh kerajaan sebelum ini.
Pada fasa permulaan, buku teks dalam versi cetak akan terus digunakan seperti biasa. Pelajar juga berpeluang untuk memuat turun buku-buku teks dalam format PDF.
Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1 KSSR Sekolah Kebangsaan
Apa itu KSSR?
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan usaha untuk mengubah pendidikan sekolah dengan menggabungkan pelbagai disiplin ilmu, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan, dan bermakna.
KSSR merujuk kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah, iaitu satu piawaian kurikulum pembelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah rendah Malaysia.
Kurikulum ini dibangunkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berpandukan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
KSSR berlandaskan kepada Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang bertujuan asasnya untuk memperkembangkan insan dengan pengetahuan dan kemahiran serta memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah menggariskan pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran serta pembelajaran bagi mencapai hasil yang maksimum.
Beberapa daripada pendekatan P&P yang diaplikasikan adalah seperti berikut:
- Pembelajaran melalui pengalaman praktikal
- Pembelajaran melalui aktiviti permainan
- Pendekatan penyiasatan dan penemuan
- Projek berasaskan pembelajaran
- Pengalaman pembelajaran luar bilik darjah
- Pembelajaran yang berlandaskan situasi dan konteks
- Pendekatan pembelajaran berasaskan pembinaan pengetahuan
- Pendekatan pembelajaran berfokus kepada pemahaman dan penguasaan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan dalam KSSR memberi tumpuan kepada peranan pelajar sebagai pusat pembelajaran. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, pendekatan ini memberikan peluang pembelajaran yang luas dan tidak terhad kepada pelajar.
Download Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1 KSSR Mengikut Keinginan Anda!
Para ibubapa boleh dapatkan dengan mendownload buku teks digital yang perlu dibuat semasa pembelajaran di rumah.Dapatkan bahan dibawah:
CIRI-CIRI | KBSR | KSSR |
Fokus Pembelajaran | Mementingkan umur | Mementingkan tahap |
Reka bentuk kurikulum | Menekankan 3 aspek : · Komunikasi · Perkembangan diri individu · Manusia dan alam sekeliling | Berasaskan enam tunjang · Komunikasi · Kemanusiaan · Perkembangan fizikal dan estetika · Keterampilan diri · Kerohanian, sikap dan nilai · Literasi sains dan teknologi |
Organisasi Kurikulum | Tahap 1 : · Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan. Tahap 2 : · Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan. | Tahap 1 : · Modul Teras Asas · Modul Teras Tema · Modul Elektif Tahap 2 : · Modul Teras Asas · Modul Elektif |
Fokus | Fokus 3M ( Membaca, mengira dan menulis ) | Fokus 4M (Membaca, mengira, menulis dan menaakul) |
Bahan Kurikulum | Sukatan pelajaran | Dokumen Standard Kurikulum |
Kaedah pentaksiran | Penilaian yang ketara kepada pentaksiran sumatif | Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) · Dijalankan secara berterusan · Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran · Bersifat autentik dan holistik. |
Doa Khas Buat Murid Agar Berjaya dalam Pembelajaran
“Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan pembelajaran saya hari ini. Buka hati dan minda saya untuk menerima ilmu dan memahami setiap soalan dengan baik.
Berikanlah kefahaman dan kejelasan kepada saya ketika belajar ini. Lindungilah saya daripada kebingungan dan kekeliruan.
Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Bijaksana, bantulah saya untuk memahami dengan baik pembelajran ini dan berikanlah kefahaman kepada saya. Amin.”