Latihan Set Soalan Diagnostik Matematik Pemulihan Khas

Set Soalan Diagnostik Matematik Pemulihan Khas

2685

set soalan diagnostik matematik pemulihan khas

Set Soalan Diagnostik Matematik Pemulihan Khas ini juga dikenali sebagai Ujian Saringan yang bertujuan untuk menyaring murid-murid bagi mengetahui tahap pencapaian dan pemahaman mereka di dalam mata pelajaran.

Ujian Saringan ialah satu alat untuk memantau secara am mengenai kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas. Instrumen Ujian Saringan adalah berdasarkan kepada perkara yang telah dipelajari oleh murid di dalam kelas biasa.

Pada masa yang sama, ujian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti murid yang memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.

Tujuan ujian diagnostik ini adalah bagi membantu guru mengenalpasti secara terperinci mengenai kesulitan yang dihadapi oleh murid di dalam pembelajaran. Seterusnya, ia juga bagi membantu guru mengenalpasti punca dan faktor kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran serta bagi mengenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan yang sukar dihadapi oleh murid.

Ujian diagnostik juga membolehkan para guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap murid-murid.

Dapatkan “Set Soalan Diagnostik Matematik Pemulihan Khas” di sini


Di sini kami kongsikan set soalan yang boleh digunakan oleh para guru kepada murid-murid sebagai bahan bantu mengajar yang dapat membantu mereka menguasai asas Matematik. Ibu bapa juga boleh menggunakan latihan di dalam bahan ini sebagai latihan tambahan semasa di rumah untuk anak-anak.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : SET DIAGNOSTIK PEMULIHAN KHAS (BUKU PANDUAN BIRU)

Kesimpulannya, ujian diagnostik penting bagi mengetahui tahap pencapaian murid bagi sesuatu mata pelajaran dan memudahkan para guru melakukan penilaian berdasarkan keputusan ujian diagnostik ini. Bagi murid pemulihan khas, terdapat guru yang khusus untuk diajarkan kepada mereka bagi membantu mengatasi kelemahan murid.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Set Soalan Diagnostik Matematik Pemulihan Khas ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid-murid khususnya kepada pelajar pemulihan.

Sebelum ini, kami telah berkongsi pelbagai bahan pendidikan. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu-isu semasa dan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang bermanfaat untuk para guru, ibu bapa dan murid, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.