SPM KAEDAH MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN BETUL (SPM TRIAL 2022 ADDMATH TERENGGANU)

KAEDAH MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN BETUL (SPM TRIAL 2022 ADDMATH TERENGGANU)

153

Untuk menjawab soalan peperiksaan, ada kaedah dan teknik yang perlu digunakan supaya jawapan yang diberikan dapat dinilai dengan baik oleh guru. Setiap soalan mempunyai kaedah yang berbeza mengikut subjek dan kehendak soalan. Pelajar wajib membaca dan memahami sebaik mungkin kehendak soalan sebelum mula menjawab soalan. Ini penting bagi mengelakkan pelajar tersalah menjawab atau membazirkan masa dalam memberi jawapan yang tidak berkaitan dan tidak melayakkan pemberian markah.

Ada empat perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh pelajar semasa menjawab soalan dalam peperiksaan. Menjawab soalan secara teori dan kira-kira adalah berbeza. Soalan teori adalah berdasarkan fakta manakala soalan kira-kira memerlukan formula pengiraan yang betul.

Admin akan kongsikan empat perkara penting yang perlu ada dalam jawapan pelajar semasa menjawab soalan secara teori. Berikut adalah empat perkara yang admin maksudkan :

  1. Pengenalan
  2. Fakta/isi penting
  3. Huraian/penjelasan
  4. Kesimpulan

Manakala untuk soalan kira-kira pula, pastikan anda menggunakan formula yang betul mengikut kehendak soalan. Pastikan jalan kira yang ditulis berada dalam keadaan tersusun, kemas dan mudah difahami.

Setiap soalan perlulah ditulis dengan kemas dan jelas agar mudah untuk disemak dan diberi pemarkahan. Sekiranya tulisan tidak kemas atau jalan kira berada dalam keadaan berterabur, ia akan menyukarkan penyemak untuk menyemak jawapan dan akan memberi kesan terhadap pemarkahan.

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

MUAT TURUN SEKARANG :

TERENGGANU-ADD-MATH