Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

3360

bahasa melayu sekolah rendah kata nama am khas

Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Kata Nama Am dan Kata Nama Khas ini merupakan nota ringkas dan menarik bagi memudahkan murid memahami konsep kata nama di dalam Bahasa Melayu.

Kata nama sering menjadi kekeliruan di dalam murid. Umumnya, kata nama mempunyai dua jenis iaitu kata nama am serta khas.

Memahami kata nama di dalam Bahasa Melayu merupakan salah satu langkah untuk menguasai Tatabahasa. Penguasaan tatabahasa yang bagus dapat memudahkan orang lain memahami maksud percakapan yang disampaikan. Hal ini adalah sangat penting bagi seseorang warga asing yang baru sahaja mempelajari Bahasa Melayu memahami maksud yang diucapkan oleh warganegara.

Perkara yang sama juga berlaku jika kita mempelajari Bahasa Inggeris dan sudah pasti kita akan memahami sesuatu ayat yang disampaikan oleh seseorang apabila mereka menggunakan tatabahasa yang betul.Apabila murid menguasai prinsip tatabahasa dengan baik, perkara ini akan memudahkan mereka mendapatkan markah yang bagus di dalam penulisan karangan.

Bahan ini menggunakan arahan yang ringkas dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Nota yang disediakan juga ditulis dalam penggunaan bahasa yang mudah dan menarik. Selain daripada menjadi bahan bantu mengajar, bahan ini juga boleh dijadikan sebagai nota tambahan kepada anak-anak ketika cuti persekolah.

Dapatkan “Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Kata Nama Am dan Kata Nama Khas” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang dapat digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar kepada murid-murid. Ibu bapa juga digalakkan menggunakan bahan ini sebagai nota tambahan bagi anak-anak mengulangkaji pelajaran.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :KATA NAMA (AM & KHAS)

Kesimpulannya, menguasai Bahasa Melayu dari peringkat awal dapat menanamkan penggunaan tatabahasa serta intonasi yang betul ketika berkomunikasi. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dipenuhi dengan kesantunan jadi, menguasai bahasa ini sedikit sebanyak akan dapat mempengaruhi sifat seseorang individu. Perkara ini adalah kerana Bahasa Melayu mempunyai peribahasa dan simpulan bahasa yang menarik dan menggunakan perkataan yang sopan dalam membawa maksud sesuatu.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Kata Nama Am dan Kata Nama Khas ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, kami juga berharap agar perkongsian ini dapat membantu murid memahami konsep kata nama dengan betul.

Sebelum ini kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan. Antaranya ialah:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru online untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan.